Berita Terkini

Alangkah sedihnya … tidak berminat dengan dakwah

Dakwah
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

"Alangkah sedihnya, hatiku, param param". Hehe teringat satu lagu lama tahun 60an. Sesekali ku rasa sedih kerana melihatkan semangat dakwah tidak mendapat sambutan ramai oleh umat Islam sendiri. Sesekali ku rasa sedih kerana melihatkan manusia lebih mengejar dunia dari mengejar akhirat, dengan alasan dunia mesti seimbang dengan akhirat, tetapi hakikatnya tidak nampak pun keseimbangan yang dibuat, malah lebih bertumpu kepada dunia semata-mata, isy7.

Lupakah kita pada perjuangan Nabi S.a.w dan para sahabat r.a yang menitiskan darah dan air mata untuk mengembangkan ISLAM? Tetapi kita sekarang bertungkus lumus hendak mengejar kemahsyuran diri, dengan memasuki Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Gangstar, Mentor, dan berbagai acara lain untuk mengejar kemasyhuran dan populariti. Kita tidak sedar betapa agenda British dan musuh Islam sudah meresapi jiwa dan membesar bersama kita.

Agar kita tidak mudah lupa diri, mari kita imbas dulu dari mana kita datang,

"Wahai sekelian manusia! Jika kamu masih ragu-ragu terhadap hari qiamat sesungguhnya Kami (Allah S.W.T.) telah jadikan kamu dari tanah, kemudian daripada air mani dan mani menjadi darah sampai ia menjadi sepotong daging yang telah sempurna kejadiannya dan yang belum sempurna, supaya Kami beri keterangan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam kandungan (rahim) ibu mengikut kehendak Kami, sampailah waktu tertentu maka Kami keluarkan kamu dari kandungan ibumu menjadi kanak-kanak kemudian sampai kamu menjadi orang dewasa. Di antara kamu ada orang yang dimatikan dan ada yang dipanjangkan hidupnya sampai terlalu tua hingga tidak dapat mengetahui apa-apa sedangkan sebelumnya kamu mengetahui." [Surah al-Hajj : ayat 5]

Setelah kita tahu dari mana kita datang, maka apa tujuan Allah ciptakan kita pula? Allah ciptakan kita untuk bermegah-megah ke? Allah ciptakan kita untuk berpakaian seksi sentiasa ke? Allah ciptakan kita untuk berhasad dengki, fitnah, mengumpat yang tidak dibenarkan, merompak, melakukan zina, sumbang mahram, menculik budak, mengumpul harta sebanyak mungkin, meragut, menghisap dadah, membuat zalim dan macam-macam dosa lain ke? Allah cipta kita untuk memuaskan nafsu dan kehendak kita semata-mata ke? Ketahuilah ,

"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku."  [Surah Az-dZaariyat : ayat 56]

Seriau jugak rasanya kan, adakah kita ini sudah betul-betul jadi hamba Allah? Seram sejuk juga memikirkannya. Semoga kita berusaha sedaya upaya untuk menjadi hambaNya, bukan menjadi hamba NAFSU dan hamba IBLIS na'udzubilah. Dan apakah maksud menjadi hamba Allah itu? Biasanya yang kita dengar, menjadi hamba Allah ialah beribadah kepadaNya lah kan? Tetapi mari kita tinjau pendapat Dr Yusuf Qardhawi ini,

Dia menyatakan di dalam bukunya, al-’Ibadah Fi al-Islam, bahawa: "Sesungguhnya beribadah kepada Allah S.W.T. tidaklah terhad kepada mengerjakan solah, puasa, zakat dan haji dan perkara yang berkaitan dengannya seperti tilawah al-Quran, zikir, berdoa, beristighfar dan sebagainya sahaja sebagaimana fahaman sesetengah golongan Islam (yang mendakwa Islam). Ramai yang telah menyangka bahawa apabila mereka telah menunaikan fardhu-fardhu dan syiar-syiar yang tersebut bererti mereka telah menyempurnakan hak Allah S.W.T. terhadap mereka sepenuhnya. Mereka menyangka sudah selesai ditunaikan kewajipan ‘Ubudiyyah terhadap Allah S.W.T.. Pada hal tanggapan tersebut meleset daripada hakikatnya yang sebenar."

