Berita Terkini

Selebriti-selebriti yang meninggal dunia pada tahun 2010

Tony Curtis


Pelakon legenda Tony Curtis, yang menghiasi skrin sejak tahun 1950-an, meninggal dunia pada usia 85 tahun. Tony meninggal kerana serangan jantung di rumahnya di Vegas pada tarikh 29 September 2010. Berita sedih itu disahkan kepada media oleh anak perempuannya, pelakon Jamie Lee Curtis. Selama perjalanan karier yang panjang, Tony membintangi lebih dari 150 filem, berjuang melawan ketagihan dadah, berkahwin enam kali, dan ayah kepada enam anak. Foto kredit : Independent.co.uk


George Steinbrenner

Pemilik Yankees, George Steinbrenner, menderita serangan jantung pada tarikh 13 Julai 2010 di Florida dan dinyatakan meninggal. Foto kredit : Forbes


Rue McClanahan

Bekas bintang Golden Girls dan pemenang anugerah Emmy Rue McClanahan telah meninggal dunia pada usia 76 tahun. Dia menderita stroke kronik dan keluarganya ada di sisinya ketika dia meninggal dunia pada tarikh 3 Jun 2010. Foto kredit : abcnews


Dennis Hopper

Pelakon lagenda Dennis Hopper meninggal dunia pada tarikh 29 Mei 2010 dalam usia 74 tahun. Dia berjuang melawan kanser prostat dan meninggal dunia di rumahnya di Venice, California dikelilingi oleh teman-teman dan keluarga. Dennis paling dikenali untuk lakonannya dalam filem seperti Rebel Without a Cause, Easy Rider, Apocalypse Now, Waterworld dan Blue Velvet.


Gary Coleman

Bekas bintang Stroke Diff'rent Gary Coleman meninggal dunia pada tarikh 28 Mei 2010 di usia muda 42 tahun selepas pendarahan otak. Gary telah koma dan dinyatakan meninggal di Utah Valley Regional Medical Center di Provo, Utah.


Simon Monjack

Hanya lima bulan selepas kematian mengejut Brittany Murphy, suaminya, penulis skrip Simon Monjack, ditemui mati pada 23 Mei 2010 di rumahnya pada usia 39 tahun.


Ronnie James Dio

Vokalis heavy metal dan penulis lagu Ronnie James Dio meninggal dunia pada tarikh 16 Mei 2010 di usia 67 tahun selepas berjuang melawan kanser perut. Dia pernah menyanyi bersama kumpulan Elf, Rainbow, Black Sabbath, Heaven & Hell, dan band sendiri iaitu Dio.



Lena Horne

Penyanyi / pelakon / penari Lena Horne meninggal di NYC pada tarikh 9 Mei 2010 di usia 92. Foto kredit : thegrio.com



Dixie Carter

Pelakon Dixie Carter meninggal pada 10 April 2010 dalam usia 70 tahun. Beliau komplikasi akibat kanser endometrium.   Foto kredit : Telegraph.co.uk



John Forsythe

Lagenda TV John Forsythe, bintang yang hit dalam Dynasty dan Charlie's Angels, meninggal dunia pada tarikh 2 April 2010 di usia 92 tahun. Pada tahun 2006, John didiagnosis menderita kanser usus besar dan meninggal komplikasi pneumonia di Santa ynez, California.



Robert Culp

Culp adalah seorang pelakon dan penulis skrip, paling dikenali untuk karya televisyen. Dia menjadi terkenal secara internasional atas peranannya sebagai Kelly Robinson I Spy, di mana dia membintangi bersama Bill Cosby.

Dia juga muncul di berbagai acara televisyen yang lain termasuk, Bonanza, The Golden Girls, The Nanny, The Girls Next Door dan Wings. Culp berkahwin lima kali dan mempunyai tiga anak lelaki dan dua dua anak perempuan.

Dia meninggal dunia pada tarikh 24 Mac 2010 setelah dia jatuh rebah di luar rumahnya di Los Angeles, California dalam usia 79 tahun.



Peter Graves

Pelakon Peter Graves meninggal pada usia tua di rumahnya di California pada tarikh 14 Mac 2010 dalam usia 83 tahun. Dia paling dikenali dan dihormati kerana peranannya sebagai agen utama dalam acara hit TV Mission Impossible serta tuan rumah A&E's Biography.



Corey Haim

Pelakon Corey Haim dijumpai tidak sedarkan diri pada pagi tarikh 10 Mac 2010 di apartmen LA dan dinyatakan meninggal di Providence St Joseph's Medical Center. Corey, 38, meninggal kerana overdose. Dia terkenal melalui filem-filem seperti The Lost Boys, Lucas dan License to Drive.



Andrew Koenig

Tubuh bekas bintang Growing Pains, Andrew Koenig ditemui di sebuah taman di Vancouver pada tarikh 25 Februari 2010. Malangnya, ternyata bahawa dia memutuskan untuk mengambil nyawanya sendiri. Pelakon itu dilaporkan hilang pada Hari Valentine dan pencarian telah dilakukan sejak itu. Keluarga, teman, dan sukarelawan semua bertungkus-lumus untuk membantu pihak polis cuba mencarinya.


Kebanyakan selebriti luar negara di atas meninggal dunia akibat kanser .......


Selebriti-selebriti di Malaysia


Tony Castello

Pelakon filem klasik Anakku Sazali, Tony Castello atau nama Islamnya Mohd Nor Abdullah. Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang, Isnin Disember 2010 di Hospital Changi, Singapura dalam usia 64 tahun.


Shamrin Fotograf

Shamrin (Mohd Shamrin Abdul Samad) iaitu penyanyi kumpulan Fotograf yang pernah popular dengan lagu Di alam fana cinta, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, selepas jatuh rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru kerana serangan jantung. Kejadian itu berlaku pada 11 November 2010.

