Berita Terkini

Contoh-contoh SALAH TAFSIR AL-QURAN yang boleh menyebabkan KEROSAKAN FATAL selama ini

Assalaamu'alaikum w.b.t ....... Sejak dari zaman penjajahan sampai sekarang, nampaknya masih banyak berlaku salah tafsir ayat-ayat Al-Quran dalam masyarakat kita. Yang mungkin rentetan dari itulah maka banyak berlaku perselisihan dan perseteruan sesama sendiri. Kita TIDAK TERDIDIK dengan sifat KASIH SAYANG sesama saudara Muslim dan seiman, tetapi kita terisi dengan banyak sifat BENCI-MEMBENCI.

Kenapa boleh berlaku? Tidak perlu dihairankan kerana usahkan perkara-perkara yang susah untuk dihadam oleh fikiran orang ramai, malah perkara utama dan besar seperti Hukum Hudud dan Qisas yang sudah JELAS dalam Al-Quran pun boleh luput dari dilaksanakan dalam masyarakat Islam.

Di antara yang dapat saya kongsikan dulu di sini ialah;

1 - Fitnah lebih besar dari membunuh.

Sila baca Kisah di sebalik turun ayat "Fitnah lebih besar dari Membunuh" terlebih dahulu untuk memahami. Kerana agak panjang penjelasannya untuk dimuatkan di sini.

Kesan FATAL kerana salah tafsir;

Cuba bayangkan sebagai contoh, jika si A membuat tuduhan palsu (fitnah dalam bahasa Melayu) kepada si B. Kemudian si B hilang sabar, lalu dia fikir kalau dia BUNUH si A, itu masih lebih baik dari tuduhan palsu yang dibuat oleh si A itu.

Si B mungkin takut untuk membunuh si A secara depan-depan, kerana bimbang nanti akan ditangkap polis. Maka apa kata, kalau si B gunakan khidmat bomoh untuk lakukan SANTAU / SANTET (SIHIR) dengan tujuan membunuh kepada si A? Nampak atau tidak, kesan yang sangat buruk akibat salah faham terhadap ayat tersebut? Ntah-ntah, dah banyak kes begini berlaku pun kita tak tahu, kerana SANTAU masih tidak menjadi KES POLIS.

Isu tentang Fitnah lebih besar dari membunuh ini tidak pernah berhenti dari menjadi VIRAL.


2 - Neraka Wail untuk orang yang Solat tetapi Lalai.

Mengenai ayat , "Neraka wail bagi orang-orang yang sembahyang (solat), iaitu mereka yang lalai dari sembahyangnya.” (Surah Al Maa'uun : ayat 4 & 5)

NERAKA WAIL bagi orang-orang yang SOLAT yang lalai itu bukan kepada orang yang TAK KHUSYU'.  Tak khusyu' itu hanya MENGURANGKAN PAHALA. Kalau menurut tafsiran Ibnu Abbas r.a dan beberapa lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, yang dimaksudkan dalam ayat itu ialah SOLAT ORANG MUNAFIQ"Yakni orang-orang Munafiq yang mengerjakan solat ketika di hadapan ramai orang, dan tidak mengerjakannya ketika bersendirian." Kerana itulah, maka perlu kita FAHAMI kisah dan sebab-sebab turun ayat Al-Quran itu dulu, bukan hanya faham mengikut terjemahan dalam BAHASA kita semata.

Lagi pun Al-Quran menyebut lalai "DARI" solat, bukannya lalai "DALAM" solat. Perkataan Arabnya ialah "'an", bukannya "fi". Maksudnya sahaja sudah BERBEZA. Bermakna orang-orang yang LALAI atau CUAI dari mengerjakan SOLAT, dan jika dia solat pun hanya kerana mahu menjaga pandangan manusia, bukan kerana Allah S.w.t. Maka orang-orang yang solat KERANA MANUSIA, bukan KERANA ALLAH ini lah yang dinanti-nantikan oleh Neraka Wail.

Dan ada juga satu tafsiran lain iaitu orang-orang yang menangguh-nangguhkan solat hingga HABIS WAKTU.

Kesan FATAL kerana salah tafsir;

Kerana itulah muncul nya ajaran SOLAT PAKAI NIAT sahaja. Tak perlu solat lima waktu kalau tidak khusyu' bagi mereka, kerana kalau solat juga dalam keadaan tidak khusyu', maka mereka akan masuk Neraka Wail.

Isu ini sedang VIRAL sekarang.