Beliau membuat penjelasan lagi bahawa: "Tidaklah dikira ibadah kepada Allah S.W.T. jika seseorang itu berfahaman: Aku solah, aku berpuasa, aku berzakat dan aku menunaikan haji tetapi aku bebas makan daging babi, minum arak, makan riba, berjudi serta menolak hukum-hukum syariat Allah S.W.T yang tidak sesuai dengan pandanganku. Juga tidak dikira ibadah kepada Allah S.W.T bagi orang yang menganggap ibadahnya hanya berada ketika di kawasan masjid, tetapi apabila dia keluar dari masjid dan mencebur diri dalam bidang-bidang kehidupan lain dia menjadi hamba kehendak dirinya, bebas mengikut kehendak hawa nafsunya dengan tidak menghiraukan hukum-hukum Allah S.W.T."

Maka di manakah semangat kita untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya dan berdakwah ke jalanNya?Ramai yang meletakkan tugas dakwah hanya kepada para ustaz dan tok guru, itu yang menjadi masalahnya sekarang. Sedangkan kita lupa bahawa tugas mengajak manusia ke jalan Allah adalah tugas semua iaitu ingat-mengingat dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran, mengikut kemampuan dan ilmu masing-masing.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran."  [Surah Al-'Asr'

Sayyid Qutb berkata bahawa kerja-kerja menyuruh kepada ma’ruf serta mencegah daripada mungkar tidak boleh dipandang ringan. Umat ini tidak berjaya selagi ma’ruf tidak tertegak sebagai ma’ruf, dan mungkar tidak dimusnahkan sebagai mungkar.

Mana semangat berdakwah kita? Adakah kita sudah baca dan hayati ayat-ayat Quran yang bermaksud,

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, bagi kamu menyuruh berbuat perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah ….. "  [Surah Aali-Imran : Ayat 110]

"Ajaklah (dakwahlah) ke jalan Tuhanmu dengan berhikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui mereka yang mendapat petunjuk." [Surah An-Nahl : Ayat 125]

Dan mengapa kita tidak berusaha menyebarkan Islam dan berkelakuan seperti orang yang menyembunyikan kebaikan dan tidak mahu memberitahunya kepada orang lain? Mengapa kita tahu Islam itu bagus tetapi kita tidak sebarkannya? Mengapa kita tahu banyak kebaikan dalam Islam, tetapi kita tidak kongsikannya kepada orang lain?

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dila′nati Allah dan dila′nati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat mela′nati," [Surah Al-Baqarah : Ayat 159]

Ayat di atas lah yang menyebabkan Abu Hurairah menjadi periwayat hadits yang paling banyak dan paling tekun. Dia takut untuk menyembunyikan apa yang Rasulullah S.a.w beritahu kepadanya kerana yakin dengan firman Allah itu.

Padahal perintah-perintah ALLAH dalam Al-Quran adalah agar kita semua menyebarkan agama Allah yang suci dan murni ini. Tetapi mengapa kita lebih suka menyebarkan perkara-perkara lain yang menjauhkan kita dari Allah? 

Biasanya kita pandai menuduh ada ajaran-ajaran sesat dalam Islam seperti ajaran-ajaran tarekat sesat, ajaran Ayah Pin dan seumpamanya. Tetapi mengapa kita tidak nampak, betapa para artis seksi wanita dan yang tidak menutup aurat itu juga mengajak kita ke arah kesesatan dan kelalaian? Kita telah dikaburkan dengan memandang remeh terhadap artis-artis seksi itu, malah ada yang memuja-muja mereka na’uzubillah. Bagaimana tidak dipuja, ada artis yang menggelek-gelek punggungnya dengan penuh ghairah. Siapa yang tidak terpesona melihat tubuh wanita digoyang-goyang sebegitu rupa? Sehinggakan Syeikh Ahmad Deedat rahimahullah yang dah tua ketika itu pun pernah berkata, dia pun terpesona melihat tubuh wanita seksi, hehe. Tapi itu hanya gurauannya, jangan diambil serius pula. Cuma nak tunjukkan manusia ini terutamanya lelaki diciptakan beserta dengan alat kelamin. Maka adalah menjadi lumrah kaum lelaki akan terpesona dan ghairah melihat tubuh wanita yang seksi. Maka dengan sebab itu lah Allah suruh manusia menutup aurat dengan betul, ada hikmahnya.

