Berita Terkini

Sultan Kelantan sendiri sembelih lembu sempena Aidiladha

KOTA BHARU 7 Nov. – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra mencemar duli menghadiri majlis ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha anjuran MAIK di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji di sini hari ini.

Sebanyak 43 ekor lembu disumbangkan oleh Maxis, jabatan dan agensi kerajaan dan negeri serta baginda Sultan mengorbankan seekor lembu dan seekor kerbau di majlis tersebut malah baginda telah melakukan penyembelihan terhadap lembu yang pertama dikorbankan.

Turut hadir Setiausaha MAIK Che Hamat Che Muda, Ketua Wilayah Pantai Timur Maxis, Che Mazlan Mokhtar, petugas-petugas penyembelihan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu -Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) serta penduduk kampung yang mempunyai kemahiran menyembelih dan melapah daging.

Menurut Che Hamat, ibadah tersebut merupakan rutin tahunan anjuran MAIK yang diadakan pada hari kedua raya korban dan mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk imam-iman seluruh Kota Bharu yang mengalunkan takbir sepanjang majlis berlangsung.

Hasil daging korban hari ini akan diagih-agihkan kepada lebih kurang 1,000 penduduk miskin di sekitar kawasan kompleks, kariah di Masjid Panji dan Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

[Utusan Malaysia]


Dulu Sultan Muhammad V tukarkan ucapan Daulat Tuanku kepada Allahu akbar. Sekarang, sultan Kelantan ini tunjuk contoh turun padang dengan menyembelih korban Aidil Adha pula. MasyaAllah, memang benar-benar sultan contoh dan berjiwa rakyat dan islamik. Semoga Allah selalu melimpahkan rahmat, berkat dan mengampuni dosa-dosa Sultan Muhammad V.

Tak semua orang boleh sembelih korban dengan betul :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.