Berikut ialah gambar-gambar foto yang memenangi Pertandingan Fotografi Bawah air Tahunan 2011 (2011 Annual Underwater Photography Contest) yang dihoskan oleh Universiti Miami, Amerika Syarikat.
Sebuah panel telah mengadili lebih dari 600 foto dari 20 buah negara. Para hakim termasuk suami-isteri jurugambar bawah air Myron dan Nicole Wang, ahli-ahli biologi marin Michael Schmale dari Universiti Miami, dan jurugambar profesional Brian Call.
"Gambar yang menang memiliki semuanya ... warna, keseimbangan dan simetri. Goby lutsinar memang menakjubkan!" kata Myron Wang.
Pemenang juga diumumkan pada hari Rabu dalam kategori lain, termasuk potret ikan atau haiwan laut, makro, wide angle dan foto pelajar terbaik Universiti Miami.
Sebuah panel telah mengadili lebih dari 600 foto dari 20 buah negara. Para hakim termasuk suami-isteri jurugambar bawah air Myron dan Nicole Wang, ahli-ahli biologi marin Michael Schmale dari Universiti Miami, dan jurugambar profesional Brian Call.
"Gambar yang menang memiliki semuanya ... warna, keseimbangan dan simetri. Goby lutsinar memang menakjubkan!" kata Myron Wang.
Pemenang juga diumumkan pada hari Rabu dalam kategori lain, termasuk potret ikan atau haiwan laut, makro, wide angle dan foto pelajar terbaik Universiti Miami.
Foto yang luar biasa dari dua ekor ikan goby lutsinar, masing-masing tidak lebih besar dari satu inci, adalah juara keseluruhan tahun ini. Jurugambarnya dari Jerman iaitu Tobias Friedrich yang menyelam berhampiran Marsa Alam di Mesir.
2 - Can you see the seahorse?
Gambar Kuda laut 'camouflaged pygmy' (Hippocampus bargibanti). Makhluk-makhluk ini berukuran kira-kira satu inci panjang, dan biasanya bersembunyi di laut Pasifik Barat. Foto ini memenangi tempat pertama dalam kategori makro. Dirakam oleh jurugambar British iaitu Michael Gallagher.
3 - Ablaze with color
Seekor nudibranch berwarna-warni (Cratena Peregrina) terapung di perairan di lepas pantai Catalonia, seperti yang dilihat dalam gambar ini dari Sepanyol Jordi Benitez. Foto ini memenangi tempat kedua dalam kategori makro. (Jordi Benitez)
4 - Odd couple
Seekor nudibranch dan udang mantis duduk berdampingan di pantai Seraya, Bali. Gambar pasangan aneh, diambil oleh Erika Antoniazzo dari Malaysia, meraih tempat ketiga dalam kategori makro. (Erika Antoniazzo)
5 - Public display of affection
Dua ekor sotong sedang mengawan ditonton di perairan muara Oosterschelde di Netherlands. Foto oleh Luc Rooman Belgium, mengambil tempat pertama dalam kategori wide-angle 2011 Underwater Photography Contest. (Luc Rooman)
6 - A riot of red
Sekawanan ikan Kardinal di sekitar ikan Pari di perairan Atlantik Pulau Canary. Foto oleh jurugambar David Barrio Colongues dari Sepanyol, memenangi tempat kedua dalam kategori wide-angle. (David Barrio Colongues)
7 - Bunches of barracuda
Laut Merah Sudan dipenuhi dengan ikan 'barracuda', sebagaimana dapat dilihat dalam fotografi oleh Jackie Campbell dari Ireland. Gambar memenangi tempat ketiga dalam kategori wide-angle. (Jackie Campbell)
8 - Magic mushroom
Ini bukan cendawan ... ini ialah obor-obor dari Worth Lagoon di Tasik Florida, difoto oleh Steven Kovacs. Gambar oleh jurugambar Florida ini memenangi tempat pertama dalam kategori potret ikan dan haiwan laut. (Steven Kovacs)
9 - Smile for the camera
Anda hampir dapat melihat senyuman di wajah ikan Web burrfish (Chilomycterus antillarum) ini, yang difoto oleh Susan Mears dari Florida di Tasik Worth Lagoon. Ini adalah pemenang tempat kedua dalam kategori potret. (Susan Mears)
10 - Reflecting pool
Foto seekor kodok di permukaan sebuah tasik di Belgium meraih tempat ketiga dalam kategori potret oleh jurugambar Belgium Luc Rooman. (Luc Rooman)
11 - Filefish in Fiji
Laura Rock dari Universiti Miami menyapu bersih kategori pelajar di 2011 Underwater Photography Contest ini. Foto tempat pertama ini menunjukkan ikan 'orange spotted filefish' (Oxymonacanthus longirostris) di tengah Yasawa Islands, Fiji. (Laura Rock)
12 - Sharkingly beautiful
Gambar yu paus (Rhincodon typus) oleh Laura Rock di Western Australia Ningaloo Reef mengambil tempat kedua dalam kategori pelajar universiti ini. (Laura Rock)
[MSNBC]
SubhanAllah. Sungguh luarbiasa dan menakjubkan. Satu lagi juadah kebesaran Tuhan yang dirakamkan untuk kita menikmati bersama. Terima kasih perkongsian nya.
BalasPadam