Sebuah stesen televisyen di Zambia menampilkan sebuah rancangan realiti TV untuk menolong sejumlah wanita pekerja seks komersial untuk mencari calon suami.
Belasan pekerja seks terpilih mengikuti rancangan ini demi hadiah wang senilai $9,000 dolar dan pesta pernikahan secara percuma.
Stesen televisyen Muvi, yang menayangkan acara itu, mengatakan acara itu untuk memberi kesempatan kepada para wanita itu untuk meraih kehidupan lebih baik.
"Kami ingin membuat sesuatu yang berbeza pada kehidupan wanita-wanita ini. Mereka juga anggota masyarakat," kata jurucakap stesen televisyen itu, Coreena Paulina.
Wartawan BBC di ibukota Zambia, Lusaka, Mutuna Chanda mengatakan, rancangan ini sempat melahirkan kontroversi.
Selain para pekerja seks itu, memang tidak ada wanita lain yang turut serta dalam rancangan televisyen tersebut.
Tokoh agama setempat iaitu pendeta Jeff Musonda menyokong rancangan yang melibatkan para pekerja seks ini, dengan harapan mereka akan insaf.
"Tapi kalau bertujuan untuk mempromosikan pekerjaannya itu, ya saya menolak," kata Musonda kepada BBC.
[BBC]