Berita Terkini

Cara Penjajah bukan dengan Hujjah, tetapi dengan Memecah-belahkan kita

Pecah dan perintah
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Pecah dan Perintah @ "Divide and Rule", mungkin telah kita lupakan konsep yang dilakukan oleh penjajah British dulu dalam menjajah negara lain. Sedangkan konsep itu sampai sekarang pun mereka amalkan, cuma secara rahsia ataupun di sebalik tabir.

Kalau diajak berhujjah dengan mereka, sudah tentu mereka tiada hujjah untuk membuktikan bahawa mereka di pihak yang benar dan sewaktu dengannya. Tetapi cara mereka melemahkan kita ialah dengan memecah-belahkan sesama kita sendiri. Ya, terutamanya umat Islam (yang paling ditakuti oleh mereka).

Mereka tidak perlu membunuh kita semua sewaktu dijajah dulu, kerana kita sebenarnya adalah "aset" bagi mereka. Keuntungan yang dihasilkan dalam negara kita yang banyak hasil bumi ini sampai sekarang pun mereka mengautnya tanpa pengetahuan kita. Mereka memberikan kita KEMERDEKAAN bukan kerana mahu membantu kita, kerana sebelum kedatangan mereka pun kita telah BEBAS dari cengkaman negara mana pun. 

Mereka berikan kita kemerdekaan hanya sebagai umpan, yang dalam tidak sedarnya kita sendiri yang banyak bekerja dan memberi keuntungan kepada mereka, sampai ke hari ini. Lihat saja lah syarikat-syarikat minyak di Malaysia, boleh dikatakan semuanya milik British dan AS, kecuali Petronas. Lihat saja lah syarikat-syarikat lain termasuk syarikat komputer, pembinaan dan sebagainya. Kita masih mengharapkan kepada penjajah sampai sekarang.


Ya, kenapa mereka lakukan PENJAJAHAN? Sudah tentu kerana mahukan hasil bumi sesuatu negara itu terutamanya minyak dan emas.

Setelah mereka berikan KEMERDEKAAN kepada kita, mereka tinggalkan orang-orang kita sendiri yang telah DILATIH oleh mereka untuk menjaga dan menguruskan negara ini (agar hasil bumi terus tersalur kepada mereka). Kerana itulah kita dapat lihat anak-anak didik mereka TIDAK BERANI untuk berdepan dengan rakyat (pembangkang) melalui HUJJAH, tetapi hanya dengan cara memecah-belahkan sesiapa saja yang menegur mereka. Kalau berani melalui HUJJAH, maka sila adakan debat dan diskusi di dalam televisyen secara LIVE, ataupun buat secara terbuka kedua-dua pihak, daripada asyik menghentam dari belakang sahaja.

Dan betapa liciknya mereka, mereka tidak perlu mentadbir sendiri negara kita selamanya, kerana jika demikian mereka sendiri yang akan susah dan terpaksa menghadapi penentangan demi penentangan. Maka, mereka letakkan orang-orang kita sendiri yang menjaga negara ini, kerana jika ada apa-apa, kita sendiri yang berpecah-belah dan berbantaian sesama sendiri, sedangkan mereka boleh "releks" di negara mereka dan hanya menunggu hasil masuk.

Dari semasa ke semasa, mereka juga melalaikan kita dengan dunia, agar kita lupa bahawa kita pernah dijajah, dan lupa kepada perkara-perkara penting yang berlaku dalam dunia ini. Antaranya kita disogok dengan hiburan, filem-filem barat, PC Games, dan sebagainya. Kita juga dilemahkan otak dan minda kita dengan bahan-bahan (seperti fluorida dan sebagainya) yang kita makan dan minum sehari-hari. Begitu juga disebarkan kepada kita bermacam-macam penyakit, dan ubat-ubatan mereka sediakan. Sama seperti mereka mencipta virus untuk komputer, dan mereka juga menjual anti virus. Begitulah dengan ubat-ubatan yang ada di hospital sana, kita beli dari syarikat seperti Baxter dan sebagainya (milik penjajah).


Pembelajaran Agama Islam pun ditapis

Yang paling malang sekali, banyak pembelajaran tentang agama kita yang tercinta iaitu Agama Islam seperti telah ditapis dan tidak menyeluruh disampaikan kepada masyarakat. Sampai ke dalam televisyen pun ditapis apa yang patut keluar dan apa yang tidak patut, sedangkan Islam itu MENYELURUH (SYUMUL), mana boleh ditapis-tapis begitu.

Yang diajar di sekolah-sekolah kerajaan itu lah yang masyarakat fikir sebagai ajaran menyeluruh dan itu pun mereka rasa sudah alim sangat dan mencukupi. Ada yang merasakan tak perlu dah belajar lebih-lebih lagi. Sedangkan berapa banyak yang kita belajar dan faham tentang KEHIDUPAN NABI S.a.w dan PARA SAHABAT r.a? Apatah lagi dengan ilmu-ilmu lain dalam Islam.

