Berita Terkini

Jantung - Sakit Jantung

Sakit jantung atau penginfarkan miokardium adalah sejenis penyakit yang boleh membawa maut kepada manusia.


Sakit jantung merupakan salah satu daripada beberapa jenis penyakit yang berkait dengan jantung. Sakit jantung yang biasa adalah:


* (Coronary heart disease), terhasil akibat pengumpulan mendapan atheromatous (atheromatous plaques) dalam dinding ateri yang membekalkan myocardium.

* (Ischaemic heart disease), penyakit yang berciri-cirikan pengurangan bekalan darah kepada jantung.

* (Cardiovascular disease), kelas penyakit yang membabikan jantung/ saluran darah (arteri dan vena).

* (Cor pulmonale|Pulmonary heart disease), kegagalan pada bahagian kanan jantung.

Penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu pada orang Amerika dewasa. Setiap tahunnya, di Amerika Syarikat:

478 000 orang meninggal kerana penyakit jantung koronari.

1,5 juta orang mengalami serangan jantung.

407 000 orang mengalami operasi peralihan.

300 000 orang menjalani angioplasti.

Penyakit jantung, stroke, dan penyakit periferal arterial merupakan penyakit yang membawa maut. Di seluruh dunia, jumlah penderita penyakit ini terus bertambah. Ketiga kategori penyakit ini tidak lepas dari gaya hidup yang kurang sihat yang banyak dilakukan seiring dengan berubahnya pola hidup.

Faktor-faktor pemicu serangan jantung ialah Merokok, mengonsumsi makanan berkolestrol tinggi, kurang gerak, malas berolahraga, stres, obesiti, tekanan darah tinggi, diabetes dan kurang istirahat.

Serangan Jantung

Serangan jantung adalah suatu kondisi ketika kerosakan dialami oleh bahagian otot jantung (myocardium) akibat mendadak sangat berkurangnya kumpulan darah ke situ. Berkurangnya kumpulan darah ke jantung secara tiba-tiba dapat terjadi ketika salah satu nadi koronari ter blok selama beberapa saat, entah akibat spasme - mengencangnya nadi koronari - atau akibat pergumpalan darah - thrombus. Bahagian otot jantung yang biasanya di pasuk oleh nadi yang terblok berhenti berfungsi dengan baik segera setelah splasme reda dengan sendirinya, gejala-gejala hilang secara menyeluruh dan otot jantung berfungsi secara betul-betul normal lagi. Ini sering disebut crescendo angina atau coronary insufficiency. Sebaliknya, apabila kumpulan darah ke jantung terhenti sama sekali, sel-sel yang bersangkutan mengalami perubahan yang kekal hanya dalam beberapa jam saja dan bahagian otot jantung termaksud mengalami penurunan mutu atau rosak secara kekal. Otot yang mati ini disebut infark.

Gejala Serangan Jantung

Gejala-gejala ini untuk setiap orang adalah berbeza. Sebuah serangan jantung mungkin dimulai dengan rasa sakit yang tidak jelas, rasa tidak nyaman yang samar, atau rasa sesak dibahagian tengah dada. Kadang-kadang, sebuah serangan jantung hanya menimbulkan rasa tidak nyaman yang ringan sekali sehingga sering disalah-ertikan sebagai gangguan pencernaan, atau bahkan lepas dari perhatian sama sekali. Dalam hal ini, satu-satunya cara yang memungkinkan sebuah serangan jantung dapat dikesan adalah ketika harus menjalani pemeriksaan ECG untuk alasan lain yang mungkin tidak berkaitan. Dipihak lain, serangan jantung mungkin menghadirkan rasa nyeri paling buruk yang pernah dialami - rasa sesak yang luar biasa atau rasa tersepit pada dada, tenggorokan atau perut. Boleh juga mengeluarkan keringat panas atau dingin, kaki terasa sakit sekali dan rasa ketakutan bahawa ajal sudah mendekat. Juga mungkin merasa lebih nyaman bila duduk dibanding bila berbaring dan mungkin nafas begitu sesak sehingga tidak boleh santai. Rasa mual dan pening bahkan sampai muntah, bahkan yang lebih parah iaitu ketika sampai kolaps dan pengsan.