Dan begitu juga dengan artis-artis yang membawa lagu yang ntah hapa-hapa seperti kumpulan Black Metal dan kumpulan-kumpulan lain yang mengandungi lirik yang melalaikan. Yang paling dasyat adalah Black Metal kerana apabila disebut Black Metal, ianya mesti mengandungi upacara pemujaan yang biasanya dibuat pada acara gig. Kambing hitam biasanya akan dijadikan sebagai korban dalam pemujaan tersebut. Dan Black Metal ini termasuk dalam genre muzik underground, tetapi jangan salah faham, bukan semua underground itu Black Metal.

Sepatutnya golongan artis-artis tadi didekati oleh pihak-pihak yang berkuasa dengan menasihati mereka, membimbing mereka ke jalan yang benar kerana kebanyakan mereka jahil dan tidak faham Islam, kesian mereka. Tetapi masalahnya tiada tindakan diambil, malah membiarkan mereka dalam keadaan begitu seolah-olah itu bukan nya dosa. Seolah-olah ianya adalah trend terkini yang tidak memacu kita ke arah kebinasaan. Fikirkanlah wahai manusia yang sudah dianugerahkan akal dan fikiran.

Usaha dakwah pun biasanya akan menemui jalan buntu atau tidak diteruskan kerana ada halangan. Bab halangan sahaja tidak cukup untuk dibicarakan di sini, tetapi cukuplah diberikan beberapa halangan besar seperti dicemuh oleh masyarakat, dilarang oleh pihak berkuasa, MALU, TAKUT, menjaga STATUS, sibuk dengan tugas-tugas lain dan sebagainya. Dan perkara-perkara itu lah yang menyebabkan kita mudah putus asa dalam berdakwah dan akhirnya terbengkalai semua kerja. Maklumlah kita terdidik dalam zaman yang sudah sedia moden. Malu, takut-takut, nak jaga status diri itu akan sentiasa menghantui diri kita. Lagi pun biasanya kalau sesiapa yang terlibat dalam kerja-kerja dakwah ini mesti dipandang sebagai kolot, ketinggalan zaman, tidak berprestij dan camam-camam lagi lah. :-)

Hakikatnya, memang kita sentiasa perlu belajar kaedah-kaedah berdakwah dan psikologi dengan baik. Kerana kalau berdakwah dengan penuh emosi dan terlalu keras, mungkin boleh menyebabkan orang semakin lari dari kita. Yang penting, jangan lah kita ini nampak sangat nak paksa-paksa orang supaya ikut kita. Tiada manusia yang suka dipaksa sebenarnya, itu yang kita mesti ingat. Tetapi lakukanlah secara berhikmah setakat kemampuan kita. Jika orang tidak suka juga dengan dakwah kita terpulang pada mereka lah. Asalkan kita sudah jalankan tanggung jawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Ingat, JANGAN PAKSA-PAKSA ORANG YA! Yang penting HUJJAH HUJJAH HUJJAH! :-)

Umat Kristian amat bersungguh jika bercakap soal dakwah ini. Dakwah mereka dengan pelbagai cara termasuklah melalui filem, produk-produk makanan, gambar, sehinggakan rancangan gusti pun diselitkan unsur-unsur dakwah kandungan kitab Bible mereka. Sebagai contoh Stone Cold Steve Austin mempromosikan 3:16, yang mana 3:16 itu bermaksud Surah John 3 , ayat ke 16 yang bermaksud "Untuk Tuhan menunjukkan rasa sayang kepada seluruh dunia maka dia kurniakan satu-satu anaknya, yang mana siapa yang beriman dengannya tidak akan binasa tetapi mempunyai kehidupan yang abadi." Bekas paderi yang telah memeluk Islam telah membongkar rahsia bahawa pihak gereja ada membayar pertubuhan-pertubuhan gusti tersebut untuk mempromosi BIBLE.

Mengapa mereka terlalu bersungguh untuk berdakwah, tidak kira dengan apa saja cara? Ini kerana kandungan ayat ini dalam Bible mereka, "Carilah domba tersesat dan sebarkan ajaranmu ke seluruh dunia & jadikan mereka murid-muridmu." Ia merupakan ayat perintah, yang bermakna berdakwah adalah WAJIB dalam agama mereka. Maka jika umat Kristian tidak mencari domba tersesat itu (manusia yang masih belum Kristian), maka mereka akan berdosa dan akan masuk neraka. Maknanya mereka perlu lakukan apa saja agar manusia ikut telunjuk mereka.

Ini berbeza sekali dalam Islam, walaupun berdakwah wajib juga dalam Islam, tetapi kita tidak boleh memaksa manusia untuk peluk Islam dan mesti menggunakan cara yang tidak melanggar syariat sahaja. Dalam Surah Al-Baqarah , ayat 256 bermaksud "Tiada paksaan dalam beragama." Dan juga dalam Surah Al-Kaafirun, ayat 5 bermaksud "Untukmu agamamu, untukku agamaku."

