Keretakan sepanjang 35 batu di padang pasir Ethiopia mungkin akan menghasilkan sebuah laut baru yang akhirnya akan menyambung Laut Merah dengan Laut Arab, para pengkaji mengesahkannya.
Keretakan yang telah terbuka sejak tahun 2005 itu adalah kira-kira 20 kaki lebar dan beberapa ahli geologi percaya yang ia akan melebar membentuk laut yang baru. Tetapi pandangan itu masih lagi kontroversi dan keretakan itu tidak dikaji dengan mendalam lagi.
Aktiviti keretakan yang sama juga secara perlahan-lahan memisahkan Laut Merah.
Dengan menggunakan data seismik baru yang dikumpul dari tahun 2005, para pengkaji menyusun semula kejadian itu untuk menunjukkan keretakan itu terkopak sepanjang 35 batu dalam masa beberapa hari sahaja.
Dabbahu iaitu sebuah gunung berapi di hujung utara keretakan itu , meletus terlebih dahulu, kemudian magma menolak melalui tengah area yang retak dan mula membuka keretakan itu pada kedua-dua arah.
Kajian baru yang melibatkan pasukan pengkaji antarabangsa yang dilaporkan dalam jurnal Geophysical Research Letters, mendapati bahawa proses terjadinya keretakan itu adalah hampir sama dengan kejadian di dasar laut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)