Berita Terkini

Senyuman Barack Obama tidak boleh dipercayai, kata Castro

Bekas pemimpin Cuba Fidel Castro, Isnin, mengingatkan bahawa "senyuman mesra" Presiden AS Barack Obama tidak boleh dipercaya, seraya menyebut Washington sedang bersekongkol melawan pemerintahan-pemerintahan kiri Amerika Latin termasuk kerajaan Venezuela.

Castro, 83 yang memerintah Cuba selama hampir 50 tahun sebelum kesihatannya semakin buruk memaksanya mengalihkan jawatan presiden kepada saudaranya Raul tahun lalu, semula menyambut baik terpilihnya Obama namun dengan cepat berbalik mengkritiknya.

Dalam satu surat yang dibacakan Presiden Venezuela Hugo Chavez pada perjumpaan para pemimpin kiri di Havana, Castro menyatakan bahawa Amerika Syarikat berada di belakang gerakan-gerakan yang melemahkan Chavez dan para pemimpin sosialis lainnya di kawasan itu.

"Hasrat sebenarnya dari imperial itu (AS) tak pernah berubah, kali ini disembunyikan oleh senyum ramah dan wajah Afro Amerika dari Barack Obama," demikian Castro dalam suratnya.

"Imperial itu sedang menggerakkan kekuatan-kekuatan kanan di Amerika Latin untuk menyerang Venezuela, sekaligus menyerang negara-negara (kiri) lainnya," kata Castro.

Castro, yang naik ke tampuk kekuasaan pada awal revolusi Cuba tahun 1959, mengkritik sikap Washington terhadap tindakan mendadak 28 Jun di Honduras dan satu persetujuan yang memungkinkan tentera AS mendapat kebenarana lebih luas ke pangkalan-pangkalan tentera Colombia.

Castro hanya sesekali terlihat foto dan videonya sejak menjalani pembedahan penyakit usus pada Julai 2006. Dia tetap memainkan peranan sebagai "orang di belakang tabir" dari kerajaan Cuba dan tetap tampil melalui tulisan-tulisannya.

Minggu lalu, dia mengecam Obama kerana menerima Hadiah Nobel Perdamaian 2009 justeru ketika dia melanjutkan perang AS di Afghanistan dengan mengerahkan lebih banyak pasukan ke sana.

Chavez, pengkritik Washington paling lantang di Amerika Latin, Isnin lalu, menyebut Obama sebagai pemenang "the Nobel War Prize" atau "Hadiah Nobel Perang.".


Via - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.