Berita Terkini

Festival lagu-lagu Islam kedua di KLCC

Dalam jangka masa kurang dua minggu lagi, Malaysia akan menjadi tumpuan 14 artis terdiri daripada kumpulan nasyid dan solo dari dalam serta luar negara apabila mereka berkumpul untuk menjayakan Festival Lagu-Lagu Islam Ke-2 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 30 April dan 1 Mei depan (2 hari berturut-turut).

Selain menghiburkan penonton dengan nyanyian mereka, persembahan dua malam itu juga menjadi medan untuk mereka menyampaikan mesej mengenai keIslaman dari pelbagai aspek. Malah, nyanyian mereka itu juga umpama sebuah cerita peribadi yang mahu dikongsikan bersama penonton yang hadir.

"Ada antaranya yang membuat persembahan nanti adalah saudara baru dan akan menggunakan persembahan itu untuk bercerita mengapa mereka memilih Islam sebagai agama anutan serta berkongsi pengalaman mengenai dunia Islam,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah Bukhari Che Muda pada majlis sidang media mengumumkan TV Alhijrah sebagai penyiar rasmi festival itu di Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Hadir sama Pengarah Urusan Out of This World Sdn Bhd yang juga penganjur utama festival ini, Adam Datuk Amanullah.

Sebagai penyiar rasmi, selain merakamkan konsert itu, TV Alhijrah bersama penganjur juga akan menyediakan program khas bagi memberi peluang dan ruang kepada media mengenali artis yang mengambil bahagian dengan lebih dekat lagi.

"Mereka ini mempunyai nama yang cukup besar di negara masing-masing. Disebabkan mereka tiba di Kuala Lumpur lebih awal kerana perlu menghadiri sesi latihan, kami bercadang membawa mereka berjumpa dengan media untuk tujuan publisiti dan berkongsi maklumat mengenai perkembangan dunia nasyid di negara mereka.
'Malahan dalam konsert sebenar nanti, setiap artis diberi masa 30 minit seorang bagi memberi peluang mereka berinteraksi dengan peminat selain menghiburkan mereka dengan irama nasyid yang dipilih,” kata Bukhari.

Antara artis yang akan membuat persembahan ialah La rappel, Fez Meghani & Aftab Ali, The Brothahood, Khalid Belrhouzi, Bennami, Ziryab, Brothers, Khaleel Muhamad dan Opick. Manakala Zain Bhika, kumpulan Debu, Yasin, Native Deen, Budi, Aashiq al-rasul dan kumpulan Noor melengkapkan persembahan malam kedua.

Apa yang menarik mengenai konsert ini adalah penonton akan dihiburkan dengan lagu keTuhanan dari pelbagai genre muzik seperti Hip Hop, R&B, Kontemporari, Pop, Rap, World Music dan Nasyid Tradisional.

Eksklusif di KL sahaja

Mengulas penganjuran kali kedua festival ini, Adam berkata ia dibuat berdasarkan sambutan menggalakkan yang diterima selepas diadakan kali pertama sekitar Julai tahun lalu.

"Untuk tahun ini fokus kami lebih kepada untuk menarik golongan remaja untuk bersama-sama menyaksikan konsert ini.Sebagai satu usaha kami ke arah itu, kami turut mempromosikan konsert ini di laman Facebook kami dan alhamdulillah, saya lihat objektif kami ini hampir tercapai apabila ramai golongan remaja menunjukkan minat mereka terhadap festival ini.

"Bukan saja bermatlamat untuk menarik minat golongan remaja tetapi kami mahu melihat Malaysia menjadi sebuah hab untuk perkembangan irama nasyid sekali gus menjadi contoh kepada negara lain," katanya.

Ditanya apakah mereka bercadang untuk membawa festival ini ke negara luar yang turut memberi sokongan terhadap penganjurannya di Malaysia, Adam berkata festival ini tidak akan di bawa ke mana-mana selain diadakan di Kuala Lumpur.

"Seperti yang saya katakan tadi, tujuan kami menganjurkan festival ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat tumpuan perkembangan irama nasyid. Jadi biarlah penganjurannya hanya diadakan di Kuala Lumpur saja," katanya yang juga mahu menjadikan festival ini sebagai acara tahunan.

Bagi mereka yang berminat untuk menyaksikan konsert ini harga tiket adalah RM103, RM153, RM253 dan RM353 dan maklumat mengenai penjualan tiket bolehlah didapati menerusi laman sesawang www.ticketcharge.com.my

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my
2011/04/19


[Berita Harian]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.