Berita Terkini

PAS bukan parti melampau, Pemuda mahu bina imej baru - kata Nasrudin Hassan

Sudah lama saya ingin mendengar kenyataan sebegini dari pihak PAS, kerana saya tahu mereka tidaklah ektrem seperti yang dituduh oleh pihak BN. Mungkin ada segelintir mereka yang melampau, tetapi itu bukannya melambangkan parti, tetapi individu itu sendiri.

Pihak mana pun ada manusia yang melampau, tidak kira parti mana. Sebelum saya terbuka hati untuk menyokong PAS dulu pun, saya nampak PAS seperti ganas dan orang-orangnya sangat suka MENGUMPAT.

Tetapi setelah saya mendengar kedua-dua belah pihak dengan teliti dan membuat kajian mendalam, barulah saya faham dan kenal betul-betul. Kerana itulah pentingnya kita mendengar dari kedua-dua belah pihak dengan teliti. Ini kerana ramai orang yang hanya suka mendengar dari sebelah pihak, malah menutup telinga apabila pihak yang satu lagi bercakap. Ini sudah menjadi berat sebelah dan tidak dapat menilai mana yang benar dan mana yang bathil.

Tambah lagi seperti orang-orang kampung terutamanya generasi lama yang suka sangat percaya pada berita TV, macam lah TV tu maksum tidak buat salah langsung.

Tuduhan terhadap PAS ganas dan melampau itu sama lah seperti barat menuduh Islam sebagai pengganas , hinggakan ramai yang percaya.

Begitu juga pelbagai tuduhan terhadap Nabi Muhammad S.a.w hinggakan ramai juga yang terpedaya hingga mereka pula mencemuh dan menghina nabi, sedangkan mereka tidak tahu perkara yang sebenar. Itulah masalahnya jika hidup dalam kejahilan, tidak tahu mana betul mana salah, akhirnya menyalahkan yang betul dan membetulkan yang salah.

Dari Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w, "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq". (Hadith Riwayat Ibnu Ady)

Apa lagi jika mengikut pemimpin yang jahil agama, maka kita sendiri yang akan sama-sama hanyut disesatkan olehnya. SESAT tidak semestinya sesat seperti ajaran sesat yang biasa difahami dalam istilah Bahasa Melayu. Sesat umpama orang sesat jalan dalam hutan, yang tidak jumpa jalan sebenar untuk sampai ke destinasi.

Maka jika kita bukan berada di atas jalan sebenar Agama Islam, bukan jalan yang mengikut aqidah dan syariat yang betul, maka kita sebenarnya telah sesat jalan.

Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah S.a.w. bersabda, “Bahawasanya Allah S.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah S.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” (Hadith Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan datang suatu kaum yang mematikan (menolak untuk menggunakan dasar) as-sunnah dan menyangkal tentang agama. Maka atas merekalah laknat Allah, laknat orang-orang yang melaknat, laknat Malaikat serta laknat semua manusia". (Hadith Riwayat Ad Dailami).

SHAH ALAM, 2 Jun — Nasrudin Hassan At-Tantawi menekankan pihaknya mahu membina imej baru membabitkan PAS sambil berkata, komponen Pakatan Rakyat itu “bukan sebuah parti ekstrem dan tidak boleh bertolak ansur” sebagaimana dilabel musuh politiknya.

Sambil mengakui wujud gambaran sedemikian dan digambarkan sebagai sebuah parti yang hanya suka mengadakan demonstrasi, Ketua Pemuda PAS itu berkata, kini pihaknya mengambil pendekatan berbeza.

“Saya menyedari bahawa kebelakangan ini ada tanggapan sedemikian, ekoran perkembangan semasa yang berlaku, kami dipaksa bertindak (mengadakan demonstrasi), tetapi bukan sengaja mahu mengadakan demonstrasi,” kata beliau dalam temu bual bersama The Malaysian Insider menjelang Muktamar Dewan Pemuda PAS pusat di sini.

“Kami buat aduan polis tapi disia-siakan, kami serah memorandum disia-siakan, maka mahu tidak mahu rakyat bangkit dan mengadakan demonstrasi bantahan,” kata beliau.

“Bukan bermakna kami Pemuda ini hanya berdemonstrasi tetapi kami membawa perasaan rakyat yang tidak ada ruang untuk membantah... itu perkara biasa,” katanya.

Tetapi tegas beliau, parti politik persaingan seperti komponen Barisan Nasional (BN) pun mengadakan demonstrasi, bukan Dewan Pemuda PAS sahaja.

“Tetapi yang itu tidak ditimbulkan,” kata beliau yang mempertahankan jawatannya buat penggal kedua tanpa cabaran hari ini.

Nasrudin yang sinonim dengan pakaian mencerminkan perwatakan kepimpinan ulama berbanding bekas-bekas penyandang jawatan itu sebelum ini berkata, beliau sedang berusaha untuk mengikis imej bahawa PAS khususnya sayap pemuda adalah “ekstrem”.

Katanya, dalam kebanyakan masa imej Dewan Pemuda PAS diburukkan oleh media dan dipaparkan bahawa PAS ini ‘sebuah parti yang ekstrem.”

“Walhal kita adalah sebuah parti yang selalu mendukung semangat toleransi, semangat keterbukaan, sedia berbincang dalam apa jua isu,” katanya dengan menekankan bahawa pihaknya juga mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti Hari Belia anjuran kerajaan baru-baru ini.

Mengenai bantahan konsert yang membawa kepada imej konservatif dan ekstrem, Nasrudin berkata, pihaknya tidak membantah setiap konsert yang diadakan di negara ini.

“Tidak, tidak. Kami tidak bantah semua konsert. Kami hanya membantah jika ada konsert yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam, cuma konsert yang menyuburkan budaya songsang.

“Itupun kami tidak membantah di hadapan stadium atau lokasi konsert diadakan sehingga ia dihentikan, tetapi hanya mengedarkan risalah mengenai soal hukum konsert dari sudut Islam... yang tidak sopan itu, kami tidak setuju,” katanya.

Kata Nasrudin, pihaknya sejak kebelakangan ini menggunakan pendekatan didikan dengan mengedar risalah, bukannya berdemonstrasi sejak kebelakangan ini.

“Kami pun faham bagi sesetengah pihak soal hiburan diperlukan, perlu berhibur, kami tidak boleh halang... kami pun ada mengadakan program silang budaya, menyambut hari-hari tertentu,” katanya lagi.


[Malaysian Insider]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (86) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.