Berita Terkini

Kereta hibrid dan letrik DRB-HICOM menjelang 2012


Konglomerat automotif Malaysia, DRB-HICOM Bhd, menyasarkan untuk memperkenalkan kereta hibridnya sendiri menjelang 2012 sejajar dengan objektif kerajaan untuk menggalakkan kereta hibrid dan elektrik serta pembangunan infrastruktur berkaitan.

Pengarah Kumpulan Automotif Datuk Nik Hamdam Nik Hassan berkata syarikat itu kini sedang berunding dengan tiga rakan yang berpotensi untuk mengeluarkan kereta itu dan berharap memuktamadkan urus niaga tersebut pada tahun depan.

"Selain menjalankan aktiviti pemasangan, kami mahu mengeluarkan kereta hibrid kami sendiri yang boleh kami panggil kereta hibrid HICOM. Usaha itu akan memakan masa 18 hingga 24 bulan untuk melakukan pengeluaran," katanya pada satu taklimat mengenai kemas kini perniagaan automotif syarikat itu di sini Rabu.

Nik Hamdam, yang enggan menamakan pihak berkenaan, berkata salah satu daripadanya ialah rakan sedia ada DRB-HICOM.

Katanya anak syarikat milik 70 peratus kumpulan itu, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), telah bekerjasama dengan kedua-dua Petronas Research dan Universiti Sains Malaysia untuk mengeluarkan motosikal elektriknya.

Pengkormersilannya disasar dilakukan menjelang 2011, katanya.

Nik Hamdam berkata permintaan bagi mendapatkan kereta hibrid kian meningkat walau pun harganya mahal sedikit berbanding kereta konvensional kerana orang ramai kini berminat terhadap kenderaan mesra alam sekitar.

DRB-HICOM adalah pengedar dan pemasang kereta berjenama seperti Audi, Mercedes-Benz, Honda, Suzuki, Mitsubishi, Isuzu, Mahindra serta kenderaan yang dipasang di dalam negara seperti Proton, HICOM Perkasa dan Modenas.

Katanya syarikat itu menyasar untuk meningkatkan agihan pasarannya kepada 22 peratus pada 2010 daripada 19 peratus sekarang ini dengan fokus untuk meningkatkan prestasi, terutama sekali di dalam aktiviti selepas jualan dan servis.

Nik Hamdam berkata jumlah industri keseluruhan kenderaan diunjurkan mencecah 540,000 unit pada 2010 daripada 525,000 unit yang dianggarkan pada 2009.

Syarikat itu merancang melancarkan sekurang-kurangnya 10 model baru dan menaik taraf pelbagai kenderaannya dan ini dijangka merangsang perniagaan automotifnya pada tahun depan, katanya.

"Antaranya ialah Audi A5 dan Audi R8, yang termasuk dua model baharu dari Suzuki," katanya.

Katanya DRB-HICOM akan menyuntik RM10 juta bagi aktiviti pengiklanan dan promosi menjelang tahun depan bagi mengukuhkan kehadiran jenama Audi.

Mengenai penamatan usahasama sedia ada antara DRB-HICOM dan GM, Nik Hamdam berkata: "Kami mengalami masalah untuk mempersetujui perkara tertentu mengenai model perniagaan masing-masing. Kedua-dua pihak mempunyai matlamat berbeza."

Nik Hamdam berkata, walau pun kedua-dua pihak bersetuju berpisah secara baik berkuat kuasa 1 Jan, DRB-HICOM akan terus membekalkan alat ganti kenderaan Chevrolet sehingga dilakukan perlantikan satu pengedar baharu oleh GM.

"Penamatan itu tidak akan memberi kesan yang ketara pada prestasi DRB-HICOM kerana sumbangan jualan dari Chevrolet adalah kecil, iaitu pada kira-kira 1,000-1,300 unit setahun berbanding dengan jumlah jualan keseluruhannya yang hampir 100,000 kenderaan setahun," katanya.

Katanya DRB-HICOM sedang berusaha untuk membida kepentingan di dalam Proton sebaik peluang itu muncul.

"Ini merupakan sesuatu yang kami sentiasa cari kerana kami betul-betul terlibat di dalam perniagaan Proton," katanya.


Via - Bernama , 30 Disember, 2009


- Siapakah pemilik syarikat-syarikat besar automobil? Sila baca Kenali syarikat-syarikat automobil milik Illuminati untuk maklumat lanjut .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.