Berita Terkini

Pilihanraya kotor: 1,607 pengundi umur 100 tahun lebih di Perak

Pengundi hantu
Di Perak saja sudah ada sebanyak itu, ini baru jumlah nama pengundi yang melebihi umur 100 tahun (yang memang sah mengarut), belum lagi dicampur dengan pengundi-pengundi hantu lain dan taktik-taktik lain.

UMNO mengatakan, kalau pilihanraya tidak bersih, macam mana pembangkang boleh MENANG banyak kawasan dan negeri? Jawapannya senang saja, kalau pilihanraya betul-betul BERSIH, sebenarnya seluruh negara PEMBANGKANG sudah menang! Kerana sudah terbukti rakyat Malaysia sekarang majoritinya mahu menukar kerajaan.

Bilangan majoriti kemenangan BN ke atas pembangkang pada pilihanraya lepas pun bukan banyak sangat bagi sesuatu tempat. Itu pun menang kerana TAKTIK MENIPU @ TIDAK BERSIH.  Dicampur lagi dulu dengan undi pos dan seumpamanya.

Cuma digembar-gemburkan di televisyen , radio dan akhbar-akhbar milik kerajaan saja yang mereka ada lebih. Hakikatnya, majoriti rakyat yang sudah CELIK dan TIDAK MAHU TERTIPU lagi, sudah mahu bertukar selera dan beralih arah. Berikut adalah laporan dari Laman Alternatif KeadilanDaily.

AMPANG: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, daftar pemilih Suruhan Pilihan Raya (SPR) mengandungi lebih 1000 senarai pengundi berusia lebih 100 tahun membuktikan pentingnya reformasi sistem pilihan raya yang kotor.

Zuraida berkata disebabkan itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menuntut kerajaan melaksanakan pilihan raya yang adil- antaranya menuntut pembersihan daftar undi.

“Jelas terbukti perlunya berlaku reformasi dalam sistem pilihan raya. Jika kita lihat kepada umur pengundi yang begitu mudah ditangani pun menjadi kelemahan SPR, apatah lagi dengan perkara lain?”, katanya yang sebelum ini melancarkan OPS IC bagi menangani pengundi hantu.

Pada masa sama, Zuraida berkata KEADILAN juga akan mengumpulkan semua maklumat pengundi yang mencurigakan dan akan melambakkan laporan kepada SPR.

Semalam, Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN yang juga ahli parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye menimbulkan dakwaan itu pada sidang akhbarnya di Ipoh.

Bersamanya Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) yang juga ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai, Lee membekalkan dokumen bagi menyokong hujahnya itu.

Menurutnya, di Perak sahaja terdapat 1,607 pengundi yang berumur melebihi 100 tahun dikesan dalam daftar pemilih SPR yang telah disahkan.

Pendedahan mengenai senarai kewujudan pengundi yang meragukan itu kini didedahkan secara meluas sejak 7 Julai lalu, dua hari sebelum berlangsungnya perhimpunan Bersih 2.0.

Keraguan status dan identiti mereka disebar secara meluas di internet seperti blog, termasuk laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Antara dikesan pengundi yang dikesan berumur 132 tahun bernama Wong Seng, yang lahir pada 1879 dan memegang kad pengenalan bernombor 1448642. Nama itu didaftarkan mengundi di kawasan DUN Malim Nawar dan parlimen Kampar.

[Keadilandaily.wordpress.com]





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.