Mantan Ketua Parlimen Israel, Reuven Rivlin, bakal menjadi Presiden ke 10 setelah Presiden Israel Shimon Peres, 90, bakal berundur bulan depan. Beliau dipilih oleh Parlimen Israel pada Selasa (10/6/2014) waktu setempat.
Rivlin, 74, adalah anggota veteran Parti Likud yang memerintah di bawah Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
AFP mewartakan, peguam yang ramah dan mempunyai rasa humor itu memperolehi sokongan besar dari pelbagai spektrum politik di dalam negeri kerana pembelaannya atas demokrasi dan hak-hak sivil.
Tapi pandangan politiknya secara diametrik berbeza dari Peres, yang menolak negara Palestine dan penyokong pemukiman. Dan dia perlu mempunyai sikap keras untuk mengikuti langkah pendahulunya itu.
Rivlin, yang juga seorang mantan pegawai perisikan tentera dan peguam, lebih menerima Palestine sebagai warga negara Israel daripada membahagikan Israel dan Tebing Barat dalam penyelesaian dua negara damai di masa depan.
Ketua Parlimen Yuli Edelstein yang mengumumkan keputusan pengundian, mengatakan Rivlin telah mengalahkan pesaingnya Meir Sheetrit yang berhaluan tengah dengan suara 63 lawan 53 dalam pungutan suara tertutup di Knesset yang beranggota 120 orang.
3 Calon lain yakni bekas ahli politik Dalia Itzik, pesara hakim Mahkamah Agung Dalia Dorner dan peraih Hadiah Nobel kimia Dan Shechtman dikalahkan di babak pertama pungutan suara.
Ahli politik yang berambut putih itu mendapat sambutan hangat dari para anggota Knesset ketika melintasi koridor bangunan parlimen tersebut. Dalam satu sidang akhbar bersama yang disiarkan televisyen, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu juga memberikan ucapan selamat kepada Rivlin.
"Saya ingin mengucapkan selamat kepada anda semoga berjaya," kata Netanyahu. "Anda mempunyai dua misi: menyatukan seluruh rakyat ... dan mewakili Israel ke dunia."
Dalam pidato yang emosional, Rivlin mengatakan dia bukan lagi orang politik tetapi sebahagian dari rakyat.
[Liputan 6 / AFP / BBC]