Hinggalah dewasa ini muncul beberapa para ilmuan agama datang memberi pencerahan dan memberitahu mana yang betul-betul ajaran Nabi S.a.w dan mana yang bukan, terus dituduh kepada mereka Wahabi dan seumpamanya, akibat kejahilan kita sendiri. Sedangkan sepatutnya kita perhatikan dulu apa yang mereka sampaikan dan bandingkan dengan dalil-dalil Naqli dan pendapat-pendapat Ulama-ulama Salaf (terutamanya Ulama Mujtahid), sebelum kita terus membuat tuduhan melulu.

Kita sendiri pun tidak khatam lagi kitab-kitab para ulama. Kita yang mengaku ikut Mazhab Syafie pun, adakah kita sudah khatam kitab-kitab Imam Syafie? Apa lagi nak khatam kitab Imam-Imam lain. :-)

Selama ini kita mungkin hanya ikut saja apa yang orang-orang tua kita buat, dengan kata lain ikut adat. Tanpa kita tahu sendiri dalil-dalil dan puncanya. Itu tidak mengapa lagi, tetapi yang menjadi masalahnya, kita terus melawan orang-orang yang mahu ajarkan kepada kita sunnah Nabi S.a.w yang sebetulnya, seolah-olah kita sudah khatam semuanya. Begitu juga kalau kita sudah banyak belajar agama sekali pun, tidak perlu kita terlalu berkeras dengan apa yang kita belajar, kalau kita sendiri belum alim tentang Ilmu Hadits.

Ya, mungkin juga silap segolongan yang mahu membawa ajaran Islam sebenar dengan cara yang agak keras dan drastik. Apa lagi malangnya, jika pendakwah-pendakwah memberi ceramah dengan lagak seperti seorang gangster. Memaki-hamun dan menggunakan ayat-ayat celupar dan mencarut seperti sudah mendarah-daging. Mana keindahan akhlak Islam seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.a.w dan para sahabat r.a? 

Sedangkan Nabi S.a.w dan para sahabat r.a bersikap lemah-lembut dan berkasih sayang sesama mukmin, dan bersikap keras kepada orang-orang kafir Harbi sahaja. Tetapi kita sekarang? Bersikap keras membuta-tuli sesama sendiri tanpa cuba mengenal hati-budi orang yang di sana. Memaki hamun dan melemparkan kata-kata pedas pada Muslim lain (apa lagi kalau Muslim itu juga seorang ulama atau pendakwah), seolah-olah memaki-hamun seorang Zionis. Berceramah seperti nak pergi berperang. Adakah sama suasana berperang dengan suasana tidak berperang?

"Barangsiapa yang dijauhkan dari sifat lemah lembut (kasih sayang), bererti dia dijauhkan dari kebaikan." [HR Muslim]

"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersamanya adalah keras terhadap orang-orang kafir (harbi), tetapi berkasih sayang sesama mereka ......." [Surah al-Fath : 29]

Di mana kesabaran kita dalam berdakwah? Orang tidak dengar kata kita, terus kita mahu melenting dan memaki hamun sesuka hati? Menuduh orang lain sesat sesuka hati? Dengan menyebut nama mereka terang-terang, tanpa ajak berbincang secara tertutup (atau terbuka) terlebih dahulu?

Lupakah kita pada kesabaran dalam berdakwah seperti yang ditunjukkan oleh para Nabi a.s dulu? Adakah para Nabi a.s mengajar kita bermulut celupar dan selalu menggunakan kata-kata kesat? Ya, dalam al-Quran pun Allah S.w.t ada sebutkan juga beberapa kata-kata yang agak kasar bunyinya. Tetapi Dia adalah Tuhan sekelian alam, kita ini hanyalah hambaNya. Layakkah kita berkata-kata seperti Tuhan? Sedangkan Nabi Muhammad S.a.w, manusia pilihan Allah. Utusan Allah S.w.t ke bumi itu berakhlak mulia dan tidak bercakap celupar. Maka kita sebagai hamba Allah, hanya layak beradab sopan, tidak takabbur (menolak kebenaran dan merendah-rendahkan manusia lain) dan sebagainya.


Faktor akhlak menyebabkan Islam tersebar di nusantara

Antara faktor utama Islam tersebar ke nusantara ini ialah kerana AKHLAK dan PERIBADI MULIA pedagang-pedagang Arab, Gujerat dan sebagainya dulu yang berdagang sambil BERDAKWAH di sini.

Manakala agama Kristian pula masuk ke nusantara melalui PENJAJAHAN oleh Portugis dan Belanda.

Tetapi kini, mubaligh-mubaligh Kristian pula yang sebarkan agama mereka dengan AKHLAK dan PERIBADI MULIA. Mereka pula yang gunakan cara yang dulunya Islam yang ajar iaitu dengan "contoh teladan yang baik".

