Berita Terkini

Teknologi-teknologi yang mungkin telah digunakan pada piring terbang UFO

Foto kredit: allnewsweb.com

Piring terbang UFO adalah di antara propaganda yang diadakan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Mereka mengatakan bahawa UFO merupakan alien dari planet lain. Sedangkan sebenarnya piring-piring terbang yang biasa ditemui di seluruh dunia itu adalah milik mereka sendiri.

Mereka mengaburkan pandangan masyarakat dunia melalui filem-filem Hollywood dan berita-berita di media massa utama. Agenda UFO ini merupakan salah satu agenda untuk menguasai dunia.

Berikut ini adalah beberapa teknologi antigraviti yang mungkin digunakan oleh mereka untuk mencipta piring terbang yang biasanya dikenali sebagai UFO (Unidentified Flying Object).


Searl Effect Large-Scale antigravity








Imej di atas dirakam oleh BBC News sekitar tahun 1960an

Salah seorang yang paling terkenal dalam bidang antigraviti ialah John Searl (John Roy Robert Searl), yang juga digelar sebagai 'Bapa antigraviti moden'. Dia mencipta alat yang diberi nama Searl Effect Generator (SEG).

John Searl lahir pada 2 Mei 1932 di Wantage, Oxfordshire, England.  Beliau mendakwa antara tahun 1946 dan 1956 telah merekabentuk dan membina generator elektrik jenis gerakan sistem berterusan terbuka dikenali sebagai Searl Effect Generator (SEG).

Beliau juga telah mendakwa telah membina sebuah mesin terbang yang didasarkan pada kesan anti-graviti,  yang beliau beri nama Inverse-G-Vehicle (IGV).

Di bawah ini adalah sebahagian video ceramahnya di IFNE Conference di Denver pada tahun 1994.





Website John Searl di http://www.searlsolution.com/index.html



Hutchison effect antigravity




Seperti yang pernah dijelaskan oleh John Hutchison, 'Hutchison effect' terjadi sebagai respons terhadap konfigurasi ruangan-waktu tertentu yang relatif rendah daya tenaga elektromagnetik. Paparan yang dihasilkan dari kekuatan yang tidak biasa boleh dinyatakan dalam pelbagai cara. Salah satu kesan ketara adalah pengapungan (levitation) benda berat.

Objek tersuspensi di udara, atau mereka didorong ke atas dengan cepat keluar dari pandangan kamera.

Pada tahun 1979, Hutchison mendakwa telah menemui sejumlah fenomena yang luar biasa, ketika cuba untuk menduplikasi percubaan yang dilakukan oleh Nikola Tesla. Dia merujuk beberapa fenomena ini bersama-sama dengan nama "Hutchison Effect", termasuk pengapungan objek berat, gabungan bahan berbeza seperti logam dan kayu, sementara kurang perpindahan apapun, logam retak spontan, kehilangan sampel logam dan beberapa lagi.

Menurut Hutchison dan Kolonel John Alexander, saintis ketenteraan dari Amerika Syarikat telah bekerja dengannya kerana 'effect' itu ada potensi pada tentera.

Website John Hutchison di http://www.hutchisoneffect.ca/



UFOs Reconsidered - Above Top Secret



Kajian pada piring terbang yang kononnya terhempas di sebuah padang pasir dulu

Dan beberapa teknologi antigraviti lagi seperti De Aquino’s ELF (Extra Low Frequency) anti gravity, Mercury Plasma antigravity, Magnetic levitation (Gertsenshtein Effect antigravity) dan Einstein’s UFT (Unified Field Theory) Antigravity.

Teknologi-teknologi yang asalnya bertujuan untuk kebaikan dicetus oleh mereka-mereka yang mencipta teknologi di atas, kemudiannya diambil oleh pihak-pihak yang tertentu bagi kepentingan peribadi mereka.

Penciptaan piring-piring terbang ini dikaitkan juga dengan NAZI di zaman Adolf Hitler dulu lagi, yang mana dikatakan saintis NAZI di Jerman lah yang mula-mula mereka cipta piring-piring terbang UFO. Alat itu juga digelar sebagai 'Nazi Bell' dan mereka mengkaji dari Einstein’s UFT (Unified Field Theory) iaitu satu teori dari saintis paling terkenal iaitu Albert Einstein.

'Nazi Bell' itu dikatakan lebih rahsia dari projek Nuklear NAZI.  Nick Cook yang terkenal dengan novel 'best selling' nya iaitu The Hunt for Zero Point , ketika membuat kajian telah mendapat sedikit maklumat tentang rekabentuk tertentu atau aplikasi alat Bell Nazi itu, sumber-sumber menunjukkan bahawa ternyata ia mampu mencipta pelbagai kesan mengejutkan pada objek di sisinya. Telah dispekulasikan bahawa alat Bell itu direka untuk menggunakan komponen 'counter-rotating' berkelajuan tinggi diisi dengan bahan khusus dan dijana dengan tenaga elektromagnetik untuk menginduksi kesan "torsion" dan mengawal kesan graviti dan yang penting lainnya.

Yang kelihatan sekarang, banyak alternatif untuk mencipta piring terbang, dan salah satu dari yang di atas kemungkinan besar adalah darinya, dan mungkin juga mereka menggabungkan kesemua teknologi itu.  Wallahu a'lam .......


[searlsolution.com , hutchisoneffect.ca , Wikipedia]


* Update 15 Jun 2018 - Video tambahan tentang Piring Terbang dan Anti Graviti

They Been Hiding it in Plain Sight All Along

Lagi tentang Piring Terbang


1 ulasan:

  1. Tabik spring dengan teknologi mereka ni. Memang pintar dan bijak. Alang kah baik nya jika kepintaran ini di gunakan untuk kemaslahatan alam sejagat dan bukan untuk kepuasan nafsu serakah yang hanya mahu meraih kekayaan dunia untuk diri sendiri.

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.