Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

» » » » Hudud boleh dilaksanakan sekiranya diiktiraf Persekutuan - Tun Abdul Hamid

Hukum hudud yang terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 Kelantan hanya boleh dilaksanakan di negara ini sekiranya jenayah Syariah itu diiktiraf menjadi undang-undang Persekutuan.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak mempunyai bidang kuasa membuat undang-undang jenayah Syariah dan hanya Parlimen boleh berbuat demikian.

"Dalam Enakmen Kelantan itu, kesalahan jenayah seperti membunuh, merompak dan mencuri itu terletak dalam bidang kuasa Persekutuan.

"Mereka sedar ada beberapa perkara termasuk dalam bidang kuasa Persekutuan yang tidak boleh dibuat undang-Undang oleh Dun Kelantan, kalau mereka buat juga akan bercanggah (Perlembagaan)," katanya pada Muzakarah Jenayah Syariah Kebangsaan bertajuk: Hudud di Malaysia, Peluang, Cabaran dan Halangan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut hasrat Pas Kelantan membawa undang-undang persendirian mengenai hudud ke Parlimen.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid menambah, jika Pas ingin melaksanakan hudud di Kelantan, undang-undang jenayah Syariah itu hanya terpakai kepada orang Islam sahaja dan bukan Islam tidak boleh disabitkan melainkan ia menjadi undang-undang Persekutuan.

"Kalau buat, bagi kesalahan hudud dibuat oleh negeri, ia hanya terpakai kepada orang Islam dan dilaksanakan oleh mahkamah Syariah.

"Tetapi bagi kesalahan hudud yang dibuat Persekutuan, dia akan terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam dan dilaksanakan oleh mahkamah sivil," katanya.

Dalam pada itu, katanya pada masa ini Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan bidang kuasa yang terhad kepada Mahkamah Syariah dalam menjatuhkan hukuman hanya kepada kesalahan terhadap suruhan agama.

Kesalahan terhadap suruhan agama itu jelasnya hanya melibatkan orang Islam seperti berzina, minum arak, tidak berpuasa di bulan Ramadan dan tidak menunaikan solat Jumaat.

"Pada masa ini masih ada satu halangan kecil, iaitu undang-undang Persekutuan yang hanya menghadkan hukuman yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah Syariah, dia tidak boleh jatuhkan hukuman selain itu seperti sebat kerana zina, itu tidak boleh," katanya lagi.



p/s: Kalau tidak boleh laksanakan terus sepenuhnya, lakukan secara beransur-ansur. Brunei pun beransur-ansur dengan 3 fasanya. Al-Quran zaman Nabi S.a.w pun turun beransur-ansur, begitu juga hukum-hukum pada waktu itu. 

Daripada tidak laksanakan langsung, lebih baik laksanakan dulu setakat yang termampu, yang penting biar ada AKTA terlebih dahulu. Akan datang insya Allah boleh update lagi. Tak perlu terburu-buru untuk laksanakan secara drastik dan menyeluruh terus. Perlu berhati-hati dan pelaksanaan dengan bijaksana. Jangan sampai mencemarkan nama Islam sendiri dengan kesilapan teknikal dari kita, kerana musuh-musuh Islam sentiasa mencari ruang untuk memburukkan Undang-undang Islam yang adil dan indah ini. .......

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (110) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)