Berita Terkini

Wanita warga Indonesia kena hukum pancung di Arab Saudi

Tenaga kerja wanita yang berasal dari Indonesia dilaporkan telah dihukum pancung di Arab Saudi pada Sabtu, 18 Jun 2011.

Laman alriyadh.com menulis, Ruyati binti Saboti Saruna dipancung di Mekah lantaran terbukti bersalah membunuh seorang wanita Saudi, Khairiya binti Hamid Mijlid.

"Wanita Indonesia itu telah mengakui kejahatannya," begitu kenyataan rasmi Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi. Hukuman tersebut sebagai tindakan lanjut keputusan Mahkamah Agung Arab Saudi.

Belum diketahui motif pembunuhan yang dilakukan Ruyati. Beberapa media resmi Arab hanya melaporkan wanita asal Indonesia bersalah membunuh dengan menyerang mangsanya berulang kali pada kepala dan menikam bahagian leher menggunakan pisau dapur.

Hukuman pancung sejatinya ditentang dunia. Misalnya, Amnesty Internasional telah lama mengutuk penggunaan hukuman pancung di Arab Saudi.

Namun, hukuman itu terus dilaksanakan. Dalam tahun 2011 ada 27 orang yang kena pancung yang majoritinya adalah warga negara asing.


* Update 1:40PM

Menteri luar negeri Indonesia Marty Natalegawa
Antara jawapan dari Menteri Luar Indonesia iaitu Marty Natalegawa tentang isu ini;


Benarkah Ruyati terlibat kes pembunuhan?

Ya dan almarhumah mengakui hal itu di persidangan. Almarhumah mengakui membunuh isteri majikannya dengan cara membacok dan menusuk lehernya dengan pisau dapur. Kerana kes pembunuhan,  ketika masuk pengadilan ancamannya hukuman mati. Namun, kami terus memberi perlindungan dengan mendampinginya ketika menjalani proses persidangan sejak awal, kasasi, sampai tahap pengampunan.

Apa langkah pemerintah selanjutnya? 

Pertama kami ingin menyampaikan bahawa kami mengecam dan kesal Pemerintah Arab Saudi tidak memberitahu soal hukuman almarhumah Ruyati. Kemudian, kami akan memanggil Duta Besar RI di Riyadh dan akan meminta keterangan Duta Besar Arab Saudi di Jakarta besok.

Jadi, pemerintah Indonesia tidak tahu bahawa Ruyati akan dihukum?

Ya, kami tidak tahu almarhumah akan dihukum pada Sabtu 18 Jun 2011. Kerana itu kami mengecam Pemerintah Arab Saudi. Kami sangat kesal Pemerintah Arab Saudi mengabaikan hukum antarabangsa.


Sementara itu, Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran atau Migrant Care menilai pemerintah kurang serius melindungi nasib tenaga kerja wanita Indonesia di Luar negeri. Buktinya, Ruyati Ruyati binti Saboti Saruna mati akibat hukum pancung pada 18 Jun 2011.

Padahal kes tuduhan pembunuhan yang menimpa Ruyati sudah bergulir dipersidangan tingkat akhir sejak Mac 2011 lalu. "Ada kegagalan diplomasi," kata Ketua Migrant Care Anis Hidayah melalui sambungan telefon, Minggu 19 Jun 2011.





Yang mengutuk hukuman pancung sudah tentulah dipelopori oleh barat, kerana mereka tidak suka dengan Undang-undang Islam. Tetapi mereka mengadakan hukuman gantung sampai mati, YANG LEBIH ZALIM dan MENYEKSAKAN orang yang dihukum.

Kedua-duanya adalah HUKUMAN MATI, tetapi apabila dipancung kepala sekali cantas dengan pantas, hilang terus hubungan otak dengan badan, maka pesalah tidak akan merasa SEKSA untuk mati, dibandingkan dengan HUKUMAN GANTUNG, yang adakalanya MENGGELEPAR dulu pesalah untuk mati beberapa ketika.

Begitu juga seperti hukuman KERUSI ELEKTRIK, lagi KEJAM.  Kesemua hukuman itu SAMPAI MATI, lain lah kalau tak mati akan dilepaskan  .......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.