Berita Terkini

Sekitar kes video seks Dato' Anwar Ibrahim

Video klip yang dituduh sebagai video seks Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah mula beredar dalam Youtube dan beberapa blog. Saya tidak mahu masukkan video tersebut ke sini kerana kandungannya yang tidak sesuai untuk blog ini dan minda masyarakat.

Tetapi mari kita baca laporan dari Harian Metro terbaru ini.


Satu klip video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang didakwa sudah dimuat turun ke laman web YouTube dan beberapa laman blog sejak tengah hari semalam. 
Dalam klip video selama satu minit 47 saat itu memaparkan tiga individu iaitu dua lelaki bersama seorang wanita dalam sebuah bilik sebelum seorang daripada lelaki terbabit keluar.

Di awal permulaannya, seorang wanita lengkap berpakaian duduk di sisi katil sambil dua lelaki seorang daripadanya bertuala berbual ringkas sebelum lelaki itu keluar. 
Kelihatan selepas itu wanita terbabit memakai tuala. Sebelum klip itu berakhir, lelaki bertuala berkenaan memeluk wanita terbabit.

Bagaimanapun, klip video hitam putih berkenaan hanya sebahagian daripada rakaman klip video selama kira-kira 23 minit.

Sebelum ini kecoh apabila tiga individu dikenali sebagai Datuk T menayangkan satu klip video didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang kepada beberapa wartawan dan editor kanan akhbar. [Harian Metro]

Kemudian mari kita dengar pula, apa respon Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap skandal ini sebelumnya.





Ada yang mengatakan bahawa perut orang yang di dalam video tersebut menjadi buncit kerana dia berjalan dekat dengan kamera. Kesan dari kamera tersebut lah yang menyebabkannya menjadi buncit.

Jawapan saya kepada persoalan tersebut, itu adalah perut BUNCIT yang nyata , bukan kerana mendekati kamera, saya seorang jurugambar dan photo manipulator, TIDAK MUNASABAH perut seseorang menjadi buncit kerana mendekati kamera.

Kemudian saya nak tambah sikit lagi tentang gaya rambut orang di dalam video tersebut. Gaya rambut sekarang ini boleh DITIRU. FIlem-filem barat telah banyak mengajar meniru rambut, solekan dan sebagainya. Wallahu a'lam :)


Dengarkan nasihat Tuan Guru HAji Abdul Hadi Awang dalam hal berkenaan menerima berita apa lagi yang melibatkan tuduhan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ianya memandangkan video itu ditimbulkan pada hari yang sama dengan pembubaran Dun Sarawak. 
"Rakaman (video seks) timbul pada hari yang sama dengan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan menunjukkan ada kepentingan politik tertentu. 
"Pakatan Rakyat menggesa rakyat bersatu untuk menolak taktik kotor ini dan menentang usaha pihak tertentu yang menggunakan video lucah untuk menjatuhkan lawan," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang, bangunan Parlimen hari ini. 
Beliau juga berharap rakyat khususnya umat Islam tidak cepat percaya dengan fitnah sedemikian. [Harakah Online]

Siapa yang membongkar dan menyebarkan video ini? Sudah tentu lah kita semua tahu , mereka menggelarkan diri mereka sebagai Datuk T. Video di bawah adalah video sidang akhbar terhadap Datuk T.




Datuk T menurut pengakuan oleh Tan Sri Rahim Tamby Chik ialah Dato' Trio, iaitu tiga orang Dato' yang terdiri dari Tan Sri Rahim Tamby Chik sendiri, Dato' Shazryl Eskay Abdullah dan Dato' Syuib Lazim.

Yang menjadi tanda tanya, muka Dato' Shazryl Eskay Abdullah hampir seiras dengan Dato' Anwar Ibrahim. Adakah Dato' Shazryl Eskay Abdullah orang yang sebenar dalam video tersebut? Kita tidak boleh menuduhnya juga kerana tiada bukti kukuh lagi. Tetapi kemungkinan itu ada. Sepatutnya dia juga mesti disiasat. InsyaAllah nanti KEBENARAN akan terserlah.

Cuma dari segi psikologinya, percakapan oleh Tan Sri Rahim dan Dato' Shazryl dalam video di atas banyak mempunyai keraguan dan seperti direka-reka.  Ekspresi muka mereka pun seperti menyembunyikan sesuatu dan ketakutan.

Tetapi menurut Dato' Johari Abdul pula, Dato' Syuib Lazim iaitu bapa saudaranya,  tidak percaya bahawa orang di dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim.  Dato' Johari mengatakan Datuk T itu hanyalah Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Dato' Shazryl Eskay sahaja.  Nama Dato' Syuib hanya dipergunakan oleh mereka, kerana Dato' Syuib merupakan orang yang mempunyai latar belakang sebagai 'orang yang sembahyang'.

Kalau lah betul Anwar yang lakukan perbuatan zina itu, mereka sepatutnya membawa 4 orang saksi yang cukup syarat. Mereka kata mereka berada bersama sebelum perbuatan maksiat itu berlaku, maka mengapa mereka tidak pergi cari 4 orang saksi yang layak? Kesalahan zina adalah kesalahan dari segi agama, maka mesti mengikut agama. Mengapa mereka hanya membawa bukti video tape sahaja? Dah lah video tape, gambar pun low quality dan hitam putih.  

