Berita Terkini

Tips ambil gambar landskap dan pemandangan


gambar pantai bari kecil

Assalaamu'alaikum dan selamat sejahtera. Ada 3 faktor penting dalam menentukan 'pendedahan yang betul' / correct exposure iaitu Aperture, shutter speed dan ISO.  Faktor-faktor ini lah yang menyebabkan gambar jadi cerah atau gelap. Maka sebaiknya kita mesti faham terlebih dahulu apa itu aperture, shutter speed dan ISO untuk kita melangkah lebih jauh dalam dunia fotografi termasuklah fotografi landskap (landscape photography).

Kali ini saya hanya akan menceritakan tips-tips untuk mengambil gambar landskap dan pemandangan mengikut pengalaman dan apa yang saya pelajari dan kaji selama ini. Saya akan mulakan sedikit sahaja dulu dan saya akan tambah dari semasa ke semasa jika ada apa-apa tips yang terlintas di kepala saya.  Penulisan ini on the spot je ni, tidak dirancang :D

Tips-tips mengambil gambar landskap dan pemandangan

1 - Untuk mengambil gambar sunrise atau sunset dengan masih mengekalkan warna langit dan agar tanah tidak menjadi gelap gelita, maka sebaiknya anda gunakan GND (gradual neutral Density) filter. Ianya adalah sejenis filter yang diletakkan di depan muncung lense, bagi menggelapkan sedikit langit agar tidak wash out / over expose. 

Atau jika anda tidak berduit banyak untuk beli filter tetapi mahir menggunakan Adobe Photoshop, anda boleh lah tembak 2 exposure sekurang-kurangnya.  Satu expose agar tanah cerah dan jelas, biar pun langit agak over expose. Kemudian expose satu lagi  dengan langit agak gelap dan mengekalkan warnanya, biar pun tanah / landskap menjadi gelap.  Kemudian masuk dalam Photoshop, tindan kedua-duanya menjadi dua layer. Letakkan gambar yang mengandungi langit over expose tadi di bahagian atas layer. Kemudian erase bahagian langitnya sahaja, agar yang tinggal dalam gambar itu bahagian langit yang agak gelap dan berwarna tadi.

2 -  Untuk menghasilkan gambar lampu berbintang-bintang dalam landskap pada waktu malam , anda perlu sempitkan / kecilkan aperture , iaitu dengan menambah nilainya seperti F/16 , F/18, F20, F22 ....... Makin sempit / kecil aperture, makin jelas lah bintang-bintang tu. Cuma mesti di ingat, jika keadaan agak low light (tidak berapa cukup cahaya), noise nya pun akan menjadi lebih JELAS! 

gambar batu bersurat terengganu pada waktu malam

Maka untuk mengurangkan noise (bintik-bintik dalam gambar), anda boleh la mherendahkan nilai ISO, seperti ISO 200 dan ISO 100 biasanya dah kurang noise. Dan jika anda melakukan Long Exposure (pendedahan lama) , sebaiknya ON kan Long Exposure Noise Reduction di dalam setting exposurenya. 

Tetapi perlu diingat, jika anda ON kan Long Exposure Noise Reduction, bermakna akan ada waktu proses selepas anda expose. Sebagai contoh, jika anda expose selama 2 saat, maka waktu proses dalam kamera selepas itu akan ada juga selama 2 saat. Begitu juga jika anda expose selama 20 minit (ketika mahu menembak Star Trails umpamanya) , maka kamera akan proses pula selama 20 minit selepas itu. Bermakna, memakan masa selama 40 minit untuk siap sekeping gambar, huhu.

Ada banyak software untuk reduce noise (kurangkan noise), tetapi pilihan saya ialah Neat Image.



3 - Jika anda mahukan landscape yang sharp keseluruhan gambar, maka pastikan lense anda sudah di set pada fokus infiniti. Ada lense yang fokus infiniti nya dengan kita merapatkan fokus ke arah lawan jam. Sepertimana yang saya pernah guna pada kit lense Sony Alpha 200 dulu. Tetapi bukan semua lense fokus infiniti nya dibiarkan rapat begitu. 

