Moses Lanham ataupun lebih dikenali sebagai 'Mr Elastic' dan juga 'backwards feet man' boleh memusingkan kaki nya 120 darjah di belakang, yang mana dia akan cuba untuk mencipta rekod dalam Guinness Book of Records tidak lama lagi.
Dan bukan itu saja, dia juga akan cuba mencipta rekod orang yang paling pantas berjalan sejauh 20 meter dengan kaki terpusing ke belakang. Kedua-dua rekod tersebut masih belum dicipta oleh sesiapa.

Mr Lanham mula perasan dengan keanehan dirinya pada usia 14 tahun selepas kemalangan dalam kelas gimnasium di sekolah tinggi.
Ketika memanjat tali, dia terlucut pegangan dan jatuh hampir 18 kaki sebelum mendarat dengan kakinya dalam posisi yang sangat kekok.
"Mereka fikir ada sesuatu yang patah," kata Mr Lanham. "Tapi saya berdiri dan baik-baik saja."
Sumber - DailyMail , 25 Mac 2011
Laman web Mr Elastic di http://backwardsfeet.com
~ Berita aneh, konspirasi, misteri dan unik ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)