Nokia Corporation berpusat di Keilaniemi, Espoo, bandar sebelah ibu negara Finland iaitu Helsinki. Syarikat ini mempunyai pekerja melebihi 132,000 orang di 120 buah negara, dan melakukan penjualan ke 150 buah negara.
Sejarah Nokia bermula pada tahun 1865 apabila jurutera perlombongan Fredrik Idestam telah menubuhkan sebuah kilang pulpa groundwood di tebing jeram Tammerkoski di bandar Tampere, di barat daya Finland, dan memulakan pembuatan kertas.
Pada tahun 1868, Idestam membina sebuah kilang kedua berhampiran bandar Nokia, lima belas kilometer (sembilan batu) ke barat Tampere berhampiran sungai Nokianvirta, yang mempunyai sumber yang lebih baik bagi pengeluaran kuasa hidro.
Pada tahun 1871, Idestam, dengan bantuan kawan karibnya seorang negarawan Leo Mechelin, menamakan semula dan mengubah firmanya kepada syarikat saham, dengan itu mengasaskan Syarikat Nokia, yang mana namanya masih dikenali hingga ke hari ini di seluruh dunia.
Evolusi telefon mobil Nokia
Mobira Senator
1984
Mobira Talkman
1987
Mobira Cityman
1992
Nokia 1011
Ini adalah telefon mobil GSM yang dikeluarkan besar-besaran yang pertama. Di pasarkan hingga tahun 1994.
1994
Nokia 2110
1996
Nokia 8110
Telefon mobil Nokia 8110 juga dipanggil 'telefon pisang'. Ia dipopularkan dalam filem Matrix yang pertama.
Nokia 9000 Communicator
Merupakan siri smartphone yang pertama, menggunakan pemproses Intel 386.
1997
Nokia 6110
1999
Nokia 3210
Nokia 8210
Nokia 7110
Telefon mobil pertama yang menggunakan WAP browser.
2000
Nokia 3310
2001
Nokia 5510
Menampilkan ciri-ciri keyboard QWERTY sepenuhnya. Ia juga dapat menyimpan 64mb muzik.
Nokia 8310
Telefon ini mengandungi ciri-ciri premium yang biasanya tidak ditemui pada telefon bimbit lain masa itu, seperti Inframerah, kalendar yang berfungsi sepenuhnya dan Radio FM.
2002
Nokia 5210
Nokia 3510(i)
Telefon mobil Nokia yang pertama membawa servis internet GPRS ke pasaran besar.
Nokia 7650
Handphone Nokia pertama yang mempunyai kamera 'bina dalam' dan tampil dalam filem Minority Report.
2003
Nokia NGage
Nokia 1100
Nokia 6600
Telefon bimbit Nokia 6600 ini juga pernah dikenali sebagai 'Nokia sabun'.
Nokia 7600
Salah satu smartphone 3G pertama dari Nokia.
2004
Nokia 7610
Smartphone pertama Nokia dengan kamera 1MP.
Nokia 3220
Telefon mobil 'entry level' Nokia yang pertama yang menawarkan akses internet sepenuhnya.
2005
Nokia 7280
2006
Nokia E61
2007
Nokia E90 Communicator
Generasi kelima dari smartphone Nokia yang pertama.
Nokia N95
Smartphone pertama yang menampilkan ciri-ciri 'slider' untuk akses butang-butang multimedia dan numeric keypad.
2008
Nokia N69
Nokia E71
Smartphone nipis dengan bingkai diperbuat dari besi waja.
2009
Nokia 5800
2010
Nokia N8
Touchscreen dengan kamera 12 MP , optik Carl Zeiss.
2011
Nokia E7
Nokia Asha 303
2012
Nokia Asha 305
Nokia Lumia 620
Nokia Lumia 710
Nokia Lumia 820
2013
Nokia Asha 500
Nokia Lumia 928
Nokia Lumia 1020
Nokia Lumia 1320
2014
Nokia XL
Nokia history
Anda tahu telefon mobil mana yang pertama di dunia? Jika belum tahu, sila baca Telefon mobil yang pertama di dunia.