Berita Terkini

Hukum menghadiri Majlis Pernikahan Non-Muslim

Pernikahan Non-Muslim
Menurut Ustadz Sigit Pranowo

Tentang pelbagai perayaan yang bersifat peribadi orang kafirnya, seperti perkahwinan, pulang dari perjalanan dan sebagainya maka terdapat perselisihan dikalangan para ulama menjadi tiga pendapat - ketiga pendapat tersebut berasal dari Ahmad - sebahagian mereka membolehkan, sebahagian lain melarangnya dan sebahagian lainnya membolehkan dengan syarat adanya maslahah syar'ie , seperti; melembutkan hati mereka kepada islam atau mendakwahi mereka kepada islam, inilah pendapat yang paling kuat yang dipilih Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah .

Ibnu Muflih al Hambali mengatakan bahawa diharamkan menjenguk, memberikan ucapan selamat, bertaziyah kepada mereka dan sebagainya ... iaitu; dari Imam Ahmad membolehkan, darinya juga ( dibolehkan ) kerana adanya maslahah, seperti; berharap boleh masuk islam, inilah yang dipilih oleh Syeikh kami - Ibnu Taimiyah - .. Perkataan para ulama, " Dijenguk dengan menawarkan islam kepadanya. " Dinukil dari Abu Daud, "Jika dia ingin mendakwahi orang itu kepada islam maka boleh." ( al Furu ' wa Tashih al Furu ' juz X hal 334 )

Jadi pada dasarnya dibolehkan bagi seorang muslim menghadiri perkahwinan seorang non muslim dengan syarat adanya kemaslahatan syar'ie, tidak ada acara-acara keagamaan didalamnya, bersih dari simbol-simbol atau gambar-gambar yang menjadi ciri khas agamanya. 

Sedangkan jika perkahwinannya dilangsungkan di gereja atau aulanya maka dilarang bagi seorang muslim menghadirinya kerana selain ada kemungkinan tidak bersihnya tempat tersebut dari simbol-simbol dan gambar-gambar yang menjadi ciri khas agamanya juga untuk mengelakkan terjadinya fitnah, seperti: terpengaruh oleh acara-acaranya, atau oleh suasananya atau yang lain.



Menurut Ustadz Ammi Nur Baits (Dewan Pembina Konsultasi Syariah)

Interaksi dengan orang kafir dalam masalah duniawi biasa, yang tidak sampai pada hubungan kecintaan (kesetiaan), seperti jual beli, menghadiri undangan jamuan makan, atau hal-hal mubah lain maka hal ini diperbolehkan, selama tidak menimbulkan bahaya bagi orang muslim. Bahkan jika mendatangi undangan mereka boleh menjadi satu cara untuk dakwah agar masuk Islam maka hal ini sangat ditekankan. (Fatwa Lajnah dalam Fatawa Al Islam, 1:6407).

Berkaitan dengan undangan walimah orang kafir, majoriti ulama berpendapat tidak wajibnya menghadiri undangan mereka. Namun mereka berselisih pendapat apakah dianjurkan ataupun dimakruhkan. Dalam hal ini ada dua pendapat; 

Dalam Nihayatul Muhtaj (kitab Fiqh mazhab Syafie) disebutkan: "Tidak wajib menghadiri undangan orang kafir, tetapi dianjurkan jika ada harapan masuk Islam, kerabat dekat, atau jiran." (Nihayah Al Muhtaj ila Syarh Al Minhaj, 21:356). Sedangkan dalam mazhab Hambali ada dua pendapat. Sebahagian menyatakan boleh dan tidak makruh, sebahagian lain menyatakan makruh.

Abu Daud berkata, "Imam Ahmad ditanya:" Apakah undangan orang kafir dihadiri? "Beliau menjawab:" Ya. "Zahir perkataan Imam Ahmad ini menunjukkan bahawa beliau membolehkan dan tidak memakruhkannya. Bahkan kata Syaikhul Islam, perkataan Imam Ahmad ini boleh difahami bahawa mendatangi undangan orang kafir hukumnya wajib. Kerana sikap Imam Ahmad yang meng-iya-kan soalan mungkin untuk dimaknai: "Ya, sebagaimana undangan orang muslim, yang statusnya wajib dipenuhi." Sementara Az Zarkasyi berpendapat dilarangnya menghadiri walimah orang kafir. Beliau berdalil dengan dilarangnya memberikan salam dan melawat orang kafir. (Al Inshaf, 13:146).



Menurut Ustaz Azhar Idrus



Menurut Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Apabila ada jiran yang kafir mengadakan majlis pernikahan dan dia mengundangmu, maka kamu boleh memenuhi undangan itu tapi bukan satu kewajiban. Kecuali apabila dalam acara itu ada acara-acara keagamaan atau syiar-syiar agama mereka, maka hukum memenuhi undangan itu menjadi haram. Kerana menghadiri undangan yang ada syiar-syiar kekufurannya sama dengan redha terhadap syiar-syiar tersebut, sementara redha terhadap kekufuran adalah suatu yang sangat berbahaya (bagi akidah seseorang).

Oleh kerana itu para ulama sepakat mengharamkan pemberian ucapan selamat kepada orang kafir bertepatan dengan acara keagamaan mereka seperti memberikan ucapan selamat hari Krismas. Sedangkan memberikan ucapan selamat dalam acara perkahwinan atau kelahiran, para Ulama membolehkan dengan syarat ada maslahah (kebaikan) yang dijangka atau dalam rangka membalas perbuatan baik mereka kepada kita." [Syahrul Mumti '. 12/322 Bab Walimatil Urs]

[almanhaj.or.id]


Terdapat khilaf, maka sama-sama perbetulkan niat. Jika ada sesiapa yang alim tentang hukumnya, sila berkongsi, terima kasih jazaakallahu khair.  Wallahu a'lam .......

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.