Pulau terapung terbesar yang menggunakan kuasa solar pertama di dunia telah dibuka di Sungai Han, Seoul, Korea Selatan minggu lepas.
Dua buah lagi dijangka dibuka pada bulan September nanti. Pulau terapung yang telah dibuka ini diberi nama Viva.
Struktur yang menakjubkan itu termasuk 700 kerusi dewan konvensyen, restoran dan arked - semua disokong oleh tenaga solar. Bila pembangunan selesai, pulau trio itu akan dihubungkan bersama-sama dengan dua puluh tiga rantai kalis-cuaca.
Disokong oleh 24 beg udara raksasa, Viva beratnya 2,000 tan, tetapi dapat menyokong kemudahan bangunan sehingga 6,400 tan. Pulau ini akan diperkukuhkan oleh rantai ke blok konkrit 500 tan untuk tetap berada pada tempatnya. Bangunan tiga tingkat yang menampung semua kemudahan ditutupi dengan 54 meter persegi panel solar, yang menghasilkan 6 kilowatt tenaga setiap hari, menyediakan kemudahan di bawahnya dengan kuasa elektrik, dan juga menerangi bangunan pada malam hari.
Projek kerajaan bernilai $83.9 juta dolar ini meliputi Viva yang seluas 35,000 kaki persegi, Vista 15,000 kaki persegi dan Tera hampir 4,000 kaki persegi. Apabila digabungkan, mereka akan menjadi tuan rumah konvensyen antarabangsa, acara sukan air, restoran, persembahan kebudayaan dan pameran. Kesemua tiga pulau dijangka akan dibuka pada akhir Ogos 2011.
[Korea JoongAng Daily]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)