Berita Terkini

Diabetes Melitus - Kencing manis

Definisi

Diabetes merupakan satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin. Insulin membolehkan glukosa memasuki sel-sel dalam badan. Sel-sel ini kemudiannya menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat. Dalam masyarakat Melayu ianya dikenali (secara tidak tepat) sebagai kencing manis.

Terdapat 2 jenis diabetes:

* Diabetes jenis pertama juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis pertama dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin untuk pengawalan tahap glukosa darah.

* Diabetes jenis kedua boleh disebabkan oleh kerintangan tisu badan terhadap insulin dan penghasilan insulin yang berkurangan. Diebetes jenis kedua boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan ( suntikan insulin diperlukan sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesa sampingan kepada pesakit).


Diabetes Jenis I dan II dapat dibezakan seperti berikutnya:




Diabetes Jenis I (IDDM)
Diabetes Jenis II (NIDDM)
jarang berlaku tetapi keadaannya lebih teruk
biasa berlaku
terjadi di kalangan mereka yang lebih muda antara umur 10 hingga 16 tahun.
terjadi di kalangan mereka yang lebih dewasa yang berumur 35 tahun ke atas.
terjadi begitu cepat (pengeluaran insulin dari pankreas dimusnahkan).
terjadi secara perlahan-lahan (insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi menyebabkan paras glukosa darah meningkat).
tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes
mempunyai sejarah keluarga
tidak dikaitkan dengan kegemukan atau obesiti.
kejadian kegemukan sangat tinggi
pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala amaran yang serius.
merupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan secara kebetulan atau selepas berlakunya komplikasi.
rawatan: pemakanan + suntikan insulin
rawatan: pemakanan + senaman (menurunkan berat badan) + ubat makan + suntikan insulin (bagi kes-kes tertentu).

(Petunjuk yang baik untuk menentukan atau mengesahkan penyakit diabetes ialah apabila paras glukosa melebihi 140gm/ml pada 2 kali pengambilan yang berbeza atau keputusan yang diambil dalam keadaan pesakit tidak berpuasa menunjukkan paras glukosa 200mg/ml atau lebih tinggi).


Sejarah

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi.

Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetis Mellitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini.

Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.

Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos dalam darah.


Tanda-tanda dan gejala amaran

* Kerap membuang air kecil
* Terasa amat dahaga
* Kabur penglihatan
* Nafas berbau manis
* Penurunan berat badan
* Keletihan
* Luka yang lambat sembuh

Gejala diabetes untuk kedua-dua jantina, tua ataupun muda adalah serupa. Pesakit diabetes yang tidak bergantung kepada insulin mungkin hanya mendapat sedikit sahaja gejala di atas ataupun tidak mempunyai gejala langsung.

Tindak balas hipoglisemia

Di samping tindak balas atau reaksi hiperglisemia (paras gula yang tinggi dalam darah), tindak balas hipoglisemia (paras gula yang rendah dalam darah) juga boleh berlaku kesan dari: pengambilan insulin yang berlebihan, melangkau makan, terlalu banyak bersenam, penyakit, pengambilan alkohol dan masa antara pengambilan ubat dengan waktu makan yang tidak kena.

Tanda-tanda hipogisemia yang pertama ialah:

* lapar
* berpeluh
* tidak dapat memberi tumpuan
* debaran jantung
* peningkatan keresahan
* loya

Apa yang perlu dilakukan ketika berlakunya tindak balas hipoglisemia?

* Minum sedikit air buah-buahan
* Ambil 1/2 tin minuman ringan
* Ambil 2 sudu teh gula pasir
* Makan sedikit snek
* Ambil 7 biji kekacang jeli
* Gosokkan serbuk glukos ke gusi

(Pastikan anda sentiasa membawa gula-gula pada setiap masa bagi menghadapi kecemasan apabila paras gula dalam darah menurun).

Komplikasi Diabetes

Diabetes yang tidak dikawal dengan betul atau tidak didiagnos boleh merosakkan saluran darah dan saraf. Ini akan memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, mata dan kaki (luka yang lambat sembuh) dan menyebabkan penentangan terhadap jangkitan terutamanya di kaki dan buah pinggang.

Ingat bahawa, komplikasi mata berlaku secara senyap terutamanya bagi diabetes Jenis II. Adalah penting untuk mengenali gejala-gejalanya lebih awal. Dapatkan pemeriksaan mata lebih kerap dan amalkan kebersihan kaki dengan baik.

Rawatan Diabetes

Memilih tempat suntikan

Bagi memastikan penyerapan insulin dengan betul, suntikan hendaklah diberi terus ke dalam tisu subkutaneus (lapisan di bawah kulit).


Cubitan

Cubitan hendaklah dilakukan dengan betul menggunakan ibu jari dan jari telunjuk/jari hantu. Kemudian tarik bahagian kulit (dermis) dan tisu subkutaneus sahaja ke atas tanpa melibatkan otot.

Lepaskan lipatan kulit apabila jarum telah ditarik keluar. Jangan lepaskan terlalu awal kerana ia akan tersuntik bahagian otot.

Cubit selipatan kulit yang bersih antara ibu jari dan jari telunjuk sebelum mencucuk jarum perlahan-lahan masuk ke dalam lipatan kulit tersebut pada sudut 900. Ada ketika tertentu anda gagal untuk membuat cubitan (seperti mengalami penyakit artritis) atau anda memilih untuk tidak mencubit. Dalam keadaan tersebut anda perlu menyuntik pada sudut 450 bagi mengelakkan anda menyuntik masuk ke dalam otot.