3 - Solat Daim (sentiasa)

Tentang Solat Daim yang difahami oleh segelintir orang, iaitu yang sambil BERJALAN dan BERKENDERAAN itu, kita mesti FAHAM TAFSIRANNYA tentang apa. Seperti ayat "Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka solat/sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan solat/sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : ayat 239) 

Sila rujuk TAFSIR IBNU KATSIR atau kitab-kitab tafsir muktabar dari ulama besar, ayat tersebut sebenarnya MERUJUK kepada SOLAT KHAUF (TAKUT), iaitu ketika seseorang berada dalam KEADAAN BERPERANG / DI MEDAN PERANG. Maka dalam keadaan KETAKUTAN begitu, dalam erti kata lain DARURAT, maka boleh lah solat dalam keadaan bagaimana pun setakat yang MAMPU dan seperti yang telah diberi panduan oleh ulama.

Ringkasnya, ia bukan solat tanpa perbuatan seperti ruku' dan sujud (solat dalam hati sahaja) seperti yang difahami oleh sebahagian orang yang mendakwa belajar Ilmu Makrifat, yang boleh diganti dengan solat lima waktu.

Kesan FATAL kerana salah tafsir;

Ini juga antara penyebab timbulnya ajaran SOLAT PAKAI NIAT sahaja. Tak perlu solat lima waktu seperti kebanyakan orang buat, kerana Al-Quran suruh solat walaupun sambil BERJALAN dan BERKENDERAAN, kata mereka.

Isu ini sedang VIRAL sekarang.


4 - Manusia meminta perlindungan dari Jin.

Sila baca Kisah Manusia meminta perlindungan kepada Jin dalam Surah Al-Jin  terlebih dahulu untuk memahami. Kerana agak panjang penjelasannya untuk dimuatkan di sini.

Kesan FATAL kerana salah tafsir;

Muncul manusia-manusia yang suka menuduh dan mengatakan orang lain syirik dan sesat hanya kerana yang dituduh itu berinteraksi dengan jin. Padahal dia sendiri tidak tahu hal yang sebenarnya bagaimana, dan tidak sedar bahawa dia sendiri yang telah diperdaya oleh jin agar menjatuh dan memburukkan saudaranya yang lain akibat hasad dengki dan kebencian.

Mereka sibuk menyuruh agar me "Ruqyah" orang lain. Ya betul, ruqyah itu untuk menghalau "jin-jin luar" yang mengganggu manusia akibat santau / santet / sihir atau ada jin yang tidak suka dengan si polan. Tetapi mungkin kita lupa, bahawa setiap manusia ada JIN QARIN dan MALAIKAT QARIN yang telah diberi kepada kita sejak lahir. Maka adakah kita sendiri sibuk me "RUQYAH" diri kita dari gangguan JIN QARIN kita sendiri?  Ingat, jin qarin tidak akan berpisah dari kita selama mana kita masih hidup di dunia ini. Oleh itu marilah sama-sama kita SEDAR DIRI belaka, semua kita ini perlu di RUQYAH atau me RUQYAH diri kita sentiasa. Kerana itulah Nabi Muhammad S.a.w ajar amalan doa dan zikir harian.

Sama seperti contohnya, jika kita sibuk bercakap tentang AURAT WANITA. Ya, sudah bagus kita cuba untuk menegur dan berdakwah kepada wanita-wanita yang tidak tutup aurat. Tetapi dalam masa yang sama,  kita lupa bahawa kita ada terlajak menjatuhkan aib orang di hadapan masyarakat kerana mendedahkan gambar beliau. Kemudian ditambah pula kita menghina keadaan fizikal tubuhnya dan sebagainya. Maka dosa yang dihasilkan oleh kita pula nampaknya jauh lebih besar dari yang cuba didakwah  (Ini hanya contoh. Jangan sampai anda tidak menegur langsung wanita-wanita yang tidak tutup aurat. Tetapi berpada-pada lah dan tegurlah kerana SAYANG sesama saudara seiman). Ibarat pepatah, "mengata orang, dia yang lebih". Fikirkan sendiri bagaimana pula kalau anda yang ditegur dengan keras dan melebih-lebih sebegitu, adakah anda suka?

Tuduhan SESAT atau SYIRIK tanpa ILMU yang betul dan seumpamanya bukan satu perkara kecil. Malah dosa kita kepada yang dituduh jika dia tidak bersalah menyebabkan kita MERANA di akhirat nanti selagi orang tersebut tidak memaafkan, na'udzubillah

Isu ini juga menjadi VIRAL baru-baru ini. Dan begitulah tenggelam timbul akan muncul selagi orang tidak faham tafsiran yang sebenar ayat tersebut.