Jika lense anda ada simbol 'infinity' , maka set kan fokus mengikut penanda yang disediakan. 

Perhatikan contoh gambar lense di atas, simbol infiniti seakan-akan nombor 8 terbalik secara horizontal tu. Penanda untuk pastikan fokus ke infiniti ialah garis putih di tengah-tengah petak fokus. Biarkan ianya sama setentang dengan penanda dari simbol infiniti itu. Keadaannya seperti dalam gambar.

Dan pastikan aperture semakin kecil, biasa nya F11 , F13 ke atas adalah bagus untuk shoot foto landskap. Melainkan bagi "long exposure" tempat-tempat yang sangat gelap tanpa cahaya (seperti mahu shoot gambar milky way dan seumpamanya), maka boleh lah dibesarkan lagi aperturenya kepada F6.3, F5.6, F5 atau seterusnya.


4 - Jika anda suka mengedit gambar agar lebih details, maka anda boleh menggunakan plugin LucisArt yang apabila di install akan masuk ke dalam Filter Photoshop. Tetapi saya lebih suka kepada Topaz Adjust , ianya juga plugin untuk Photoshop. Atau pun jika anda suka HDR, anda boleh gunakan software yang dapat blend berlainan exposure seperti Photomatix, Easy HDR dan sebagainya. 

Dan juga jika anda malas untuk shoot atau ejas gambar berlainan exposure, anda boleh saja gunakan perisian Dynamic-Photo HDR. Dengan sekeping gambar sahaja anda boleh menukarkannya kepada HDRi. 

5 - Cari foreground interest (subjek-subjek menarik di bahagian depan landskap) terlebih dahulu sebelum shoot landskap, kerana ia akan menjadikan gambar lebih menarik dan ada rasa kedalaman / sense of depth dalam gambar tersebut. Composition (gubahan) yang biasa digunakan ialah dengan mengikut ROT (Rule Of Third) iaitu meletakkan subjek tersebut pada kedudukan satu pertiga dalam gambar. Dan boleh juga letakkan subjek di tengah-tengah (center) mengikut kesesuain keadaan.

Walaubagaimana pun, untuk menghasilkan gambar landskap yang lebih ketara nampak perspektifnya dan lagi luas, saya cadangkan anda angkat satu Ultra Wide Angle lense, sekurang-kurangnya 10-20mm.  Ultra Wide Angle lense boleh memuatkan pemandangan lebih banyak masuk dalam frame gambar dari wide angle lense biasa.

6 - Saya dulu pernah menjadi seorang pelukis. Lukisan potret, pemandangan dan sebagainya, tetapi sudah lama bersara. Dan pernah juga membuat grafik-grafik 3d dengan perisian 3d Studio Max dan lain-lain.  Maka saya ambil konsep dari seni lukis dan bawa ke dalam seni foto. Maka sebelum saya shoot gambar landskap, saya bayangkan bagaimana seorang pelukis mahu melukis suatu gambar.

Walaupun bukan semuanya saya praktikkan begitu, tetapi begitulah kebiasaannya bila saya mahu shoot landskap dan pemandangan.

7 - Pada peringkat permulaan, adalah perlu juga anda meniru gaya fotografi fotografer lama dan professional. Tetapi lama kelamaan, sebaiknya perlu ada gaya dan cara tersendiri agar tidak nampak terlalu stereotype.

8 - Ambil masa untuk memilih awan dan langit yang menarik. Tidak semestinya anda sampai ke lokasi, anda terus tembak dan terus pergi dari situ  (melainkan terlalu kesuntukan masa).  Tetapi menunggu datangnya awan yang menarik adalah amat bagus untuk mendapatkan hasil landskap yang menarik. Perlu kesabaran yang tinggi sikit lah. 

