Berita Terkini

Komitmen Obama dan Najib pertingkat lagi hubungan AS-M'sia, kata duta

BERNAMA - Hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia akan bertambah erat lagi berdasarkan kesungguhan komitmen yang diperlihatkan oleh Presiden Barack Obama dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ke arah memperkukuh ikatan politik dan ekonomi.

Ini dinyatakan oleh Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, James R.Keith, dalam satu wawancara dengan Bernama.

"Kita mahu merealisasikan sepenuhnya potensi dalam hubungan dua hala kita. "Kita perlu terus berusaha dengan menambah asas kepentingan bersama yang wujud antara Malaysia dan Amerika Syarikat, dan menjadi lebih rapat dari segi politik," tegasnya.

Keith berkata Obama dan Najib bukan hanya berbual-bual, sebaliknya juga berusaha merealisasi potensi hubungan antara kedua-dua negara.

Beliau berkata, melangkah ke hadapan, Amerika Syarikat ingin melihat semakin banyak peluang untuk merapatkan lagi hubungan rakyat Amerika dengan rakyat Malaysia.

Beliau menarik perhatian kepada isu perubahan iklim dan pembatasan jumlah dan penyebaran senjata nuklear sebagai dua bidang tumpuan utama, yang juga diberikan keutamaan oleh Obama.

Dari sudut ekonomi, Malaysia merupakan rakan perdagangan ke-18 terbesar bagi Amerika Syarikat. Imbangan perdagangan memihak kepada Malaysia dengan nilai AS$45 billion. Amerika Syarikat pula merupakan pelabur terbesar di Malaysia pada masa ini.

Secara tergabung, kata Keith, pelabur Amerika menyumbang kepada kejayaan Malaysia dengan pelaburan berjumlah kira-kira AS$15 billion atau lebih.


Menyentuh tentang perbincangan yang sedang berlangsung dengan Iran mengenai isu nuklear, Keith berkata Amerika Syarikat percaya Malaysia telah dan harus menggunakan pengaruhnya dengan Iran untuk membantu negara itu membuat keputusan yang baik tentang masa depan.

Menyebut tentang undian bagi resolusi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) terhadap Iran, beliau berkata Amerika Syarikat menganggap benar penjelasan Malaysia bahawa ia telah tersilap menentangnya.

Keith berkata jika resolusi itu dibentangkan semula, "barangkali kita boleh menjangka Malaysia akan mengundi atau mengundi bersama arus perdana antarabangsa."

"Tetapi apa yang kita fikirkan sekarang ialah agar Malaysia dapat memainkan peranan kepimpinan cergas di peringkat serantau dan global dengan mengadakan perbincangan dengan negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

"Lebih penting lagi, Malaysia mempunyai keanggotaan dalam Lembaga Pengelola IAEA dan ia boleh membantu kita memastikan ada perbincangan yang seimbang dan adil mengenai semua isu.

"Jadi, itulah yang kita harapkan daripada Malaysia. Bukan sahaja hubungan dua hala yang kita mahu lihat berkembang, tetapi juga kedudukan Malaysia yang menonjol di dunia, dari segi kepimpinan mengenai isu-isu serantau dan global," jelas beliau.

Mengenai cabaran-cabaran ekonomi dan perdagangan, Keith berkata: "Seluruh dunia terlibat dalam usaha menambah baik keadaan ekonomi dan kewangan. Kita perlu memahami bahawa di Amerika Syarikat, ini lebih sukar lagi.

"Kadar pengangguran masih lagi berada pada tahap tertinggi dalam tempoh 25 tahun. Jadi, Amerika masih menderita dan perjalanan ke arah pemulihan masih panjang".

Menurut Keith, Amerika Syarikat percaya ia masih berada pada landasan yang betul ke arah pemulihan dan dengan bantuan daripada pemimpin-pemimpin Asia dan Asia Tenggara, kita telah berjaya mengelak diri daripada terpengaruh oleh kecenderungan ke arah perlindungan.

"Bukan sahaja Amerika, malah semua negara terbabit dalam usaha menangani krisis kewangan dan ekonomi ini dan godaan yang kita hadapi ialah kecenderungan untuk lebih membina tembok, di samping mewujudkan kestabilan secara terpencil.

Beliau juga berkata ekonomi Amerika Syarikat telah mula meningkat dengan pertumbuhan positif dalam suku ketiga.

Keith berkata pertumbuhan positif dijangkakan berulang dalam suku keempat tetapi perjalanan untuk mencapai kedudukan ekonomi negara itu sebelumnya, masih panjang.

Beliau juga menyatakan bahawa Amerika Syarikat sentiasa mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin Malaysia.

"Boleh jadi Najib dan Obama berbual melalui telefon, atau duduk berbincang di Singapura, atau mungkin dengan kepimpinan kanan di Malaysia ataupun Gabenor Bank Pusat, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz," katanya.

Menyentuh tentang kerjasama keselamatan, Keith berkata pada umumnya, tumpuannya adalah kepada pengawasan dan penguatkuasaan undang-undang.

"Polis, FBI dan agensi penguatkuasaan dadah kami mempunyai kerjasama yang sangat rapat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia. Kita semakin memperluas dan meningkatkan kerjasama," tegasnya.

Bagi mewujudkan hubungan ketenteraan yang teguh dan mantap, katanya, kapal-kapal tentera laut Amerika Syarikat mengadakan lawatan ke Malaysia.

"Kita melaksanakan program tentera laut serta mengadakan latihan mencari dan menyelamat bersama. Ada banyak perkara yang boleh kita lakukan berhubung bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana," ujar beliau.

Keith juga menyuarakan harapan agar lebih banyak syarikat Amerika memperolehi kontrak di Malaysia. "Ini akan mewujudkan keadaan yang menggalakkan Amerika Syarikat mengeratkan lagi hubungan dengan Malaysia.

"Sejak berdekad lamanya, firma-firma elektronik Amerika mengeluarkan produk di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, dan Johor. Kini ada pelaburan baru oleh syarikat Amerika di Iskandar Malaysia dan ini adalah satu lagi perkembangan menarik," ujar Keith.

Secara peribadi, kata Keith, beliau amat yakin terhadap hubungan Amerika Syarikat-Malaysia, dan amat gembira melihat Presiden Barack Obama dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, meletakkan asas yang kukuh bagi masa hadapan.


Sumber - Bernama


Ulasan:

Diharap Malaysia juga berhati-hati dengan Amerika Syarikat yang sudah lama dikenali sebagai pelakon handal di pentas politik antarabangsa. Sikap ramah mereka sudah dikenali sejak dulu lagi sedangkan di sebaliknya ada muslihat yang sentiasa laparkan mangsa.

Adakah kali ini Amerika mahu gunakan Malaysia sebagai penasihat kepada Iran, agar menjinak dan menenangkan negara tersebut dari api kemarahan terhadap AS?  Atau AS ingin tentera-tentera lautnya datang meninjau kawasan di Malaysia untuk memudahkan jika berlaku perang di masa akan datang.

Lagi pun Amerika Syarikat sedang berusaha untuk merealisasikan cita-cita New World Order nya kerana mereka didalangi oleh pertubuhan misteri dan terlicik di dunia iaitu Illuminati.  Maka langkah berjaga-berjaga mesti sentiasa dibuat, bukan kerana buruk sangka, tetapi tidak mahu sejarah lama di kebanyakan negara yang pernah menjadi mangsa berulang.

Semoga Allah S.w.t lindungi Malaysia dan juga negara-negara lain dari segala tipu muslihat dan kekejaman negara-negara penjajah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.