Mohammad Saber Yaqoti Hussaini Khedri mengatakan bahawa dia dan sembilan pelajar telah mengambil masa selama lima tahun untuk menyempurnakan penulisan salinan AlQuran yang terbesar di dunia Islam, menurut The Associated Press.
Berukuran lebih daripada 7 kaki panjang dan 10 kaki lebar, 218 teks halaman dihiasi dengan 30 reka bentuk kaligrafi yang berbeza.
Majlis perasmian telah diadakan pada 12 Januari di hadapan tokoh-tokoh utama agama, ulama, cendekiawan dan pegawai-pegawai kerajaan serentak dengan pembukaan Hakim Nasir Khusraw Balkhi Cultural Center dan pameran seni di Kabul.
Projek ini diilhamkan dan ditaja oleh Alhaj Syed Mansoor Naderi, personaliti yang terkenal dan pemimpin agama mazhab Syiah Ismailiyyah di Afghanistan.
[AFP , AP , MSNBC]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)