Biasanya, suatu landskap yang menarik pun jika langit nya tidak menarik, gambar pun kurang mengujakan.  Begitu juga kalau langit sudah menarik, tetapi landskap pula kacau-bilau dan tidak menarik, maka tidak mengujakaan juga hasilnya.  Tetapi jika kita dapat landskap yang menarik dan langit nya pun menarik, maka insyaAllah hasilnya adalah foto landskap yang mengujakan.

9 - Tangkap pergerakan dalam sesuatu landskap, umpamanya ombak yang menghempas pantai, awan yang berarak, pokok-pokok yang ditiup angin, burung terbang lalu, air terjun menderu dan sebagainya. Jika ada pergerakan di dalam landskap, foto akan menjadi bertambah dramatik.  Contoh seperti pusaran air laut di tepi pantai dalam gambar di bawah (tapi tak lah lawa sangat :P). 

swirling wave at the beach

Gambar di atas saya gunakan konsep 'slow shutter' , kalau tak silap saya antara 0"5 , 1/10 ke 1/20 shutter speed gitu. Dengan waktu pagi yang sudah agak cerah , maka saya gunakan ND Filter (ND 400). Dan shot dilakukan ketika air laut kembali semula ke laut (untuk mendapatkan efek pusaran air itu, kerana air berpusar di celah-celah batu ketika kembali semula ke laut),

Gambar di bawah ini pula seolah-olah ombak menyerbu ke pantai, juga saya gunakan teknik 'slow shutter'. Cuma beza dengan gambar di atas, saya shoot ketika ombak menyerbu ke pantai, bukan ketika kembali ke laut semula. Anda mesti 'trial and error' dalam mengejas shutter speed kamera untuk melihat hasilnya.

rushing wave at the beach

10 - Mesti perhati betul-betul garis horizon, agar landskap tidak nampak senget sangat (ataupun istilah yang biasa digunakan jika menembak gambar pantai iaitu 'air laut tumpah').  Memang boleh diejas semula dalam software untuk edit gambar, tetapi sebaiknya setting kamera awal-awal agar horizon tidak senget.

Gambar yang mengandungi horizon yang ketara sengetnya nampak seperti gambar yang tidak stabil dan tidak cermat dalam menangkapnya.  Jika horizonnya betul, barulah nampak satu hasil kerja yang kemas dan teliti.

11 - Apa sahaja cuaca boleh ditangkap , tidak perlu tunggu saat sunrise , sunset dan hari panas terik sahaja. Hari gelap nak hujan pun boleh jadi dramatik jika kena pilihan langit dan suasananya. Begitu juga jika ada ribut, petir, pelangi dan sebagainya. Asalkan kita berhati-hati dan pilih tempat sesuai untuk menangkap gambar.

12 - Mahu proses gambar Star Trails dengan mudah? Hanya buka gambar-gambar Star trails anda dengan software percuma iaitu StarStax. Sangat mudah, software itu akan generate sendiri gambar-gambar yang anda masukkan dengan tekan satu butang sahaja.

Setiap expose ketika anda shoot gambar star trails, mungkin boleh dilakukan dalam 3 - 5 minit sekeping (Ini kaedah yang saya suka. Mungkin berbeza dengan orang lain). Kemudian shoot lah setakat yang anda mahu star trails nya panjang mana. Semakin banyak keping digabungkan, maka semakin panjang lah star trails yang akan diproses nanti.

Sila lihat juga Koleksi landskap dengan pelbagai elemen, sebagai tambahan idea untuk menembak gambar landskap. Selamat belaka, jazaakumullahu khoirol jazaa' :)


~ Neezhom Photomalaya ~

2 ulasan:

  1. Terima kasih, selepas baca posting ni sy terus sambar nd400..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama, alhamdulillah. Semoga bermanfaat dan semoga anda akan puas hati dengan kamera dan skill anda. Terima kasih :-)

      Padam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.