Ribut pasir bersejarah yang melanda bandar Phoenix di Arizona, AS pada 5 Julai, membuatkan penduduk bergegas untuk mencari perlindungan, menghentikan pemandu dan melambatkan penerbangan. Ia kembali normal pada hari Rabu.
Ketika ribut pasir itu melanda, siang hari bertukar menjadi seperti malam. Kelajuan angin ribut itu dilaporkan sehingga 50 batu sejam.
"Ribut debu yang sangat besar dan bersejarah itu bergerak melalui carikan besar Arizona," pejabat Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (National Weather Service) di Phoenix berkata dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman webnya.
Ribut pasir seperti ini berlaku semasa musim tengkujuh di rantau tersebut. Ia mula berlaku di kawasan padang pasir dan boleh mencapai beribu-ribu kaki ke udara, yang didorong oleh angin kencang.
Video di bawah menunjukkan betapa dramatiknya ribut pasir tersebut, subhanAllah .......
Hari yang cerah, selepas ribut lalu terus jadi seperti malam
Saksikan juga video UFO di ribut pasir Arizona
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)