Gimnasium Easy Gym di Arrigorriaga, daerah Basque, Sepanyol membenarkan berbogel termasuk wanita ketika mereka menggunakan peralatan untuk bersenam, lapor BBC News.
Pemilik gimnasium itu, Mercehe Laseca memberitahu Perbadanan Penyiaran British bahawa keputusan itu dibuat adalah kerana untuk mendapatkan lebih ramai pengunjung.
"Ekoran krisis (ekonomi), kami mengetahui hanya terdapat sejumlah kecil orang yang menggunakan gimnasium.
"Saya bukan seorang 'nudist', namun inisiatif ini adalah kerana wang," kata Laseca. Tetapi dia berasa kecewa pada hari pertama para pengguna dibenarkan berbogel kerana hanya empat orang sahaja termasuk wanita yang tidak memakai sebarang pakaian semasa bersenam.
Walaupun sambutan kurang menggalakkan, seorang guru yoga sudah menawarkan diri untuk membuka kelas untuk para pelajarnya berbogel di gimnasium tersebut.
Gimnasium itu sudah melakukan kajian sebelum memilih untuk melakukan alternatif tersebut. Ia mendapati bahawa dua kolam renang tempatan sudah menawarkan sesi bulanan popular untuk mandi dalam keadaan berbogel.
Setiap tahun, berhampiran Sopelana, diadakan larian bogel besar-besaran sepanjang pantai. Ada sekurang-kurangnya 12 pantai naturist (pantai orang berbogel) di kawasan-kawasan Basque, dan masih banyak lagi di seluruh pantai Sepanyol.
[BBC]
Mereka semua ini tidak malu kepada anak-anak mereka ke eh? Macam mana lah maksiat zina, rogol, buang bayi, perbalahan akibat masalah seks dan sebagainya mahu dibendung jika manusia tidak menggunakan akal yang Allah kurniakan dengan sebaiknya ya? .......