Berita Terkini

Penari Tiang timbulkan kemarahan umat Islam setelah ambil seni erotik itu ke Saudi

Pengajar kecergasan British yang melawat kerajaan Islam yang tegas di Arab Saudi untuk mengajar seorang wanita Arab Saudi seni Tarian Tiang (Pole Dance) telah mencetuskan penolakan di kalangan Muslim UK.

Penari Tiang timbulkan kemarahan umat Islam

Lucy misch yang berusia 27 tahun telah dijemput ke negara itu oleh salah satu keluarga Saudi terkaya dan paling berpengaruh selepas seorang wanita dari keluarga itu menghadiri kelas tarian tiang di Eropah dan melaporkan kembali kepada saudara-mara yang tinggal di dalam kerajaan itu.

Tuan rumah Misch, iaitu seorang ibu yang bekerja, berusia 36 tahun bernama Qahtani, salah seorang dari hanya 15 peratus wanita yang bekerja di Saudi.

Misch mengajar Qahtani - iaitu isteri tunggal kepada suaminya Mohammed, secara intensif selama dua jam setiap hari, enam hari seminggu, mengajar dia memanjat tiang, membuat pecahan terbalik.

Kedua-duanya berlatih dalam Lycra gym kit - berbeza sama sekali Abaya yang wanita Saudi pakai di khalayak ramai.

Penari Tiang timbulkan kemarahan umat Islam

Sebagai aksi stunt, Misch dan tuan rumahnya mengambil gambar mereka melakukan tarian tiang memakai Abaya, pakaian tradisional Arab Saudi.

Apabila gambar-gambar itu dilihat oleh umum di UK, Misch mendapati dia berhadapan dengan kritikan dari Muslim-muslim Arab yang telah melihat gambar-gambar itu.

Salah seorang berkata: "Saya dapati gambar-gambar anda tidak sopan terhadap wanita yang memakai hijab dengan maruah di Saudi ..."

Misch cepat untuk mempertahankan kedudukan beliau. "Saya ingin menjelaskan bahawa tarian tiang tidak berasal dari dalam kelab bogel," kata beliau.

"Ada satu tradisi persembahan pada tiang di China dan India untuk berabad lamanya ...."

[Mail Online]


Amacam, sesuai ke aktiviti Tarian Tiang @ Pole Dance ini untuk wanita? Walaupun wanita tu sudah menutup aurat atau memakai purdah seperti Qahtani di atas? Dengan terkangkang sana, terkangkang sini, tertonggeng sana-sini, dan mungkin akan membuatkan kain terselak.

Bagi saya, kalau dalam rumah secara peribadi dia dan suaminya sahaja, lain lah sikit. Tapi kalau di luar untuk tontonan umum, sangat tidak manis bagi seorang wanita melakukannya. Apa lagi walaupun ia bukan berasal dari Kelab Bogel, tetapi banyak dikaitkan dengannya dan boleh menimbulkan fitnah.

Macam-macam cara barat cuba mempromosikan sesuatu, yang sedikit-sebanyak semakin mempengaruhi masyarakat dunia. Sikit demi sikit, termasuklah dengan cara halus mereka mempengaruhi kita. Lama-lama makin tersasar dan tersasar dan terus ....... na'uzubillah. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.