Saya sendiri suatu ketika dulu sebelum faham tentang hal ini pun, termasuk dalam golongan orang yang mudah BERSANGKA BURUK dan mudah "MENGATA" kepada orang-orang yang sudah diberi kelebihan dari segi METAFIZIK dan PARANORMAL oleh Allah S.w.t. Tetapi alhamdulillah, setelah faham tafsiran sebenar Al-Quran, hati kita akan menjadi lebih lunak dan tidak mudah berburuk sangka. Ia juga merupakan satu bentuk UJIAN kepada diri kita, melihat sejauh mana DENGKI yang ada pada diri kita terhadap KELEBIHAN yang dikurniakan kepada orang lain. Juga menguji kita sejauh mana kita cuba memahami, mempelajari pengetahuan yang betul dan mengkaji, untuk mengetahui mana yang betul dan mana yang salah.


5 - Hanya Allah yang Mengetahui Perkara Ghaib.

"Dia (Allah) mengetahui yang ghaib dan Dia tidak memperlihatkan kepada siapa pun tentang yang ghaib itu." (Surah Al-Jinn : ayat 26).

Ayat di atas dan beberapa lagi ayat dalam Al-Quran yang memberitahu bahawa hanya Allah yang mengetahui perkara GHAIB. Maka ramai lah orang menyangka bahawa jika ada orang dapat melihat Jin, maka itu hanya dusta kerana ayat Al-Quran sebegini yang menafikannya.

Sedangkan yang dimaksudkan perkara GHAIB dalam ayat tersebut ialah perkara berkenaan HARI AKHIRAT / QIAMAT. Perhatikan pada ayat-ayat sebelum dan selepas ayat-ayat itu. Apa yang berkaitan dengannya. Kemudian baca Tafsir Al-Quran yang muktabar seperti Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir At-Thabari dan seumpamanya yang tebalnya berpuluh-puluh jilid, bukan hanya baca kitab terjemahan dan tafsir yang nipis. Dan jangan lupa juga kitab Asbaabun Nuzuul untuk mengetahui kisah-kisah di sebalik turun ayat Al-Quran, walaupun kebanyakannya sudah dirangkumi dalam kitab-kitab tafsir yang telah saya sebutkan tadi.

Dan di dalam ayat-ayat lain ada yang memberi maksud tentang perkara ajal maut seseorang, bila turunnya hujan secara TEPAT, perkara masa hadapan secara TEPAT masa dan waktunya dan juga apa yang ada dalam RAHIM WANITA secara PASTI.

Ayat-ayat tersebut bukan memberi maksud  yang berkaitan dengan Jin. Jin hanya GHAIB secara BAHASA dari MATA KASAR manusia sahaja. Kerana Jin sendiri pun TIDAK MENGETAHUI perkara Ghaib. Kalau anda mengatakan bahawa Jin itu termasuk perkara ghaib yang dimaksudkan dalam Al-Quran, maka Nabi Muhammad S.a.w ada beritahu bahawa ada haiwan-haiwan tertentu yang dapat melihat JIN. Maka adakah haiwan itu mengetahui perkara ghaib?  Malah jin sendiri dapat melihat jin-jin lain dan alam mereka, maka adakah jin mengetahui perkara ghaib?

Apa ISTIMEWA nya Jin jika anda mengatakan hanya wali dan nabi sahaja yang boleh melihat jin dalam alamnya?  Sedangkan Allah S.w.t sebut, makhluk yang paling baik bentuknya adalah MANUSIA. Kenapa anda sendiri yang meletakkan Jin itu yang ISTIMEWA? Maka wajar sahaja siapa-siapa pun yang terbuka MATA BATIN nya untuk melihat jin. Tidak kira dia itu wali, orang biasa, orang non-muslim sekali pun. Kerana jin itu hanya makluk seperti makhluk-makhluk lain, cuma bezanya mereka TIDAK KELIHATAN pada MATA KASAR manusia, tetapi insyaAllah kelihatan jika dilihat dengan MATA BATIN (KASYAF).  Jika anda ragu-ragu, nah pergi sahaja jumpa ahli paranormal dan suruh dia BUKA MATA BATIN anda agar anda dapat melihat juga insyaAllah.

Perlu juga kita fahami, bahawa PEMAHAMAN orang zaman dulu dengan orang zaman sekarang tentang keadaan jin banyak bezanya, kerana adanya teknologi dan sebagainya. 

Tak perlu saya ulas panjang tentang ini kerana sudah banyak ditulis dalam tajuk Adakah hanya Ustaz yang boleh bercakap tentang Jin?

Kesan FATAL kerana salah tafsir;

Kesannya juga hampir sama seperti ayat yang sebelumnya, iaitu muncul manusia-manusia yang suka menuduh dan mengatakan orang lain syirik dan sesat hanya kerana yang dituduh itu dapat melihat dan berinteraksi dengan jin.


Semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ini. Baarokallahu lii wa lakum. Wassalaam.


Wallahu a'laa a'lam .......




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.