Berita Terkini

Kenapa zaman dulu banyak Hantu Berkeliaran, sekarang sudah Kurang?

hantu putih kacuk pocong
Assalaamu'alaikum w.b.t. dan salam sejahtera, salam mistis Saya ingat lagi, dulu waktu saya masih kecil, sekitar tahun 1980an, kerap terjadi penampakan hantu, orang diculik hantu dan seumpamanya. Dalam sebulan, kalau tak ada kes-kes begini memang tak sah. Ada je hantu-hantu @ jin yang mengganggu dan mengacau di macam-macam tempat di kawasan tempat tinggal kita.

Itu baru sekitar tahun 1980an. Kalau lebih lama lagi saya rasa lebih banyak lagi, kalau ikutkan apa yang orang-orang tua kita dulu ceritakan.

Tetapi sekarang, nak jumpa kes orang terserempak dengan hantu, apa lagi orang kena culik oleh hantu, amat jarang @ rare sekali. Kenapa agaknya ya?

Saya ada jawapan mudah. Ini kerana sekarang sudah BANYAK LAMPU JALANRAYA dan LAMPU-LAMPU lain. Dengan kata lain, waktu malam pun dah nak jadi macam siang kerana dicerahi dengan banyak lampu.  Kalau dulu, banyak kawasan kampung yang masih gelap apa lagi kalau semakin jauh dari bandar. 

Maka faktor PENCAHAYAAN di kawasan kita amat memberi kesan kepada penampakan mereka.  Kalau zaman dulu, tak payah cari hantu pun akan sentiasa ada kes penampakan hantu. Zaman sekarang, orang mencari hantu kemudian bikin Live Streaming. :-D

Para jin dan hantu lebih sukar untuk MENJELMA di kawasan yang terang. Apa lagi itu lebih membahayakan kepada mereka sebenarnya kerana mereka sudah masuk ke alam kita, dan mereka sedang dalam keadaan LEMAH. Dari segi psikologi pun, manusia yang penakut pun akan menjadi BERANI kalau sudah berada di kawasan yang cerah dan terang. Maka itu menyukarkan jin untuk menguasai "rasa takut" manusia tersebut. Dengan kata lain, "BUANG MASA" jin dan buat penat mereka saja.

Ingatlah, "rasa takut" itulah yang menjadikan manusia LEMAH dan mudah dipermainkan oleh jin. Semakin takut kita, bermakna semakin lemah tubuh badan kita. Di samping jin semakin kuat dengan menyerap tenaga dari tubuh kita yang sudah semakin lemah. 

Maka jangan takut pada hantu, kerana hantu juga sebenarnya takut kepada kita. Yakin saja pada Allah S.w.t yang MAHA MENJAGA dan MAHA BERKUASA. Asalkan kita tidak sengaja pergi ganggu tempat mereka sudah. 

Kenapa biasanya orang takut pada hantu?  Kerana dia TIDAK TAHU bagaimana keadaan hantu yang sebenar. Sama lah seperti kita takut pada air yang tenang di sungai, iaitu takut kalau-kalau ada buaya. Tetapi kalau kita tahu di air tenang itu tidak ada buaya, maka kita berani aja terjun ke dalam air itu tanpa was-was.

Maka kalau tak kaji dan faham tentang keadaan, sifat, perangai dan macam-macam tentang jin, maka selama itu lah mungkin kita berada dalam ketakutan terhadap mereka. Apa lagi kalau dibayangkan hantu itu seperti dalam kebanyakan filem horror, yang kebanyakannya tak betul pun.

Kalau anda seorang penakut, dan ingin menjadi lebih berani, jom lah ikut saya ke tempat-tempat KERAS / ANGKER. Mudah-mudahan itu dapat melatih anda menjadi lebih berani insyaAllah. Alah bisa tegal biasa. Ia juga salah satu HOBI saya sebenarnya. :-D

Duh, sudah lari tajuk. Ok lah, sampai sini saja dulu. Bak kata Ki Raksa Manggala, "Mereka ada bukan untuk ditakuti". Begitu juga pesan Mbah Mijan, "Hapus resahmu, lawan takutmu, Salam Mistis".  :-D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (63) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (86) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (336) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.