Berita Terkini

Lima sebab Mualaf tertarik pada Islam

Lima sebab Mualaf tertarik pada Islam
Penduduk Muslim di seluruh dunia meningkat pesat. Di Eropah, sejumlah lembaga kajian mencatat ada kenaikan meskipun tidak lantas membuat penduduk Muslim menjadi majoriti. 

Soalan menarik yang timbul, apa yang menyebabkan masyarakat dunia mula tertarik memeluk Islam? Soalan ini yang kemudian menjadi bahan kajian yang dilakukan Shannon Abulnasr, dalam makesurvey.net. 

Dari data yang diperolehi, peratusan tertinggi, yakni 30 peratus (21 orang) menyatakan hal pertama yang membuat mereka tertarik tentang Islam adalah ketika mereka bertemu dan berbicara dengan Muslim. Dari pertemuan ini, sebanyak 24.3 peratus (17 orang) mengaku semakin tertarik mengetahui ajaran Islam.

Dari salah seorang responden, kata Shannon, diketahui dia sempat bertemu dengan seorang Muslim yang diajaknya berhubungan kelamin (hubungan seks). Lelaki itu menolak dengan menyatakan dirinya seorang Muslim. Responden ini kemudian bertanya, apa dan mengapa seorang Muslim menolak berhubungan kelamin, hal yang sangat biasa di dunia Barat.

Selanjutnya, kira-kira 24 peratus (10 orang) responden mengaku tertarik pada Islam apabila melihat seorang Muslim melaksanakan solat, ibadah haji, dan masjid.

"Salah seorang responden bahkan terkejut ketika dirinya sedang minum kopi dengan seorang Muslim, ketika waktu azan tiba, dia meminta izin kepada responden untuk melaksanakan solat," kata Shannon, seperti yang dilaporkan oleh onislam.net, Ahad (11/4).

Sebab lain, kira-kira 17.1 peratus (12 orang) responden mengaku tertarik pada Islam ketika membaca Al-Quran dan sastera tentang Islam. Ini terjadi, ketika mereka mendengar dan membaca pemberitaan negatif tentang Islam dan Muslim.

Sebab terakhir, yakni 27.1 peratus (19 orang) responden menyatakan ajaran keesaan Tuhan merupakan penyelesaian dan jawapan atas kekeliruan dengan konsep Ketuhanan yang dipaparkan dalam ajaran agama terdahulu, "Monoteisme murni adalah konsep paling logik yang memudahkan kalangan non-Muslim memahami ajaran Islam," kata beliau.

Secara umum, kata Shannon, apa yang dipaparkan para responden menunjukkan kalangan non-Muslim sangat memerhatikan perilaku Muslim. Ini merupakan dakwah secara tidak langsung yang menarik perhatian mereka. "Saya kira ketika Allah memberikan hidayah, itu bermula dengan bagaimana seorang Muslim bertindak. Jadi, seorang yang akan menjadi Muslim kerana perilaku dan tindakan umat Islam sendiri," katanya.



p/s: Sama-sama lah kita berakhlaq baik, menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada semua manusia. Kerana mungkin secara tidak langsung, kita telah memikat hati dan mendakwah mereka-mereka yang non-Muslim kepada Islam. Dan secara tidak langsung, semoga kita mendapat ganjaran dari Allah S.w.t hasil darinya.

Kerana KEINDAHAN ISLAM itu, akan menarik hati siapa saja, jika dipraktikkan dengan betul dan istiqomah. SubhanAllah .......

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.