Berita Terkini

Sikap Abu Dzar yang tidak suka orang Mengumpul Harta

Wallpaper Islamik - Munculnya galian-galian bumiDi dalam kitab Shahih Muslim disebutkan melalui hadits Suhail ibnu Abu Saleh, dari ayahnya, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah S.a.w bersabda;

"Tidak sekali-kali seseorang tidak menunaikan zakat harta-bendanya melainkan akan dijadikan baginya kelak di Hari Kiamat lempengan-lempengan dari api, lalu diseterika-kan ke lambung, dahi dan belakangnya dalam suatu hari yang lamanya sama dengan lima puluh ribu tahun, hingga perkara hisab di antara sesama hamba diselesaikan. Kemudian diperlihatkan jalan yang akan ditempuhnya, adakalanya ke syurga, dan adakalanya ke neraka."

Sehubungan dengan tafsir ayat ini (at-Taubah : 34), Imam Bukhari mengatakan bahawa telah menceritakan kepada kami Qutaibah ibnu Sa'id, telah menceritakan kepada kami Jarir, dari Husain, dari Zaid ibnu Wahb yang mengatakan bahawa dia bersua dengan Abu Dzar di Rabzah, lalu dia bertanya, "Apakah yang mendorongmu sampai datang ke daerah ini?" Abu Dzar menjawab bahawa pada asal mulanya dia tinggal di negeri Syam, lalu dia membacakan firman-Nya;

وَٱلَّذِينَ يَكۡنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلۡفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَہَا فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ۬

"....... dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menginfakkannya di jalan Allah, maka gembirakanlah mereka dengan siksaan yang pedih." [Surah at-Taubah : 34]

Maka Mu'awwiyah berkata, "Ayat ini bukanlah ditujukan kepada kita, tiada lain apa yang dimaksudkan oleh ayat ini terjadi di kalangan kaum ahli kitab." Abu Dzar menjawab, "Sesungguhnya hal itu terjadi di kalangan kita dan di kalangan mereka (ahli kitab)."

Ibnu Jarir meriwayatkannya melalui hadits Ubaid ibnul Qasim, dari Husain, dari Zaid ibnu Wahb, dari Abu Dzar r.a. Hanya dalam riwayat ini ditambahkan, 'maka ketegangan pun terjadi antara Abu Dzar dan Mu'awwiyah mengenai masalah ini.' Lalu Mu'awwiyah mengirim surat kepada Khalifah Utsman, mengadu perihalku. Lalu Khalifah Utsman mengirim surat kepadaku, isinya memerintahkan kepadaku untuk menghadapnya.

Abu Dzar melanjutkan kisahnya, "Ketika aku tiba di Madinah, maka orang-ramai selalu mengerumuniku seakan-akan mereka belum pernah melihatku sebelum hari itu. Lalu aku mengadu kepada Khalifah Utsman tentang hal tersebut, maka Khalifah Utsman berkata, "Menjauhlah kamu dari Madinah, tapi jangan terlalu jauh." Aku (Abu Dzar) berkata, "Demi Allah, aku tidak akan berganjak dari pendapatku."

Mazhab Abu Dzar r.a mengatakan bahawa haram menyimpan harta lebih dari apa yang diperlukan untuk nafkah orang-orang yang berada di dalam tanggungannya. Dan dia selalu memberi fatwa dengan pendapat ini dan menganjurkan serta memerintahkan orang supaya mengamalkannya, bahkan dia bersikap keras terhadap orang yang melanggarnya. Maka sikapnya itu dicegah oleh Mu'awwiyah, tetapi Abu Dzar tidak menuruti dan terus melanjutkan fatwanya itu.

Mu'awwiyah merasa khuatir kalau orang tertimpa mudarat dalam masalah itu. Maka dia menulis surat kepada Amirul Mu'minin Utsman bin Affan, mengadu perkara Abu Dzar dan meminta agar Abu Dzar ditarik ke Madinah. Maka Utsman ibnu Affan memanggilnya ke Madinah dan menempatkannya di Rabzah seorang diri. Di Rabzah itu juga Abu Dzar r.a meninggal dunia dalam masa pemerintahan Khalifah Utsman.

Mu'awwiyah pernah mengujinya (apakah ucapannya itu sesuai dengan sikapnya) ketika Abu Dzar masih berada dekat dengannya. Maka Mu'awwiyah mengirim wang sebanyak seribu dinar kepada Abu Dzar, dan ternyata pada hari itu juga Abu Dzar membahagi-bahagikannya kepada orang sampai habis. Kemudian Mu'awwiyah mengirim orang yang disuruhnya tadi untuk mengatakan, "Sesungguhnya Mu'awwiyah mengutusku hanya kepada orang lain, bukan kamu, tetapi saya keliru. Kerana itu berikanlah wang emas tadi." Abu Dzar menjawab, "Celakalah kamu, sesungguhnya wang itu telah saya nafkahkan kesemuanya. Tetapi jika hartaku datang, maka aku akan kembalikannya kepada kamu."

Di dalam sebuah hadits Shahih disebutkan bahawa Rasulullah S.a.w telah bersabda kepada Abu Dzar;

مَا يَسُرّنِي أَنَّ عِنْدِي مِثْل أُحُد ذَهَبًا يَمُرّ عَلَيَّ ثَلَاثَة أَيَّام وَعِنْدِي مِنْهُ شيء الا دِينَار أَرْصُدهُ  لِدَيْنٍ

"Tidaklah menggembirakanku bila aku memiliki emas sebanyak Bukit Uhud, lalu lewat masa tiga hari, sedangkan padaku masih tersisa sesuatu darinya, kecuali satu dinar yang aku simpan untuk membayar hutang."

Hal ini (hanya Allah yang lebih mengetahui) merupakan dalil yang menyokong Abu Dzar berpegang dengan pendapatnya itu.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Affan, telah menceritakan kepada kami Hammam, telah menceritakan kepada kami Qatadah, dari Sa'id ibnu Abul Hasan, dari Abdullah ibnu Shamit r.a yang menceritakan bahawa dia pernah bersama Abu Dzar. Dia mendapat kiriman 'ata-nya, dan ketika itu dia bersama seorang pelayan perempuannya. Lalu pelayan perempuan itu melayani semua keperluan Abu Dzar dan menyisakan tujuh keping dari 'ata itu. Tetapi Abu Dzar memerintahkan kepada pelayan perempuannya itu agar tujuh keping wang emas itu ditukar dengan wang kecil (untuk disedekahkan).

Perawi melanjutkan kisahnya, "Lalu aku mengatakan kepada Abu Dzar, "Sebaiknya engkau simpan sahaja untuk keperluan rumahmu dan keperluan tamu yang singgah di rumahmu." Abu Dzar menjawab, "Sesungguhnya kekasihku (yakni Nabi S.a.w) telah memerintahkan kepadaku bahawa emas atau perak yang aku simpan, maka hal itu merupakan bara api bagi pemiliknya, hingga dia membelanjakannya di jalan Allah S.w.t." Imam Ahmad meriwayatkannya juga dari Yazid, dari Hammam, dengan sanad yang sama, hanya ditambahkan lafaz ifragan (sampai habis).

[Petikan dari Imam Ibnu Katsir - Tafsir ibnu Katsir, Surah at-Taubah, ayat 34 - 35]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.