Allahyarham meninggalkan isteri yang sedang sarat mengandung ketika itu dan dua orang anak berusia 1 dan 5 tahun. Allahyarham meninggal dalam usia 45 tahun.



Yalal Chin


Seorang pelakon drama otai yang sudah lama berkecimpung dalam seni lakon. Allahyarham Yalal Chin (Yalal Abu Chin) meninggal dunia akibat serangan sakit jantung dan pendarahan dalam otak di HUKM, Cheras, Kuala Lumpur pada jam 12.15 pagi, 16 Oktober 2010. Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir ketika berusia 67 tahun. Foto kredit : crossingtheseries.com



M Rajoli

Seorang pelakon dan pelawak veteran M Rajoli (Haji Mohd Rajoli Mohamed Zin) telah meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya kerana mengidap kanser di kelenjar otak (lymphoma). Allahyarham menghembuskan nafas ketika berusia 65 tahun pada 17 September 2010.



M. Rafiee Haji Khair

Allahyarham M. Rafiee Haji Khair meninggal dunia kerana sakit tua di Hospital Besar Changi (CGH), Singapura pada 16 September 2010. Waktu itu beliau berusia 86 tahun.

Beliau pernah membintangi filem Madu Tiga, Ali Baba Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan beberapa lagi bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. M. Rafiee paling diingati dengan dialognya "kesiaan ....... kesiaan" dalam filem Madu Tiga. Begitu juga adegan dia repair motosikal, yang mana motosikalnya selepas itu terbang ke atas atap rumah, akibat penangan si Sudin.



Yusof Chong


Seorang pelawak veteran, Allahyarham Yusof Chong (Yusop Mat Said) meninggal dunia dalam usia 63 tahun akibat komplikasi pelbagai penyakit, di Hospital Selayang, Selangor dalam bulan puasa, 5 September 2010.

Beliau amat diingati kerana kebolehannya meniru pelbagai suara orang terutamanya suara menteri-menteri seperti Tan Sri Mohamed Rahmad (Allahyarham), Tun Lim Kheng Yeik, Datuk Seri S.Samy Vellu dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tidak ketinggalan juga beliau mampu meniru suara-suara artis seperti R.Azmi, Datuk David Arumugam, Zain Azman, Halim Yatim dan ramai lagi.



Seniwati Mariam Baharom

Allahyarhamah meninggal kerana sakit tua di kondominiumnya di Yishun, Singapura dalam usia 75 tahun pada 9 Ogos 2010.

Beliau adalah ibu kepada penyanyi terkenal suatu ketika dulu iaitu Rahimah Rahim dan juga Bat Latif, hasil perkahwinan dengan Allahyarham Rahim Hamid, iaitu seorang penyanyi yang amat popular, dan telah digelar sebagai 'Nat King Cole Singapura'. Dan tidak ketinggalan beliau juga ialah kakak kepada Allahyarhamah Seniwati Datin Saadiah.

Seniwati Mariam Baharom pernah bekerja di Studio Malay Film Productions (MFP) dan Cathay Keris. Pernah membintangi filem Abu Hassan Penchuri (1955), Aloha (1950), Antara Dua Darjat (1960), Aladdin (1952) dan beberapa lagi filem klasik lain.


Siti Rohani Wahid

Salah seorang pelakon wanita yang popular sekitar tahun 70an dan 80an, terutamanya menerusi filem Gila-gila remaja, memegang watak sebagai seorang cikgu dalam kelas Roy. Allahyarhamah Siti Rohani Wahid meninggal dunia akibat penyakit barah payu dara ketika berusia 53 tahun.

Allahyarhamah ialah isteri kepada pengarah M Jamil dan juga menantu kepada seniwati terkenal, Datuk Sarimah Ahmad. Dia telah menderita barah payu dara selama setahun dan akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Putrajaya pada 12 Julai 2010.



Yanie Mentor

Yanie Mentor (Siti Suriane Julkarim) meninggal dunia kerana penyakit ketumbuhan pada paru-paru pada 21 Mac 2010. Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Keningau, Sabah. Foto kredit : mybloghub.my



Acik Spin

Dua minggu selepas kehilangan Din Beramboi, Acik Spin (Abdillah Murad Md Shari) pula terlibat dalam satu kejadian kemalangan jalanraya di KM 14 Lebuhraya Kajang Serembang sdn. bhd, dengan kereta Toyota Estima yang dipandu oleh sahabatnya terbabas. Allahyarham meninggal dalam usia 28 tahun pada 17 April 2010.



Din Beramboi

Pelawak dan DJ radio popular Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad Mior Badri) meninggal dunia pada usia 44 tahun kerana mengidap demam Denggi berdarah, di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pada 2 April 2010. Pemergian Allahyarham disaksikan oleh ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.



Ahmadi Hassan

Seorang penyanyi nasyid yang popular sekitar tahun 70 dan 80an. Allahyarham Ahmadi Hassan telah meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada petang 17 Februari 2010, dalam usianya 63 tahun. Pernah mencipta nama menerusi drama radio Fajar Di Bumi Permata dengan wataknya sebagai Pak Chat sekitar tahun 1970-an. Foto kredit : lagubaru.net


Semoga roh mereka aman di sana. Bila pula giliran kita ya?  :)  Dan jika ada lagi senarai dalam pengetahuan anda, sila tambah di ruangan komen di bawah ya, terima kasih :)


Bersambung ke Selebriti-selebriti yang meninggal dunia pada tahun 2011

Lihat juga Selebriti-selebriti yang meninggal dunia pada tahun 2009



Selebriti mati 2010

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbt. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.