India dalam langkah untuk menjadi negara yang paling ramai penduduknya dalam dunia setelah naik ke 1.21 billion tahun ini, banci rasmi telah mendedahkan.
Lebih ramai orang sekarang menetap di India daripada di Amerika Syarikat, Indonesia, Brazil, Pakistan dan Bangladesh digabungkan.
Negara itu menduduki tangga kedua selepas China dalam jumlah orang, menambah seramai 181 juta dalam dekad terakhir ini saja, menurut C. Chandramouli, pesuruhjaya banci.
Jangkaan PBB menunjukkan bahawa India boleh memotong China dan penduduknya yang seramai 1.34 billion sebagai negara dunia yang paling padat penduduknya pada tahun 2030, walaupun begitu Chandramouli berkata analisa data yang lebih ketat akan diperlukan sebelum India membuat unjuran sendiri.
Jika China mempertahankan polisi seorang anak satu keluarga, maka mungkin India akan menjadi bangsa dunia yang paling padat penduduknya tidak lama lagi.
Sumber - DailyMail
~ Berita aneh, konspirasi, misteri dan unik ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)