Berita Terkini

Harian Malaysia terbitan bekas wartawan Utusan Malaysia dilancar esok

Harian Malaysia Bongkar Utusan Malaysia
Saya merasakan akan ada satu gelombang sebaran berita yang bagus, penting dan menarik , apabila bekas wartawan kanan Kumpulan Utusan ini mahu melancarkan akhbar online Harian Malaysia esok.

Semoga mereka dapat menyebarkan berita dengan lebih telus, dan kalau boleh bongkarkan juga kebathilan, rahsia dan penipuan-penipuan yang selama ini dibuat oleh akhbar Utusan Malaysia yang dari dulu lagi menjadi pihak suruhan UMNO. Berikut adalah laporan dari The Malaysian Insider.

KUALA LUMPUR, 31 Julai  -  Akhbar online Harian Malaysia diterajui bekas wartawan kanan Kumpulan Utusan, Mohd Hata Wahari, yang dipecat kerana mengkritik syarikat milik Umno itu, akan muncul secara rasmi esok.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Hata berkata, akhbar elektronik dengan slogan “Beretika dan Bertanggungjawab” akan memberi fokus kepada permasalahan rakyat selain membongkarkan setiap isu yang dialami.

Beliau juga berkata akhbar Bahasa Malaysia demi memudahkan informasi disampaikan kepada rakyat.

“Buat masa sekarang, kita memang sudah ada portal Harian Malaysia tapi ia hanya kerangka yang mana ia sudah mula sejak 1 Julai lalu.

“Dan, sekarang kita sedang mengatur akhbar elektronik, yang akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Ogos (esok) bersama dengan portal rasmi kita,” katanya.

“Buat masa ini, kita akan buat akhbar elektronik sebab belum dapat permit untuk cetak akhbar.

“Kita punya berita yang disiarkan nanti adalah secara percuma,” katanya.

Ditanya lebih lanjut mengenai liputan akhbar itu, Hata berkata “seratus peratus adalah tentang masalah rakyat.”

“Kita fokus kepada masalah rakyat, kalau ada politik itu tidak banyak . . . kita nak fokus kepada masalah rakyat di bawah dan kita akan bongkarkannya.

“Kita tahu apa banyak masalah rakyat di luar sana, saya sudah berbelas tahun bekerja dengan Utusan Malaysia dan saya tahu apa yang berlaku,” katanya.

“Media arus perdana tidak telus dan cuba menyembunyikan apa yang berlaku, sebab itu kita mahu membongkar apa yang berlaku di bawah,” katanya yang memegang jawatan sebagai ketua editor.

Beliau juga berkata pihaknya akan membuat liputan di seluruh negara yang mana setiap negeri akan ada seorang wartawan.

Sebarang maklumat atau informasi yang ingin disalurkan boleh terus melawat www.harianmalaysia.my.

Menurut portal rasmi Harian Malaysia, akhbar elektronik itu adalah berbayar dan pembaca dikenakan bayaran RM10 untuk langganan sebulan, RM60 untuk enam bulan dan RM120 untuk setahun.

Bagaimanapun, kata Hata, pembaca boleh akses secara percuma buat sementara waktu.

Turut membangunkan Harian Malaysia ialah Mohd Laile Wahari selaku Pengarang (Pengurusan) dan Mohd Shawal Wahari yang bertindak selaku Pengarang (Editorial).

Selain itu, penasihat editorial Harian Malaysia membariskan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, pemimpin veteran Umno yang juga Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan.

“Kita juga akan meminta mereka untuk menulis dalam Harian Malaysia,” kata Hata.

Harian Malaysia mempunyai beberapa kolum seperti mana akhbar-akhbar tempatan lain termasuk politik, berita semasa, pendapat dan kolum, komuniti, wawancara, isu, hiburan dan sukan.

Selain itu, ia juga turut mempunyai satu ruang khas dinamakan “Awang Sulung” yang akan mengulas isu-isu semasa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.