Berita Terkini

Suku Dayak menyambut Tahun Baru dengan upacara menolak bala

Menyambut Tahun Baru 2010, suku Dayak yang beragama Hindu Kaharingan di Kabupaten Barito Utara, Kalimantan Tengah akan melakukan ritual / upacara tolak bala.

"Ritual ini biasa kami adakan setiap menjelang pergantian tahun atau menyonsong tahun baru yang nanti pada Jumaat (31/12) dari siang hingga malam," kata Setiausaha Majlis Daerah Agama Kaharingan (MDAK) Barito Utara, Mansaji di Muara Teweh, Selasa.

Menurut Mansaji, ritual yang akan diadakan di rumah ibadah balai `Basarah` ini nantinya mengundang sejumlah pegawai dan warga masyarakat tempatan.

Ritual tolak bala suku Dayak itu, katanya, dilakukan dengan membakar kemenyan dan bebatuan yang merupakan tradisi umat Kaharingan untuk menyambut pergantian tahun baru.

"Kegiatan ini merupakan ungkapan permohonan kepada Tuhan Yang Maha Kuasa yang lahir dari lubuk hati umat Hindu Kaharingan untuk mendekatkan diri kepada Ranying Hatala Langit," katanya.

Menurut dia, sebagai hamba dan makhluk ciptaan Tuhan Yang Maha Esa dengan apa yang telah dilakukan dan telah dikerjakan masih banyak kekurangan dan masih jauh daripada kesempurnaan.

Selain itu juga akan dibacakan ikrar bersama yang mengandungi beberapa mata diantaranya meminta Gunung Peyuyan, Gunung Peyenteau dan Gunung Lumut di wilayah Kecamatan Gunung Purei perlu dilindungi dan dipelihara daripada perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab.

Hutan di sekitar kawasan tiga gunung yang disakralkan suku Dayak umat Kaharingan itu merupakan tempat mengantar liau (arwah) orang yang meninggal dunia menuju ke Lewu Tatau atau syurga melalui ritual adat Wara.

"Kami minta hutan di kawasan gunung yang menjadi tempat sakral itu dijaga dari perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.


Sumber - Antara News , 29 Disember 2009



Ulasan

Upacara menolak bala itu dilakukan dengan membakar kemenyan dan bebatuan. Itu dengan jelas adalah satu upacara untuk menyeru para jin dan makhluk halus kerana makhluk-makhluk itu suka kepada asap lebih-lebih lagi asap dari kemenyan.

Jika upacara itu benar-benar diadakan untuk memuji Tuhan yang Esa, maka tidak perlu diadakan upacara membakar kemenyan kerana Tuhan tidak perlu kepada asap, melainkan jin yang perlu kepada asap. Ini untuk difikirkan bersama .......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.