Kesimpulannya, hentikan lah menggunakan kaedah politik kotor dan lucah. Sahabat-sahabat nabi dulu TAKUT untuk menjadi PEMIMPIN , kerana takutkan tanggung jawab yang nanti akan disoal di dalam kubur dan di Mahsyar. Tetapi zaman sekarang, manusia sanggup menggunakan politik kotor dan lucah untuk menjadi PEMIMPIN. Ih ih ih ih ih, na'uzubillah .......


Skandal skandal oh skandal



Itu bukan Anwar! - Wan Azizah


Ku Li pun membidas politik kotor UMNO




~ Berita aneh, konspirasi, misteri dan unik ~

4 ulasan:

  1. Tulisan yang merentang skrin sepanjang video tersebut juga menjadi tanda tanya. Mengapa ada tulisan siam pada video yang dikatakan dirakam dengan kamera cctv disebuah hotel di tengah bandaraya Kuala Lumpur pada bulan Februari yang lalu? Apakah kamera yang digunakan buatan Thailand sehingga tulisan tersebut tersiar sama?

    Apabila diterjemahkan tulisan itu, ternyata ianya adalah nama sebuah jalan di bandar Bangkok, Thailand. Apa kena mengena nama jalan di Bangkok dengan rakaman disebuah hotel di Kuala Lumpur? Satu lagi persoalan besar yang perlu dijawab oleh trio Datuk T.

    Jika suatu masa dahulu heboh dengan video seks artis-artis Malaysia, tetapi sebenarnya hanyalah video seks daripada Thailand yang muka pelakonnya seiras dengan artis negara ini, lalu digunakan oleh pihak penjual untuk melariskan video seks mereka itu. Gimik orang berniaga.

    Mungkin pendekatan yang sama juga digunakan oleh trio Datuk T yang mempunyai motif yang cukup kuat untuk mengenakan Anwar, sayangnya sehingga kini mereka langsung tidak disentuh oleh pihak polis walaupun laporan polis telah dibuat dan pengakuan penglibatan mereka disiarkan semua rangkaian berita negara. [Harakah Daily]

    BalasPadam
  2. Siasatan kes video seks selesai

    Siasatan polis berhubung rakaman video seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin pembangkang telah siap dan menunggu masa untuk dihantar ke pejabat Peguam Negara.

    Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

    Katanya, laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

    "Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

    "Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

    Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, Acryl berkata, polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit.

    [Kosmo, 18 April 2011]

    BalasPadam
  3. Datuk T mungkin didakwa kerana menayang, mengedar bahan lucah

    Tindakan trio Datuk T yang menyiarkan video seks didakwa melibatkan pemimpin pembangkang, bakal menerima padah kerana akan didakwa dalam tempoh terdekat, atas kesalahan menayang atau mengedar bahan lucah.

    Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, setakat ini, tiada keperluan untuk polis menahan trio Datuk T, sehingga kertas siasatan dihantar ke Pejabat Peguam Negara, esok atau Khamis ini.

    “Bukan polis yang akan menentukan sama ada mereka (Datuk T) akan ditahan tetapi semuanya akan diputuskan oleh Peguam Negara setelah kertas siasatan dihantar.

    “Jika ditahan, mereka berkemungkinan akan didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengedar atau menyiarkan bahan lucah bagi tontonan umum, kerana mereka penyiarnya” katanya ketika dihubungi, semalam.

    Mengulas lanjut katanya, jika didapati bersalah, trio Datuk T boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

    Dalam pada itu, ketika ditanya mengapa kertas siasatan yang dihantar ke Pejabat Peguam Negara pada 8 April lalu diserahkan semula kepada polis, beliau berkata, terdapat dua perkara yang perlu ditambah baik.

    “Jika boleh, kita akan hantar kertas laporan ini semula kepada Pejabat Peguam Negara, seawal-awalnya Khamis ini. Sementara ini, kita sedang menunggu maklum balas daripada pihak yang menyediakan dua perkara yang berkait rapat dengan pendakwaan tersebut,” katanya.

    Ketika ditanya sama ada polis mempunyai kuasa bagi menahan pelaku yang sudah dikenal pasti itu, beliau berkata, polis tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.

    “Kita kena rujuk kepada Peguam Negara untuk sebarang penelitian dan semakan. Mungkin mereka ada peruntukan undang-undang terhadap si pelaku,” katanya. [Sinar Harian, 19 April 2011]

    BalasPadam
  4. Saya bersumpah lelaki itu Anwar Ibrahim - Shazryl Eskay

    KUALA LUMPUR 28 April - Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini bersumpah atas nama Allah bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh beliau adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Shazryl Eskay berkata, beliau sedar akan azab yang bakal dilaluinya di hari akhirat kelak jika tuduhan tersebut adalah fitnah, tetapi beliau yakin dia berada di pihak yang benar.

    Pada masa yang sama, beliau menjemput Anwar untuk bersama-sama dengannya bagi melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepas solat Jumaat esok. - Utusan Malaysia

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.