Adalah tidak diragukan lagi bahawa mencuci tangan adalah cara mudah untuk mengelakkan jangkitan, terutama jika bersama dengan sabun.
Tetapi mencuci tangan di hospital dapat benar-benar membuat anda lebih mungkin untuk mendapat jangkitan, menurut salah seorang ahli ilmu bakteria terkemuka di Britain.
Prof Hugh Pennington mengatakan demikian kerana hospital sering penuh dengan kuman berbahaya.
Dia mengatakan, dana diperlukan untuk dibelanjakan dengan segera untuk menggantikan 'kepala paip tangan' dengan sistem infra-merah automatik untuk menghentikan kakitangan, pesakit dan pengunjung terkena virus.
Profesor Pennington, profesor emeritus bakteriologi di Universiti Aberdeen, mengatakan mangkuk cuci tangan automatik sekarang biasanya diguna di rumah sembelihan haiwan tetapi tidak di hospital.
"Teknologi ini telah muncul untuk waktu yang lama tapi ia akan membuat perbezaan yang signifikan untuk mengendalikan infeksi di hospital," katanya. "Mereka menggunakanmya di lapangan terbang - bahkan di rumah sembelihan haiwan - tetapi untuk beberapa alasan ianya tidak cukup di hospital. Ianya kelihatan tidak betul.
"Adalah penting bahawa tangan tidak kembali tercemar. Tetapi menggunakan kepala paip tangan - yang telah disentuh oleh ratusan orang - anda mungkin akan terdedah kepada banyak kuman sebelum anda mencuci tangan anda.
"Ini mengejutkan saya bahawa hospital mengambil waktu untuk menggunanya selama ini. Tentu saja kosnya melibatkan wang tetapi ianya berbaloi."
Via - Telegraph
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)