Setelah sekian lama kejadian jenayah jalanan di Malaysia menjadi semakin teruk, baru sekarang kerajaan berusaha untuk mengambil langkah bijak bagi menanganinya. Semoga langkah ini mendapat komitmen dan dapat dilakukan dengan istiqomah. Jangan hanya semangat air oren pada peringkat permulaan sahaja demi mengambil hati rakyat.
Berikut adalah laporan yang dipetik dari Bernama.
Seramai 3,000 anggota Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah digerakkan lebih awal daripada sasaran tahun depan untuk membantu mengatasi masalah jenayah jalanan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
“Latihan terhadap anggota yang terlibat telah berjalan, dan saya harap semangat ini dapat diteruskan dan jabatan-jabatan lain di bawah KDN perlu mencontohi JPAM atas tranformasi yang ditunjukkan mereka,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Pertahanan Awam Malaysia peringkat kebangsaan di sini hari ini.
Sumber - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)