Berita Terkini

Gaji menteri-menteri kabinet Singapura akan dipotong?

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mungkin akan potong gaji kabinet Singapura? Seperti susah mahu percaya , tetapi jika benar demikian bagus lah. Kerana tingginya gaji menteri kabinet adalah antara isu utama yang dibangkitkan oleh pembangkang.

Antara kenyataan Lee pula berkenaan mengapa gaji kabinet tinggi, "Tapi menteri juga harus dibayar dengan benar agar Singapura dapat memiliki kepemimpinan yang jujur dan kompeten dalam jangka panjang."

Agar Singapura dapat memiliki kepemimpinan yang jujur? Benarkah jika seseorang itu dibayar gaji yang amat tinggi maka dia akan menjadi jujur? Kerana kebiasaannya , orang akan hanya mahu jawatan yang bergaji besar kerana gaji itu sendiri, bukan betul-betul ikhlas mahu menyusahkan diri demi rakyat pun.

Jika mahu tengok pemimpin yang benar-benar jujur dan ikhlas mahu membantu rakyat, berilah mereka gaji yang sederhana dan setaraf dengan rakyat biasa saja, maka di kala itu baru kita dapat tengok siapa yang benar-benar jujur.

Ya betul jika gaji terlampau sedikit maka seseorang itu akan menjadi kurang semangat untuk bekerja. Gaji juga sebagai motivasi untuk bekerja. Tetapi jika sudah dibayar gaji yang paling tinggi dalam dunia, sudah lah bilangan menteri juga melambak-lambak, sedangkan negara kecil ceteot sahaja, itu sudah melampau.

Adakah mereka berniat mahu jadikan menteri-menteri kabinet Singapura antara orang terkaya di dunia? Agar nanti ramai yang dapat masuk senarai dalam majalah Forbes? :D

Dan satu lagi alasan besar mereka ialah untuk mengelakkan korupsi (penyelewengan wang). Maka saya sebutkan di sini, dengan memberikan mereka gaji yang paling tinggi di dunia itu pun sudah merupakan SATU KORUPSI. Itu sudah nyata dan terang kerana ianya melampau dari pekerjaan mereka dan memeras duit rakyat.

Korupsi yang dilakukan secara rahsia belum tentu lagi dilakukan oleh semua menteri. Maka jumlahnya mungkin tidak melampaui jumlah yang sekarang ini sudah terang-terang terbang kepada menteri-menteri tersebut.

Dan yakin kah kita, walaupun menteri-menteri tersebut sudah mendapat gaji yang sangat tinggi itu mereka sudah tidak lagi melakukan korupsi? Bayangkan jika mereka melakukan korupsi pula, dah lah gaji yang sedia ada melampau, kemudian lakukan perbuatan melampau pula secara diam-diam.

Lee telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk meninjau skim membayar gaji menteri kabinet, yang berpendapatan antara SGD$1.57 juta (RM3.829 juta) dan SGD$3.04 juta (RM7.328 juta) pada tahun 2009, menurut akhbar Straits Times.

Maka adalah diharapkan Lee Hsien Loong betul-betul dapat laksanakan apa yang diperkatakannya sekarang. Saya hanya tumpang simpati kepada nasib rakyat Singapura yang tertindas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.