Berita Terkini

Semua Ilmu asalnya Neutral. Manusia atau Jin yang jadikannya Putih atau Hitam

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Saya berani katakan, semua ilmu yang ada di atas muka bumi ini asalnya adalah NEUTRAL. Tetapi manusia atau jin lah yang mencorakkannya, hingga menjadikannya sama ada ilmu putih atau ilmu hitam.

Sebagai contoh, ilmu kimia, yang asalnya neutral. Jika digunakan untuk membantu orang lain, maka baiklah jadinya. Jika digunakan untuk membuat dadah dan racun yang merbahaya dan merosakkan manusia, maka buruk lah jadinya. Juga seperti ilmu Biologi, digunakan untuk memudahkan manusia maka baik jadinya, tetapi digunakan untuk mengubah genetik virus untuk memberi penyakit kepada manusia, maka buruklah jadinya. Begitu juga lah seterusnya dengan ilmu-ilmu lain.

Samalah seperti contoh mudah yang selalu orang sebut, "pisau" apabila berada di tangan tukang masak, maka bagus jadinya, iaitu untuk memotong buah-buahan, daging haiwan untuk dimasak dan sayur-sayuran. Tetapi jika pisau berada di tangan penjahat, kemungkinan besar akan diguna untuk membunuh orang yang tidak bersalah.

Usahkan ilmu-ilmu lain, Ilmu Agama sekalipun, jika anda menggunakannya untuk menyombongkan diri, menunjuk-nunjuk, mengkhianati orang lain, mencari kekayaan duniawi semata dan seumpamanya, maka buruk lah jadinya. Bukan ilmu itu sebenarnya yang buruk, kerana ilmu adalah NEUTRAL, tetapi Iman, Amal atau Akhlak manusia lah yang buruk kalau disalah-gunakan.

Ada yang mengatakan Silap Mata itu adalah Ilmu Sihir. Saya katakan di sini, Silap Mata itu hanyalah TRICK yang menggunakan sama ada kemahiran hasil latihan, teknologi, camera trick, computer editing, orang-orang upahan dan seumpamanya sahaja untuk hiburan.

Setakat yang saya perhatikan tentang Ilmu Sihir yang dimaksudkan dalam Al-Quran dan Al-Hadits, tidak ada pun yang dijadikan hiburan, tetapi semuanya adalah kejahatan dan pengkhianatan-pengkhianatan yang dilakukan ke atas manusia lain.  Kalau ada yang tahu dari Al-Quran dan Al-Hadits tentang sihir yang dijadikan sebagai hiburan, sila berikan komentar.

Ilmu sihir yang salah itu sama ada menggunakan bantuan jin jahat / negatif (hingga memerlukan KORBAN sama ada korban jangka pendek atau jangka panjang, dan panjang lagi jika mahu dibahas tentang ini), atau menggunakan Tenaga Dalam. Maka kerana itu lah Tenaga Dalam pun, berbeza bergantung orang yang melakukannya. Jika yang dilakukan itu baik, seperti contohnya merawat orang dari gangguan santau / santet, maka baik lah jadinya.  Tetapi jika digunakan Tenaga Dalam itu untuk menyantet dan membuat khianat pada orang lain, maka jahat lah jadinya.

Sama lah seperti pemahaman salah kebanyakan orang selama ini terhadap SAKA. Ya, bukan semua jin itu jahat. Sama lah hal nya dengan SAKA. Jika yang mendampingi nya adalah jin yang jahat, maka jahat lah ia. Jika yang mendampinginya adalah jin yang baik, maka baik lah ia. Kerana itu perlu diperhatikan akhlak dan amalan seseorang itu sebelum menuduh sesuatu kepadanya. Jangan terus menuduh sesat kalau kita ini sendiri tidak tahu apa-apa atau kurang tahu tentang peribadi orang yang dituduh itu, dan kita sendiri tidak mengkaji tentang Ilmu Metafizik. Nanti tak pasal-pasal kita berdosa dengan orang itu, malah tuduhan sesat itu bukannya tuduhan yang ringan.

Sila baca juga Kisah Manusia Meminta Pertolongan dari Jin dalam Surah Al-Jin, dan Contoh-contoh SALAH TAFSIR AL-QURAN yang boleh menyebabkan KEROSAKAN FATAL selama ini, jika anda masih belum membacanya untuk melengkapi persoalan dalam tajuk ini.

Tidak perlu saya tulis panjang-panjang. Lagi pun pointnya hanya itu, iaitu semua ilmu adalah NEUTRAL melainkan manusia atau jin yang mencorakkannya. Sekian dimaklumkan, wassalaamu'alaikum, wallahu a'lam :-)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.