Bagaimana dengan umat Islam sekarang? Mahu tunjuk AKHLAK yang TIDAK SOPAN dan BIADAP? Lebih-lebih lagi di internet. Bagaimana mahu tarik dan dakwah orang kepada Islam jika kita sendiri tunjukkan sikap biadap dan kurang sopan sesama sendiri dan kepada orang lain? Kita pula yang sudah berperangai seperti "penjajah" sekarang ini.

Patutlah selepas penjajahan, ilmu AKHLAK (Tasawwuf) semakin disembunyikan dari umat Islam. Ilmu Tasawwuf ini lah yang diajarkan oleh ulama-ulama silam kita yang menentang penjajah dulu, seperti Allahyarham Tokku Paloh, Tok Pulau Manis, Tok Kenali dan sebagainya. Akan tetapi sekarang, sekolah-sekolah kerajaan lebih mengajar Pendidikan Moral yang berteraskan dari barat.

Saya cadangkan agar diajarkan Ilmu Tasawwuf yang benar ke sekolah-sekolah kerajaan juga, menggantikan Pendidikan Moral dan seumpamanya. Ini kerana hari ini, Ilmu Tasawwuf (Ehsan / Akhlaq) seperti asing di mata masyarakat. Hinggakan ada yang terasa pelik dan tidak selesa dengan ilmu tersebut. Ya antara lain, kerana wujudnya golongan-golongan Sufi yang merosakkan nama ilmu itu sendiri. Contoh seperti tajuk Kaum Sufi beginilah yang merosakkan nama golongan sufi. Bagaimana orang mahu minat dengan Ilmu Kesufian jika beginilah yang mereka lihat terjadi kepada sesetengah golongan sufi?

Sedangkan Ilmu Tasawwuf yang sebenar itu adalah untuk mendidik akhlak hati dan akhlak luaran kita, agar mencontohi Rasulullah S.a.w dan para sahabat r.a. Rasulullah S.a.w bersabda;

 إِنَّمَا بُعِثْتُ لاُتَمِّمَ مَكَارِمَ الاَخْلَاقِ

"Sesungguhnya aku diutuskan, untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." [HR al-Bukhari, al-Baihaqi]

"Nabi S.a.w adalah manusia dengan akhlak yang terbaik." [HR Muslim dan Abu Dawud]

"Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung." [Surah Al-Qalam : 4]

Bagaimana kita nak tarik orang bukan Islam kepada Islam, bagaimana kita nak dakwah mereka, kalau kita tunjukkan AKHLAK kita yang buruk kepada mereka? Kita perlu ingat dan fikir, kalau kita menaip sesuatu di internet, atau menyebut sesuatu dalam video ceramah kita, jaga lah BAHASA kita dan jagalah ADAB SOPAN. Kerana ianya mungkin BUKAN hanya dibaca dan ditonton oleh orang Islam, tetapi juga oleh orang Non-Muslim. Fikir-fikirkan lah .......


Betapa pentingnya belajar Ilmu Tasawwuf

Na'am, dengan kerosakan akhlak yang menimpa kita (termasuk saya sendiri) hari ini, menunjukkan betapa pentingnya Ilmu Tasawwuf dipelajari, dihayati dan diamalkan. Dengan berbekalkan akhlak yang Zuhud, Qana'ah, tidak Riya', tidak Takabbur dan sebagainya lah yang insyaAllah dapat membantu kita dari bertelagah dan berpecah-belah sesama sendiri. Jika hanya satu pihak saja yang faham Ilmu tasawwuf, itu pun tidak cukup untuk merapatkan saf-saf dan silaturrahim sesama kita. Kedua-dua belah pihak yang bertelagah / berpecah-belah mesti mempelajarinya.  Kalau ILMU DUNIA kita boleh kuasai (kerana nampak pulangan hasil duit duit duit), kenapa ILMU AKHIRAT kita tidak boleh kuasai? (yang pulangannya adalah syurga yang kekal abadi insya Allah).  Mana yang lebih baik? Duit atau Syurga?

Dan semoga dengan itu, kita dapat MENANGKIS propaganda dan agenda penjajah untuk sentiasa memecah-belahkan kita. Kalau kita berpecah-belah, mereka akan dapat menyusun strategi yang lebih lagi dan dapat merebut banyak peluang yang menguntungkan mereka dan merugikan kita. (Kalau rugi dunia saja tak apa pula. Yang risaunya takut rugi dunia dan akhirat, na'udzu billah..) Apa kata selepas ini, kita pula yang cuba untuk PECAH-BELAHKAN musuh-musuh Allah? Perang itu adalah tipu daya.

Saya berhenti di sini dahulu. Kalau ikut nak tulis, banyak sangat yang nak ditulis dan disampaikan. Tetapi masa dan tenaga tidak mengizinkan (lagi pun ntah ada orang baca ke tidak :-P). Insya Allah di lain masa sambung lagi. Maaflah jika susunan berterabur, kerana menulis dalam keadaan bidang terjun, bukannya dilakukan persiapan apa pun.

Wallahu a'lam ....... :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.