Walaupun begitu kita tidak boleh memandang remeh dengan tidak perlu berdakwah, kerana mereka setiap masa inginkan umat Islam mengikut jejak langkah mereka dan memeluk agama mereka. Jika bukan generasi kita maka generasi anak cucu kita, na'uzubillah. Maka anda mahu berseronok-seronok lagi ke? Bersenang-senang hati lagi ke dengan keadaan ini? Fikir-fikirkanlah. Sepatutnya umat Islam yang sebaik-baik umat itu yang mengajak dan mempengaruhi orang memeluk Islam, tetapi sekarang lain pula yang jadi. Masing-masing mahu serahkan tugas berdakwah kepada orang lain, pass baton pada orang lain. Hingga akhirnya masing-masing menyibukkan diri dengan hal masing-masing dan tugas-tugas berdakwah terbengkalai. Semoga kita belajar sesuatu dari perkara ini.

Biasanya manusia menanti-nantikan tarikh hari lahirnya untuk menyambut Hari Lahir. Tetapi pernahkah kita menantikan Hari Kematian kita? Hehe, tapi jangan pula kita minta dengan Allah agar cepat mati. Dan cari maut pun dilarang dalam Islam. Tetapi mengingati mati itu digalakkan kerana ianya dekat kepada taqwa kepada Allah S.w.t. Dengan kita ingat kepada mati, maka kita akan ingat kepada hari pembalasan, di mana perbuatan buruk dibalas buruk manakala perbuatan baik dibalas baik. Dan kita tidak akan menjadi tamak kepada dunia. Dan juga kita akan berusaha untuk mencegah diri kita dari melakukan perkara buruk yang dilarang dalam Islam dan berusaha untuk melakukan kebaikan seperti yang dianjurkan.

Ke manakah kita akan pergi selepas penghidupan kita di dunia  ini nanti?

"Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali."  [Surah an-Najm : ayat 42-44]

"Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." [Surah al-Jumu'ah : Ayat 8]

"Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan." [Surah al-Anbiyaa : Ayat 34-35]

"Setiap yang hidup pasti merasai mati." [Surah Aali-Imran : Ayat 185]

Allah akan bantu sesiapa yang bantu agamaNya.

Janji Allah pada sesiapa yang membantu agamaNya adalah Dia akan membantunya, tidak kiralah di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Maka tidak mahukah kita rebut peluang untuk membantu agama Allah yang mulia ini?

Perhatikan baik-baik Firman Allah yang bermaksud, "Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [Surah Muhammad : Ayat 7]

"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa." [Surah Al Hajj : Ayat 40]

Sabda Nabi Muhammad S.a.w yang bermaksud, "Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya." [HR Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160]

Tidak yakinkah lagi kita dengan janji-janji Allah itu?  Kita hidup di atas dunia ini penuh dengan  mara-bahaya, penyakit, godaan, ancaman dan sebagainya, maka tidak mahukah kita bantuan dari Allah? Tidak mahukah kita agar Allah bantu kita menghindarkan perkara-perkara buruk dari berlaku kepada kita? Maka rebutlah peluang dan masa yang ada sebelum terlambat.  Marilah kita sama-sama bantu Agama Islam setakat kemampuan dan tahap keupayaan kita. Semoga diberkati Allah belaka, amiin.

p/s : Ada suatu yang saya tertarik. Biasanya seorang mua'llaf yang masuk Islam, dialah kemudiannya yang bersemangat untuk berdakwah, berbanding dengan orang-orang Islam yang sudah Islam dari kecil. Kerana apa? Kerana kesedaran di jiwa mu'allaf itu dengan hakikat kehidupan sebenar yang perlukan kita menyebar perkara kebaikan. Jika kita ikut logik pun, kebaikan perlu sentiasa tersebar agar tidak beku dan terperap tanpa dihirau.

Ada berbillion lagi manusia di luar sana yang tidak beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad S.a.w. Bolehkah anda bersenang hati dengan keadaan tersebut? Oleh itu, sebar-sebarkanlah agama kita, bak sabda Nabi S.a.w yang bermaksud, "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat," kerana Nabi Muhammad S.a.w akan berbangga di hari kiamat nanti dengan umat yang ramai. 

Wallahu a’lam ....... :-)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.