Berita Terkini

Bekas inspektor polis pun kata semburan dan serbuan polis ke hospital tak beradab

Bekas inspektor Voon Lee Shan
Hospital dan rumah ibadat ialah kawasan larangan bagi polis membuat serbuan mahu pun semburan air kimia ketika himpunan aman. Maka tindakan yang dilakukan polis ketika himpunan Bersih minggu lalu adalah tidak beradab, kata bekas Ketua Polis Daerah Baram, Sarawak, Voon Lee Shan.

Menyatakan semua tangkapan pada hari tersebut sebagai tidak sah, Voon menjelaskan peserta himpunan yang dikasari perlu mempertahankan hak mereka, termasuk mendakwa kerajaan dan polis.

“Sedangkan orang yang bersalah atas dakwaan jenayah pun wajib diberi hak keselamatan dan perlindungan. Apa lagi peserta himpunan aman?

“Kalau orang yang dah berlindung di hospital pun – ditangkap, itu tak beradab. Tak berperikemanusiaan,” kata Voon yang pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Pendakwaraya di Kuching selama 7 tahun.

Beliau menjelaskan, polis selalunya beralasan tindakan mereka dengan tujuan mempertahankan keselamatan dan menguatkuasa undang-undang.

“Tetapi polis perlu ingat, peserta himpunan juga mempunyai hak yang termaktub dalam undang-undang.

“Artikel 10 Perlembagaan Pesekutuan melindungi hak rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman. Undang-undang itu lebih unggul (superior) daripada Akta Polis yang kononnya digunakan untuk membenarkan tangkapan,” katanya kepada Keadilandaily.

Ditanya mengenai serangan dan tembakan gas pemedih mata terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di KL Sentral, Voon memaklumkan melalui pemerhatiannya, polis tidak mematuhi kaedah standard operasi (SOP)

“Mereka tidak berunding atau memberikan masa. Malah, tembakan amaran yang dilepaskan tak mengikut prosedur yang sepatutnya berjarak masa yang munasabah.

“Ini melampaui batas,. Kerajaan wajib bertanggungjawab atas tindakan mereka,” jelas Voon.

[Keadilandaily.wordpress.com]


Apa boleh buat, polis TERPAKSA menjalankan tugas dan arahan dari PIHAK ATASAN .......


DAP sedia tampil saksi tragedi Hospital Tung Shin

KUALA LUMPUR, 15 JULAI – Empat pemimpin DAP bersedia menjadi saksi berhubung penafian pihak berkuasa yang menyembur dan menembak gas pemedih mata ke dalam Hospital Tung Shin pada perhimpunan Bersih 2.0, Sabtu lepas, kerana keempat-empat mereka berada di situ sewaktu kejadian.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata beliau bersama Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching; Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong dan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Zairil Khir Johari bersedia untuk memberi keterangan pada bila-bila masa.

“Kami berada di perkarangan hospital ketika diserang – kami akan menampilkan saksi yang melihat dengan mata kepala sendiri, ditambah pula dengan bukti-bukti oleh video dan gambar,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa sama, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara turut mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, dan kerajaan Barisan Nasional supaya meminta maaf kepada rakyat Malaysia.

Beliau turut menggesa pihak yang berkuasa supaya tidak menunjukkan kebodohan mereka terhadap masyarakat antarabangsa, berhubung penafian mereka terhadap tembakan gas pemedih mata itu.

“Sebelum ini mereka dengan cepat menafikan insiden di mana pihak polis telah menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam kawasan hospital tersebut, malah polis telah memasuki kawasan tersebut untuk memberkas, dengan ganas, penyokong Bersih yang mencari perlindungan di situ,” katanya.

Pada 13 Julai lalu, 11 pegawai kanan perubatan Hospital Tung Shin dalam kenyataan mereka telah mengutuk pihak berkuasa kerana bertindak ke atas peserta perhimpunan Bersih 2.0 di dalam perkarangan hospital tersebut Sabtu lalu.

Kenyataan itu adalah yang pertama dibuat oleh pegawai perubatan berikutan penafian pihak polis dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital itu pada 9 Julai.

Pua juga berkata pihak berkuasa masih cuba melambatkan siasatan dengan alasan akan menghantar gambar dan video kepada pakar di Amerika Syarikat.

“Adakah kali ini (video dan gambar yang dihantar ke Amerika) akan membuktikan bahawa bukti-bukti itu ‘akan dibedah’?” sindirnya.

Semalam, Liow yang apda awalnya menafikan serangan polis itu telah menyatakan bahawa beliau akan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Kamarul Zaman Md Isa yang akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kejadian itu, bertujuan “untuk memperbetulkan percanggahan dalam kenyataan yang dibuat oleh pelbagai pihak yang berbeza.”

Tambah Pua, tindakan mereka yang membelakangi rakyat dengan mempertahankan polis dan melengah-lengahkan siasatan, seolah-olah cuba mempertahankan kepentingan peribadi mereka sahaja.

Sedangkan Liow di laman Twitter tiga hari lalu dipetik berkata: “sudah lihat dan dengar tentang video (semburan) dan kisah yang telah disiarkan dalam laman Facebook dan Twitter kamu.”

“Kata-kata beliau kelihatan menjijikkan, dan kenapa Liow enggan mengambil tanggungjawab untuk mengisytiharkan lebih awal bahawa polis tidak melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam kawasan hospital, walau pun kemudian mengakui bahawa beliau mengakui telah menonton dan mendengar perihal video dan gambar yang disiarkan di seluruh alam maya,” kata Pua.

Lebih parah, jelas Pua, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek pula berkata bahawa gambar dan video yang tersebar itu kelihatan “tidak jelas,” langsung mencerminkan bahawa beliau selaku bekas Menteri Kesihatan itu sama ada secara fizikalnya buta atau berpura-pura buta.

[Roketkini.com]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.