Jurugambar Isak Pretorius , 32, menunggu selama 3 hari untuk dapat merakam gambar cicak tokek comel yang menjilat air embun dari matanya ini. Dia mengikuti jejak cicak ini merentasi bukit pasir melalui kabus.
Makhluk reptilia ini adalah yang jarang ditemui di bukit pasir pantai di Namibia di antara laut dan padang pasir.
Cicak ini pada waktu awal paginya mengumpul air di bebola mata mereka apabila kabus muncul dengan udara pantai yang sejuk memukul kehangatan padang pasir. Kemudian mereka menjilat-jilatnya sebagai minuman.
"Melihat mereka buat kali pertama dalam kehidupan sebenar membuat saya kagum bagaimana kecil mereka ini. Mungkin hanya 4 inci ke 6 inci panjang," kata Isak, iaitu seorang penasihat jurutera.
"Kulit mereka berwarna merah jambu dan sangat lutsinar yang tidak akan menahan kepada mana-mana cahaya matahari yang keras."
Sekali tengok dah macam mainan pula cicak ini kan? Betapa uniknya ciptaan Tuhan .......
[dailymail.co.uk]
Masya Allah. Comel nya cicak ni. Comel sangat2. I loike very much.
BalasPadamTengok lah tu dia kluarkan lidah dia. Dengan mata dia yang besar. So adorable. Hehehehe..
Memang unik ciptaan Allah yer Pak Unik. SubhanAllah
SubhanAllah. Tu la, memang comel gila cicak ni, jauh laaa dengan spesis2 cicak lain. Nanti kita bela laa, cari kat padang pasir Namibia :D
BalasPadamSatu lagi, lidah dia siap transparent tuuu!!
BalasPadamBest jugak kalau punya tubuh slim mlim cam cicak ni.
BalasPadamTak payah nak susah2 cari product slimming. Keh7..
Yup, lidah dia transparent. Ada kah badan dia transparent/translucent jugak? Tengok gambar kedua tu macam gitu jer.