Berita Terkini

Snapsort, laman web yang bagus untuk membandingkan kamera

Snapsort, sebuah laman web yang bagus untuk membandingkan kamera, terutamanya bagi yang mahu membeli kamera dan mengetahui mana yang terbaik dan sesuai baginya. Ianya simple dan penampilannya mudah untuk dibaca serta dibandingkan.

Untuk membuat perbandingan, anda boleh pergi ke http://snapsort.com/compare dan masukkan model kamera yang ingin anda bandingkan.

Snapsort

Cuma saya mahu sentuh berkenaan hasil keputusannya, begitu juga dengan review-review yang anda baca dari tukang-tukang buat review di internet ini.

Jangan terus terpengaruh dengan suatu review yang dibuat. Sebaiknya cuba baca dari banyak sumber dan minta pendapat ramai orang terutamanya yang arif dalam bidang fotografi dan kamera.

Ini kerana banyak kemungkinan review-review yang ada dalam internet ini dibuat kerana tukang review sudah dibayar untuk menulisnya, atau dia fanatik terhadap suatu produk, atau dia tidak mempunyai ilmu terhadap semua produk tetapi hanya mahir tentang produk yang dia buat review, atau dia hanya mengikut selera dia sendiri saja, dan sebagainya.

Begitu jugalah jika anda membandingkan kamera dalam laman web Snapsort, walaupun keputusan perbandingan itu berpihak pada satu-satu kamera yang memenanginya, tapi tidak semestinya ciri-ciri yang ia menang akan memenuhi selera dan kehendak anda.

Begitu juga jika suatu kamera itu lebih mahal atau berada pada kategori mana, kadang-kadang kamera dengan jenama yang lebih murah lagi memuaskan.

Sebagai contoh saya bawakan contoh perbandingan antara kamera Pentax K-r dan Canon 50D di bawah, dimana Pentax K-r jauh lebih murah dari Canon 50D dan Pentax K-r hanya dalam kategori 'entry-level' sedangkan Canon 50D sudah dalam kategori 'intermediate';

Snapsort camera comparison between Pentax K-r and Canon 50D

Seperti yang kita lihat dalam gambar di atas, kelebihan kamera Canon 50D hanyalah ia mempunyai pilihan lensa yang banyak, kerana Canon memang banyak keluarkan lensa, dan lensa-lensa yang serasi dengannya keluaran 'third party' pun banyak.

Sedangkan Pentax K-r dikatakan mempunyai kualiti imej yang lebih baik, kedalaman warna nya lagi banyak, dan yang menariknya ada fungsi memproses HDR dalam kamera (walaupun tidak sebaik HDR yang diproses dalam perisian-perisian HDR).

Kelebihan Pentax K-r jauh lagi banyak jika dibandingkan dengan Canon 50D , lihat gambar di bawah;


Dan untuk melihat perbandingan penuh dan spesifikasi mereka, sila ke http://snapsort.com/compare/Canon_EOS_50D-vs-Pentax_K-r

OK, mungkin anda mengatakan Canon 50D adalah kamera keluaran lama (iaitu tahun 2008 kalau tak silap). Mari kita tengok pula generasi terbarunya iaitu Canon 60D.


Yeaaa, Canon 60D menang! Tapi tengok lah apa yang ia menang. Lebih pada HD movie dan skrin yang boleh lipat saja, sedangkan itu tidak penting pada orang yang mementingkan hasil gambar 'still image'. Melainkan dia lebih tumpu pada video (kalau begitu, baik beli kamera video terus).


Secara keseluruhan, lebih banyak kelebihan Pentax K-r lagi, walaupun ada beberapa juga kelebihan Canon 60D yang diakui berguna juga bagi menghasilkan imej yang baik.  Tengok harga lah banyak mana beza antara kedua kamera tersebut.

Saya sendiri pakai Canon 50D, rasa macam nak jual je kamera ni dan sambar Pentax K-r walaupun ia hanya peringkat 'entry level' huhu. Walaupun begitu, tidak semestinya Pentax K-r lebih baik lagi kerana saya sendiri belum mencuba pakainya. Yang paling baik, kita cuba pakai belaka dan tengok sendiri mana yang lebih sesuai dan memuaskan hati kita.

Apa yang penting bukan review orang lain, tetapi kamera mana yang paling serasi dengan kehendak, tahap ekonomi dan penggunaan kita. Kerana ada kalanya kita melebihkan suatu genre fotografi dari genre yang lain. Maka tengok atas keperluan dan kepuasan kita lah.  :)

1 ulasan:

  1. Pentax telah secara rasmi menjadi milik Ricoh. Persetujuan dicapai dalam minggu lepas. Bisnes itu kini dikenali sebagai Pentax Ricoh Imaging Company

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.