Berita Terkini

Adakah semua video LIVE di Youtube itu benar-benar LIVE?

Jawapannya mudah. TIDAK SEMUA! Jangan asal ada LIVE STREAMING di Youtube itu anda sudah percaya bulat-bulat bahawa ianya betul-betul video LIVE kerana sekarang sudah ada banyak software yang boleh link ke Youtube untuk membuat LIVE suatu pre-recorded video (video yang sudah dirakam).

contoh wirecast pro 6
Contoh wirecast pro 6
Antara contoh software yang digunakan ialah OBS Studio, vMix, Wirecast dan sebagainya.

Jangan salah faham ya, ini bukan termasuk Premiere di Youtube, kerana itu boleh dikatakan semua orang tahu video yang sudah dirakam. Tetapi yang saya maksudkan sekarang ialah LIVE STREAMING. 

Saya tulis ini kerana masih ramai yang belum tahu malah percaya bulat-bulat kepada video-video yang kononnya dibikin LIVE di Youtube terutamanya video-video berkenaan paranormal. Banyak sangat video paranormal memburu hantu di Youtube yang sebenarnya adalah hasil EDIT sahaja, bukan REAL. Orang yang tahu berkenaan teknik mengedit video, ilmu fotografi dan ada pengalaman bertemu dengan hantu langsung sahaja yang mungkin dapat menilai keaslian video hantu yang dipaparkan. Orang-orang yang tidak mengerti ilmu-ilmu ini mungkin dengan mudah akan TERTIPU.

Satu contoh hasil edit ialah dengan dibuat hantu itu MENGHILANG sedikit demi sedikit menggunakan teknik kurangkan OPACITY pada satu layer video. Seperti mana dalam kebanyakan movie horror. Teknik itu sudah lapuk dan lama digunakan. 

Begini cara Hantu MENGHILANG yang REAL

Maka, untuk memastikan suatu video itu benar-benar dibikin LIVE atau tidak, mudah sahaja. Suruh Youtuber nya berinteraksi langsung dengan membaca dan membalas komen-komen LIVE di ruangan chatting di tepi kanan video live stream itu. Jika Youtuber tersebut tidak membalas langsung komen-komen, maka belum tentu lagi streamingnya itu benar-benar LIVE.

Tetapi hati-hati dan anda harus bijak juga ya, kerana adakalanya Youtuber yang menipu seperti itu, di video lainnya dia benar-benar LIVE dan baca komen di Live Chat. Tetapi sudah pasti ketika itu TIADA PENAMPAKAN hantu MENGHILANG seperti tadi. Anda harus peka kepada hal tersebut.

Apa dia? Saya dengki pada Youtuber-youtuber misteri / horror itu?  Maaf lah, buang masa saya dengki pada mereka, bikin nambah dosa aja kalau gitu. Lagi pun saya bukan Youtuber horror, bukan saingan mereka, kenapa saya perlu dengki? Saya tulis ini agar nanti tidak terjadi BANYAK SALAH FAHAM tentang makhluk halus. Nanti ada yang cuba meniru, ingatkan hasilnya lain, tetapi lain pula yang jadi. Kalau mencuba pada jin yang tak berapa cerdik ok lah, tapi kalau tersilap cuba pada jin yang licik lagi jahat, nahas jadinya.  Dan banyak lagi kesan buruk lain.

Manusia pun ada yang kurang cerdik, yang cerdik, yang sangat cerdik, yang baik, yang jahat dan sebagainya, begitu juga para jin yang jumlah mereka jauh lebih ramai dari manusia. Maka hati-hati lah. Jin bukan untuk ditakuti, tetapi jangan pula kita cari penyakit. Sama lah jangan cari penyakit dengan manusia lain. Saling hormat-menghormati tidak kira agama, bangsa, keturunan, darjat atau apa.

Dan semoga penipu-penipu pun tidak MENAMBAH DOSA mereka dan insaf. Cari rezeki yang baik dengan cara TIDAK MENIPU.  Walaupun anda berniat baik, tetapi MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.  Cuba bayangkan kalau JUTAAN penonton itu tahu yang mereka sudah TERTIPU, bayangkan sakit hati mereka. JUTAAN DOSA kamu lakukan, kamu mahu tanggung semua itu di kemudian hari?  Fikir-fikir lah.

Dan harus juga diingat, jin diciptakan dari API, bukannya dari TANAH yang PADAT seperti manusia. Wallahu a'lam. :-)

Teknologi yang ada pada hari ini membuatkan orang mudah menipu. Maka jangan sampai anda mudah ditipu. Semoga anda mendapat pencerahan. Sekian dimaklumkan,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.