Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

» » » » JAKIM perlu perjelaskan semula tentang Istihalah - UZAR

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) perlu membuat kenyataan semula berhubung isu istihalah melibatkan gelatin babi sama ada halal ataupun tidak dimakan oleh orang Islam.

Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, kenyataan semula itu perlu setelah tersebar perbezaan pandangan dalam kalangan ulama fiqh berhubung perkara itu yang telah menyebabkan kekeliruan masyarakat.

Katanya, sebelum ini telah difatwakan barangan, makanan dan minuman yang diproses melalui kaedah DNA babi adalah haram dan tidak boleh digunakan oleh orang Islam.

"Justeru, mereka perlu mengutarakan kembali dengan hujah ringkas agar tidak mengelirukan masyarakat dan maklumat tepat Jakim perlu diperoleh berdasarkan makmal halal badan itu.

“Mereka kena nyatakan betul atau sebaliknya bahawa dalam kes melibatkan babi tidak berlaku istihalah sebelum menjadi gelatin di Malaysia,” katanya, semalam.

Namun katanya, isu haiwan itu yang melibatkan daging, tulang, kulit, rambut dan anggota yang boleh dilihat, semua ulama sepakat mengatakan ia haram.

“Bagaimanapun mengenai zat babi yang telah berubah sifat molekulnya  dalam apa yang dipanggil istihalah, ada dua pandangan mazhab mengenai perkara itu.

“Mazhab Hanafi, sebahagian Mazhab Maliki dan Ibnu Taimiyyah berpandangan jika berubah zatnya kepada benda baharu maka ia tidak najis. Sementara Mazhab Syafie, Imam Ahmad Ibn Hanbal (ulama fiqh Mazhab Hanbali) dan Imam Abu Yusuf berpandangan istihalah tidak boleh berlaku kepada najis ain termasuk babi,” katanya.

Mengulas kenyataan kontroversi ulama terkenal, Dr Yusuf Al-Qaradawi, beliau berkata, ia telah disalah ertikan.

“Beliau sebenarnya mahu menjelaskan berlaku istihalah dalam zat babi yang tidak lagi disebut babi berdasarkan maklumat diperoleh daripada pakar sains dan kimia yang dirujuknya di Eropah, jadi dia ambil pendapat yang ringan.

“Selain itu, asal fatwa itu juga untuk kegunaan masyarakat minoriti Islam di negara itu dengan sasaran lebih kepada keadaan di sana,” jelasnya.

Selain itu katanya, pandangan mazhab silam boleh berubah mengikut peredaran zaman apabila adanya peralatan teknologi yang boleh mengesan sebarang kandungan dalam sesuatu produk.

“Namun kita kena faham bahawa bab DNA babi, jika bukan disengajakan letak, ia tak boleh terus jatuh kepada hukum haram. Benda ini terlampau banyak berlaku dalam dunia kita.

“Contoh ketika berurusan dengan orang bukan Islam yang baharu selesai makan babi dan tidak cuci bersih tangan terus pegang duit seterusnya beri kepada kita, maka duit tersebut ada DNA babi, ia di luar kemampuan untuk dielakkan,” katanya.

Justeru nasihatnya kepada masyarakat, jangan mudah menghentam sesuatu pihak kerana masing-masing ada hujah sendiri.



Sila baca juga huraian oleh Dr MAZA dalam tajuk Kesimpulan Isu Istihalah Khinzir 

Dr Asri - Gelatin Haiwan Termasuk Babi Adakah Halal Dimakan?

Ust Ahmad Sarwat, Lc - Istihalah, Proses Pensucian Najis


«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (110) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)