Berita Terkini

Kisah penduduk negeri yang Lari dari Kematian, dimatikan oleh Allah, kemudian Hidup Kembali

Tengkorak bangun dari kubur
"Apakah kamu tidak memerhatikan orang-orang yang keluar (melarikan diri) dari kampung halaman mereka, sedangkan mereka beribu-ribu ramainya, kerana takutkan mati? Maka Allah berfirman kepada mereka; "Matilah kalian," kemudian Allah menghidupkan mereka, sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." [Surah al-Baqarah : ayat 243]

Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim, dari Ibnu Abbas r.a yang mengatakan bahawa mereka adalah penduduk sebuah kota yang dikenali dengan nama Zawurdan. Perkara yang sama dikatakan oleh As-Saddi dan Abu Shaleh, tetapi ditambahkan bahawa mereka dari arah Wasit. Ali ibnu 'Asim mengatakan bahawa mereka adalah penduduk kota Zawurdan yang jauhnya satu farsakh dari arah Wasit.

Ibnu Abbas mengatakan bahawa jumlah mereka ada 4 ribu orang. Mereka keluar meninggalkan kampung halaman mereka untuk menghindari penyakit ta'un yang sedang melanda negeri mereka. Mereka berkata, "Kita akan pergi ke suatu tempat yang tiada kematian padanya." Ketika mereka sampai di tempat sekian dan sekian maka Allah berfirman kepada mereka;

"Matilah kalian," [al-Baqarah : 243]

Bukan hanya seorang saja dari kalangan Ulama Salaf yang menyebutkan bahawa mereka adalah satu kaum penduduk sebuah negeri di zaman salah seorang nabi Bani Israel. Mereka bertempat tinggal di khema-khemahnya di tanah kampung halaman mereka. Akan tetapi, datanglah wabak penyakit yang membinasakan menimpa mereka. Akhirnya mereka keluar menghindari maut ke daerah-daerah pedalaman.

Mereka bertempat di sebuah lembah yang luas, dan jumlah mereka yang ramai itu memenuhi lembah tersebut. Maka Allah mengirimkan dua malaikat kepada mereka, salah satunya dari bawah lembah, sedangkan yang lainnya datang dari atasnya. Kedua malaikat itu memekik dengan sekali pekikan kepada mereka, akhirnya matilah mereka semuanya seperti keadaannya orang yang mati. Kemudian mereka dikumpulkan di kandang-kandang ternak, lalu di sekitar mereka dibangunkan tembok-tembok. Mereka semuanya binasa dan hancur serta berserakan.

Setelah lewat masa satu tahun, lalu-lah kepada mereka seorang nabi dari kalangan nabi-nabi Bani Israel yang dikenali dengan panggilan Hizqil. Lalu Nabi Hizqil meminta kepada Allah agar mereka dihidupkan kembali di hadapannya, dan Allah memperkenankan permintaan tersebut. Allah memerintahkan kepadanya supaya mengucapkan, "Hai tulang belulang yang telah hancur, sesungguhnya Allah memerintahkan kepada kamu agar berkumpul kembali!"  Maka bergabunglah tulang-belulang setiap jasad sebahagian yang lain menyatu dengan yang lainnya. Kemudian Allah memerintahkan kepada nabi tersebut untuk mengucapkan, "Hai tulang-belulang yang telah hancur, sesungguhnya Allah memerintahkan kepadamu untuk memakai daging, urat dan kulitmu!" Maka terjadilah perkara tersebut, sedangkan nabi itu menyaksikannya. Kemudian Allah S.w.t memerintahkan kepada nabi untuk mengatakan, "Hai para arwah, sesungguhnya Allah memerintahkan kepadamu agar setiap roh kembali kepada jasad yang pernah dimasukinya!" Maka mereka bangkit hidup kembali seraya berpandangan, Allah telah menghidupkan mereka dari tidurnya yang cukup panjang itu, sedangkan mereka mengucapkan kalimah tersebut;

سُبْحَانَكَ لا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ

"Maha Suci Engkau, tidak ada Tuhan selain Engkau."

Pengajaran dan hikmah

Mereka dihidupkan kembali merupakan pelajaran dan bukti yang tepat yang menunjukkan bahawa kelak di Hari Kiamat, jasad akan dibangkitkan dan hidup kembali. 

Di dalam kisah ini terkandung pelajaran dan dalil yang menunjukkan bahawa tiada gunanya kewaspadaan dalam menghadapi takdir, dan tidak ada tempat berlindung dari Allah kecuali hanya kepada Dia. Kerana sesungguhnya mereka keluar untuk tujuan melarikan diri dari wabak penyakit yang membinasakan yang melanda mereka, agar hidup mereka panjang. Akan tetapi, pada akhirnya nasib yang menimpa mereka adalah berbalik dari apa yang mereka inginkan, dan datanglah maut dengan cepat sekaligus membinasakan mereka semuanya.

Termasuk dalam pengertian ini ialah sebuah Hadits Shahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abdullah ibnu Abbas r.a, bahawa Khalifah Umar ibnu al-Khattab r.a berangkat menuju negeri Syam. Ketika dia sampai di Sarg, para pemimpin pasukan yang terdiri dari Abu Ubaidah ibnu al-Jarrah dan teman-teman datang menemuinya. Lalu mereka memberitahu kepadanya bahawa wabak penyakit yang membinasakan sedang melanda negeri Syam. Maka Khalifah Umar ibnu al-Khattab menuturkan hadits mengenai perkara ini. 

Abdur Rahman ibnu Auf r.a (yang tadinya tidak ada di tempat itu kerana mempunyai suatu keperluan) datang, lalu dia berkata memberikan kesaksiannya, bahawa sesungguhnya dia mempunyai suatu pengetahuan tentang masalah ini. Dia pernah mendengar Rasulullah S.a.w bersabda;

"Apabila wabak berada di suatu tempat, sedangkan kalian berada di dalamnya, maka janganlah kalian keluar untuk menghindarinya. Dan apabila kalian mendengar suatu wabak sedang melanda suatu daerah, maka janganlah kalian mendatanginya."

Akhirnya Khalifah Umar mengucapkan "hamdalah" (memuji kepada Allah di atas kesaksian tersebut), lalu dia kembali.

Imam Bukhari dan Imam Muslim mengenengahkannya di dalam kitab shahih masing-masing melalui hadits az-Zuhri dengan lafaz sama, sebahagiannya melalui jalur yang lain.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Hajjaj dan Yazid Al-Ama, keduanya mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Zu'aib, dari Az-Zuhri, dari Salim, dari Abdullah ibnu Amir ibnu Rabi'ah, bahawa Abdur Rahman ibnu Auf pernah menceritakan kepada Khalifah Umar hadits berikut dari Nabi S.a.w, ketika Umar berada di negeri Syam, iaitu;

"Sesungguhnya wabak ini pernah menimpa umat-umat sebelum kalian sebagai azab. Kerana itu, apabila kalian mendengar wabak ini berada di suatu daerah, maka janganlah kalian memasukinya. Dan apabila ia berada di suatu daerah sedangkan kalian berada di dalamnya, maka janganlah kalian keluar darinya kerana menghindarinya."

Maka Umar (dan pasukannya) kembali semula (ke Madinah) dari Syam. 

Imam Bukhari dan Imam Muslim mengenengahkan di dalam kitab Shahihain melalui hadits Malik, dari Az-Zuhri dengan lafaz yang sama.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah al-Baqarah : ayat 243]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.