Berita Terkini

UMNO mahu lawan pembangkang dengan Media baru

Melihatkan pengaruh internet, Facebook terutamanya, maka pimpinan UMNO dan BN baru mula nak mengatur strategi untuk melawan habis-habisan pihak pembangkang melalui alam realiti maya.

Memang terbukti ketinggalan zaman pimpinan UMNO, bukan saya saja yang kata ni, tetapi ianya sudah diakui sendiri oleh mereka dalam satu tulisan di umno-online.com. Saya petik sedikit laporan dari laman berkenaan seperti di bawah.

KOTA KINABALU, 15 Julai – Ahli UMNO pada semua peringkat perlu melakukan spin’ bagi menangani pembohongan pembangkang kepada rakyat.

Ketua Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail berkata, ia termasuklah usaha untuk menguasai media baru kerana pembangkang nampaknya mendahului UMNO dalam menguasai media baru pada ketika ini.

“Pembangkang menggunakan media baru seperti halaman sosial, blog dan sebagainya untuk menyebarkan isu-isu dan mempengaruhi rakyat,” katanya.

Menurutnya mereka yang melayari internet itu mudah percaya dengan pembohongan yang dilontarkan oleh pembangkang terhadap Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ini katanya termasuklah golongan muda yang lebih suka menggunakan internet bagi mendapatkan maklumat tanpa mengethui bahawa maklumat itu cuma fitnah dan bohong semata-mata.

logo UMNO anti keris
“Perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan dan ahli UMNO pada semua peringkat perlu mempertingkatkan lagi usaha bagi menguasai media baru ini dan menyampaikan maklumat yang tepat.

“Meskipun rakyat tahu pembohongan yang dilemparkan oleh pembangkang, namun kecanggihan internet dan digemari menyebabkan masih ada di kalangan mereka yang terpedaya,” ujarnya dalam Wacana 1 Malaysia anjuran Biro Penerangan UMNO Sabah di Bangunan UMNO di sini.

Beliau berkata inilah masanya peranan pimpinan dan ahli mempergunakan kemahiran berpolitik dengan melakukan `spin’ bagi memberi maklumat yang tepat dan benar berdasarkan fakta.

Sesedap rasa jiwa raga basikal buruk mereka saja mengatakan "pembohongan pembangkang kepada rakyat". Sedangkan mereka kaburkan mata rakyat dengan pembohongan-pembohongan yang mereka salurkan ke dalam televisyen dan radio, serta akhbar-akhbar 'mainstream'.

Ini belum dicampur lagi dengan PEMBOHONGAN-PEMBOHONGAN yang dilakukan oleh blogger-blogger pro UMNO di dalam internet ini. So sekarang kalau betul lah pembangkang lakukan PEMBOHONGAN juga, maka pihak mana yang LAGI BANYAK PEMBOHONGAN? Hehe, sudah ternyata pihak UMNO dan BN kerana mereka ada saluran televisyen, radio, akhbar-akhbar utama dan internet lagi, fuyyo!

Sekarang ini, pembohongan-pembohongan yang mereka lakukan dalam televisyen, radio dan akhbar mahu dipindahkan ke internet pula, tetapi SUDAH TERLAMBAT pak, kerana kebanyakan pengguna internet sudah lama celik mata. Kami BUKAN BODOH mudah terpedaya dengan penipuan, tetapi kebanyakan pengguna internet membaca dari pelbagai pihak. Bukan seperti kebanyakan orang-orang tua di kampung yang hanya membaca dari akhbar, televisyen dan radio semata, dan PERCAYA bulat-bulat kepada berita-berita TV dan radio itu.  Kamu boleh lah memperbodohkan mereka.

Adakah berita di televisyen , radio dan akhbar itu semuanya BETUL? Tidak sekali-kali dong! Televisyen, radio dan akhbar-akhbar lagi banyak di Amerika Syarikat sana, dan kita tahu mereka telah mempropagandakan media-media tersebut. Terlalu banyak bukti penipuan dilakukan, kerana laporan di televisyen sebagai contohnya, bercanggah benar dengan saksi-saksi mata yang melihatnya sendiri. Sama lah keadaan nya seperti di Malaysia sekarang.

Begitu juga laporan akhbar, bukan semuanya betul. Ada banyak saksi betapa laporan akhbar tidak semuanya betul, termasuk saya sendiri. Pernah suatu ketika dulu adik saya sendiri disoal jawab oleh wartawan, dan pendekkan cerita, laporan yang keluar di akhbar bercanggah sekali dengan yang adik saya beritahu. 

Dan hampir semua orang sudah tahu, bahawa laporan akhbar akan ditapis dulu oleh editor. Maka editor itulah yang biasanya dipengaruhi oleh pihak-pihak UMNO, terutamanya jika melibatkan soal politik.

Buka-buka lah minda wahai pimpinan UMNO dan BN, jangan lah menipu rakyat lagi kerana nanti anda semua akan dipertanggungjawabkan dan disoal dalam KUBUR. :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.