Buat pertama kalinya di Jerman penduduk yang berusia 16 tahun pun sudah diberikan peluang untuk mengundi dalam Pilihanraya. Pemerintah kota Bremen menurunkan usia pemilih kerana ingin menarik minat kalangan muda terhadap politik.
Sebelum ini pilihanraya persekutuan dan negeri hanya kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Salah satu alasan di sebalik memperluaskan suara untuk orang yang lebih muda adalah untuk memerangi jumlah pengundi yang rendah, satu trend baru di Jerman, kata jurucakap Social Democrat (SPD) Andre Staedler.
Pemerintah kota itu juga mengunjungi sejumlah sekolah dan mengajar para pelajar bagaimana caranya mengisi kertas undi.
Sejumlah orang yang skeptis terhadap langkah itu menyebutkan idea memberikan kesempatan memilih bagi remaja usia 16 tahun sangat aneh apalagi mereka masih harus menunggu dua tahun sebelum diizinkan untuk mendapatkan lesen memandu atau menandatangani kontrak penggunaan telefon selular.
Hak mengundi bagi remaja berusia 16 tahun ini dilakukan di tujuh buah negeri sementara sekitar 15 negeri bahagian lainnya tetap memberikan hak untuk mengundi hanya kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas.
Beranikah Malaysia membuka peluang mengundi kepada penduduk yang berumur 16 tahun?
[Reuters , BBC]
ambe ni lambat kot lagi nak ngundi.. mereka da dapat green lite dah.. ish2,, malaysia lambat sngat..
BalasPadamambe ni lambat kot lagi nak ngundi.. mereka da dapat green lite dah.. ish2,, malaysia lambat sngat..
BalasPadam