Ada beberapa gejala yang lebih spesifik, antara lain:

Nyeri. Jika otot tidak mendapatkan cukup darah (suatu keadaan yang disebut iskemi), maka oksigen yang tidak memadai dan hasil metabolisme yang berlebihan menyebabkan kram atau kejang. Angina merupakan perasaan sesak di dada atau perasaan dada diremas-remas, yang timbul jika otot jantung tidak mendapatkan darah yang cukup. Jenis dan beratnya nyeri atau ketidaknyamanan ini bervariasi pada setiap orang. Beberapa orang yang mengalami kekurangan aliran darah boleh tidak merasakan nyeri sama sekali (suatu keadaan yang disebut silent ischemia).

Sesak nafas merupakan gejala yang biasa ditemukan pada gagal jantung. Sesak merupakan akibat dari masuknya cairan ke dalam rongga udara di paru-paru (kongesti pulmoner atau edema pulmoner).

Kelelahan atau kepenatan. Jika jantung tidak efektif memompa, maka aliran darah ke otot selama melakukan aktiviti akan berkurang, menyebabkan penderita merasa lemah dan lelah. Gejala ini seringkali bersifat ringan. Untuk mengatasinya, penderita biasanya mengurangi aktivitinya secara bertahap atau mengira gejala ini sebagai sebahagian dari penuaan.

Palpitasi (jantung berdebar-debar)

Pening & pengsan. Penurunan aliran darah kerana denyut atau irama jantung yang abnormal atau kerana kemampuan memompa yang buruk, bboleh menyebabkan pening dan pengsan.

Tanda-tanda Peringatan Awal

Bagaimanapun, salah sekali pendapat bahawa sebuah serangan jantung datang seperti petir di waktu siang. Serangan jantung adalah puncak bencana dari sebuah proses kerosakan yang berlangsung lama, yang sering melibatkan kejutan-kejutan emosional, kekacauan fisiologi dan kelelahan mental. Tanda-tanda peringatan awal begitu subjektif dan begitu tersamar, sehingga bahkan doktor yang terlatih untuk sengukur segala sesuatu secara objektif masih boleh mengabaikannya.

Diagnosis
Berdasarkan gejala-gejala yang dirasakan, seorang doktor dapat membuat perkiraan yang nalar tentang apakah gejala-gejala itu mengisyaratkan serangan jantung atau tidak. Kecurigaannya mungkin diperkuat oleh penampilan si penderita, tingkat tekanan darah dan bunyi detak jantung. Doktor mungkin akan mengirimnya ke pemeriksaan ECG dan uji darah, tetapi bila masih merasakan nyeri, doktor barangkali akan memberi suntikan penghilang rasa nyeri sebelum pemeriksaan itu. Ini kerana nyeri yang menakutkan dapat membawa ke jurang yang lebih dalam, yang dapat menyebabkan gejala jantung. Nyeri itu juga dapat menimbulkan kesan psikologi jangka panjang. ECG pertama mungkin tidak menunjukkan tanda-tanda serangan jantung dan mungkin pemeriksaan itu harus diulang.

Kadang-kadang ujian yang kedua pun masih tidak menunjukkan perubahan, dan selama hal ini, diagnosis akan bergantung pada pemeriksaan darah. Jantung, seperti semua sel tubuh lain, mengandungi bahan-bahan kimia khusus yang disebut enzim. Ketika sel-sel jantung mengalami kerosakan, enzim-enzim yang dilepaskan beredar bersama aliran darah. Setelah sebuah serangan jantung, kadar sebahagian enzim ini langsung naik, tetapi selanjutnya enzim-enzim tersebut lekas mengurai dan kerana itu tidak terkesan lagi setelah sehari atau dua hari; ada enzim yang baru dilepaskan beberapa jam atau beberapa hari kemudian tetap tinggal dalam darah selama beberapa hari atau bahkan beberapa minggu.

10 anggapan salah tentang penyakit jantung

1. Penyakit jantung hanya terjadi pada orang gemuk saja
2. Penyakit jantung tidak terdapat pada anak atau orang muda
3. Wanita bebas dari penyakit jantung
4. Penyakit jantung hanya satu jenis
5. Jantungnya sihat, tak mungkin boleh mendapat sakit jantung
6. Tidak ada hubungan dengan serangan stroke
7. Penyakit jantung merupakan penyakit keturunan
8. Penyakit jantung tidak dapat dicegah
9. Terkena penyakit jantung sebab sering dikejutkan
10. Penyakit jantung muncul sebab sering mengkonsumsi menu jantung pisang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.