Berita Terkini

5 cara menghindari penyakit E-coli

bakteria E coli pada 10000x
Maraknya wabak bakteria E.coli di Eropah pastinya turut membuat negara-negara lain merasa khuatir, lebih-lebih lagi dengan produk sayuran import. Di Eropah sahaja, bakteria ini telah menyebabkan 30 orang meninggal dunia.

Sementara itu, lebih daripada 2,150 orang di 12 buah negara mengalami kekejangan perut, cirit-birit (yang sering berdarah) dan seringkali muntah. Dan terdapat empat kes yang disyaki jangkitan E. coli yang berkaitan dengan wabak ini di Amerika Syarikat.

Namun, tidak perlu terus panik. Berikut adalah lima langkah yang dapat dilakukan untuk mengurangi risiko jangkitan E. coli, menurut Ruth Frechman, ahli pemakanan di Los Angeles sekaligus jurucakap American Dietetic Association.

1. Cuci tangan

Mencuci tangan merupakan perkara yang paling penting untuk dilakukan, terutama setelah menggunakan bilik mandi dan menyentuh binatang serta sebelum menyiapkan makanan. Membilas tangan dengan air juga membantu mengurangi bakteria.


2. Masak daging semasak-masaknya

Daging lembu sebaiknya dimasak dengan suhu 160 darjah Fahrenheit (gunakan termometer untuk memastikan). "Panas akan membunuh bakteria," kata Frechman. "Memasak sayuran hijau selama 15 saat pada suhu 160 darjah juga akan membunuh E. coli."


3. Hindari makanan berisiko tinggi

Hindari makanan yang dipasteur (mentah) seperti susu, keju atau jus mentah dan daging kurang masak. Jauhi pula kotoran manusia dan haiwan.


4. Jangan menelan air di kolam renang, sungai dan seumpamanya

Ketika berada di kolam renang, sungai, atau kolam di halaman belakang rumah, jangan menelan airnya! Beberapa jenis E. coli menyebabkan penyakit dengan mengeluarkan sesuatu yang disebut toksin Shiga. Jangkitan dimulai ketika anda menelan sesuatu yang tak kelihatan yang mengeluarkan racun Shiga E. coli. Ini boleh terjadi ketika anda menelan sejumlah dari kotoran manusia atau haiwan di mulut anda.


5. Amalkan gaya hidup bersih

Bersihkan semua peralatan dapur seperti papan pemotong, peralatan dan rak peti ais. Cuci tangan setelah menyentuh daging mentah. Gunakan papan pemotong yang berasingan untuk memotong buah / sayuran dan daging mentah, seperti ayam, ikan, atau daging.


[Di olah dari Shine.com , 6 Jun 2011]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.