Tempat-tempat suntikan yang utama

Terdapat perbezaan ketebalan kulit di beberapa bahagian di badan kita yang boleh digunakan untuk suntikan insulin. Kecepatan atau kelajuan penyerapan insulin adalah penting. Setiap tempat mempunyai kadar atau pola penyerapan yang berbeza-beza.

Bagi membolehkan ramalan terhadap kesan dos insulin dibuat dengan betul atau tepat, seseorang itu perlu memilih sesuatu tempat secara tetap untuk waktu-waktu tertentu dalam sehari, seperti yang tertera pada rajah di bawah:

Kelajuan penyerapan

Paha


-


perlahan

Lengan


-


sederhana

Abdomen


-


cepat

Punggung


-


perlahan

Kesan sampingan biasa yang akan di alami oleh pesakit ialah seperti debaran jantung, kekeliruan, berpeluh dan atropi (penyusutan tisu akibat kemerosotan sel) atau hipertropi (penambahan saiz tisu akibat pembesaran sel-sel) pada tisu lemak subkutaneus di tempat suntikan.

(Berbincanglah dengan doktor anda jika anda mengalami masalah di atas. Jangan berhenti menggunakan insulin tanpa memaklumkannya kepada doktor anda)

Terapi atau rawatan yang tidak menggunakan insulin selalunya diberikan kepada pesakit Diabetes Jenis II. Ianya merangkumi pemakanan (diet), senaman dan ubat makan.

Ubat makan untuk hipoglisemia

Terdapat 3 kumpulan utama ubat tersebut:

1. Sulfonylureas

Ia bertindak dengan meransang pengeluaran insulin ke dalam darah dan meningkatkan kemasukan gula ke dalam sel-sel. Dengan ini ia menurunkan paras gula dalam darah. Kesan sampingan yang biasa dialami oleh pesakit ialah loya, muntah, sakit kepala, pening. sakit abdomen. Sila maklumkan kepada doktor anda atau pegawai farmasi jika anda mengalami gejala yang dinyatakan itu. Ubat-ubatnya adalah seperti:

* Chlorpropamide (generasi pertama)
* Tolbutamide (generasi pertama)
* Glibenclamide (generasi kedua)
* Gliclazide (generasi kedua)
* Glipizide (generasi kedua)
*1. Biguanides

Ia bertindak dengan meningkatkan pengaliran gula ke dalam sel-sel dan menyekat penyerapan gula (dari makanan) ke dalam darah melalui usus. Dengan itu, ia dapat mengurangkan paras gula dalam darah. Kesan sampingannya adalah sama seperti Sulfonylureas. Ubatnya adalah seperti:

Metaformin

3. Penghalang Alpha-Glucosidase

Ia bertindak dengan menyekat enzim tertentu di dalam usus yang bertanggung jawab menyerap gula dari makanan. Dengan yang demikian, ia mengurangkan penyerapan gula ke dalam darah melalui usus dan juga mengurangkan paras gula darah. Ubatnya seperti:

Acarbose

Kesan sampingannya: kembung, cirit-birit (dalam kes ini, dosnya perlu dikurangkan atau dihentikan sama sekali), sakit abdomen, najis lembut.

Sila maklumkan kepada doktor anda jika mengalami gejala yang disebutkan di atas. Jangan sekali-kali berhenti mengambil ubat tersebut tanpa memaklumkannya kepada doktor anda!


Penjagaan Sendiri

* Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula dan lemak yang tinggi
* Jangan mengambil snek di antara waktu makan
* Jangan melangkau waktu makan anda
* Berhenti merokok
* Berhenti mengambil alkohol
* Berjumpalah doktor anda selalu
* Bawa bersama-sama anda kad yang mengenalkan anda sebagai pesakit Diabetes (Medic Alert). Kad ini akan menunjukkan jenis dan jumlah dos insulin yang diambil oleh anda.
* Bersenamlah secara tekal, dapatkan ujian darah terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti anda (jangan bersenam selepas sahaja mendapat suntikan insulin).
* Dapatkan pemeriksaan mata anda secara berkala
* Jaga kaki anda dengan baik. Jangan cuba merawat sendiri belulang yang terdapat di kaki.

MENGURUS DIABETES DI BULAN PUASA

Di bawah ini diturunkan cadangan jadual waktu untuk mengambil ubat-ubatan anda di bulan puasa:


Waktu
Jadual
7.30 malam
Berbuka puasa dengan minuman ringan (air buah-buahan).
Makan ubat anda bersama makanan yang tidak mengandungi gula.
Sembahyang Maghrib

8.00 malam
Hidangan utama (makan malam)
8.30 malam
Sembahyang Isyak/terawih
10.00 malam
Makan
1.30 pagi
Snek (pilihan)
Tidur

4.45 pagi
Bangun
Makan ubat

5.15 pagi
Bersahur
5.45 pagi
Snek (pilihan)
(Ingat: Bersahur hendaklah dilakukan hampir dengan waktu Imsak dan bukannya di waktu tengah malam atau selepas snek).




Pesakit perlu memantau sendiri paras gula dalam darahnya kerana ini dapat mengelakkannya dari gangguan paras gula darah yang serius di waktu siang nanti terutamanya di minggu pertama dalam bulan puasa. Masa yang terbaik untuk memeriksa paras gula tersebut ialah sekitar pukul 9.00 pagi, 3.00-4.00 petang dan kira-kira 2 jam selepas berbuka puasa.

Bersenam berlebihan di bulan puasa adalah tidak digalakkan kerana kelasakan dan pendedahan kepada panas matahari boleh menyebabkan dehidrasi dan hipoglisemia.


Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia , Wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.