
Searl Effect Large-Scale antigravity
John Searl lahir pada 2 Mei 1932 di Wantage, Oxfordshire, England. Beliau mendakwa antara tahun 1946 dan 1956 telah merekabentuk dan membina generator elektrik jenis gerakan sistem berterusan terbuka dikenali sebagai Searl Effect Generator (SEG).
Beliau juga telah mendakwa telah membina sebuah mesin terbang yang didasarkan pada kesan anti-graviti, yang beliau beri nama Inverse-G-Vehicle (IGV).
Di bawah ini adalah sebahagian video ceramahnya di IFNE Conference di Denver pada tahun 1994.
Website John Searl di http://www.searlsolution.com/index.html
Hutchison effect antigravity
Pada tahun 1979, Hutchison mendakwa telah menemui sejumlah fenomena yang luar biasa, ketika cuba untuk menduplikasi percubaan yang dilakukan oleh Nikola Tesla. Dia merujuk beberapa fenomena ini bersama-sama dengan nama "Hutchison Effect", termasuk pengapungan objek berat, gabungan bahan berbeza seperti logam dan kayu, sementara kurang perpindahan apapun, logam retak spontan, kehilangan sampel logam dan beberapa lagi.
Menurut Hutchison dan Kolonel John Alexander, saintis ketenteraan dari Amerika Syarikat telah bekerja dengannya kerana 'effect' itu ada potensi pada tentera.
UFOs Reconsidered - Above Top Secret
Kajian pada piring terbang yang kononnya terhempas di sebuah padang pasir dulu
Penciptaan piring-piring terbang ini dikaitkan juga dengan NAZI di zaman Adolf Hitler dulu lagi, yang mana dikatakan saintis NAZI di Jerman lah yang mula-mula mereka cipta piring-piring terbang UFO. Alat itu juga digelar sebagai 'Nazi Bell' dan mereka mengkaji dari Einstein’s UFT (Unified Field Theory) iaitu satu teori dari saintis paling terkenal iaitu Albert Einstein.
'Nazi Bell' itu dikatakan lebih rahsia dari projek Nuklear NAZI. Nick Cook yang terkenal dengan novel 'best selling' nya iaitu The Hunt for Zero Point , ketika membuat kajian telah mendapat sedikit maklumat tentang rekabentuk tertentu atau aplikasi alat Bell Nazi itu, sumber-sumber menunjukkan bahawa ternyata ia mampu mencipta pelbagai kesan mengejutkan pada objek di sisinya. Telah dispekulasikan bahawa alat Bell itu direka untuk menggunakan komponen 'counter-rotating' berkelajuan tinggi diisi dengan bahan khusus dan dijana dengan tenaga elektromagnetik untuk menginduksi kesan "torsion" dan mengawal kesan graviti dan yang penting lainnya.
Yang kelihatan sekarang, banyak alternatif untuk mencipta piring terbang, dan salah satu dari yang di atas kemungkinan besar adalah darinya, dan mungkin juga mereka menggabungkan kesemua teknologi itu. Wallahu a'lam .......
[searlsolution.com , hutchisoneffect.ca , Wikipedia]
* Update 15 Jun 2018 - Video tambahan tentang Piring Terbang dan Anti Graviti
Lagi tentang Piring Terbang
Tabik spring dengan teknologi mereka ni. Memang pintar dan bijak. Alang kah baik nya jika kepintaran ini di gunakan untuk kemaslahatan alam sejagat dan bukan untuk kepuasan nafsu serakah yang hanya mahu meraih kekayaan dunia untuk diri sendiri.
BalasPadam